rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, November 30, 2009

Salam sayangggg....

Salam sayang semua, lamanya tak kemas umah ni.... rinduuulah. Saje nak tunjuk muka Izz Thaqif ni, tahun depan darjah 1, tapi tak habis2 nak beli mainan je... pantang nampak toy Ben10 mesti nak punya..... tv ke vcd ke nak tengok ben10 gak... moga tahun depan berubahlahhh... 2 tahun dok kat tadika, sekolah betul kang jangan terkejut ya sayang.... balik lewat sikit.... Angah (akak dialah, Nadiah Shahirah) dah sekolah menengah tak leh nak tolong dia beli makanan kat kantin. Jangan sibuk cari abah pulak ya dikkk, beli sendiri tau.... Nanti kita shooping baju sekolah baru ya... dulu baju tadika, sekolah dah sediakan.

Muhammad Izz Thaqif anak bungsu akak yang nak
sangat muka dia ngan toys yg dia susun sendiri tu masuk
dalam komputer.... layan jelahhhh



Inilah antara menu minum petang... biasalah budak2 cuti ni kenalah
rajin buat kuih atau beliiiii kuih hehehe



Tuesday, November 24, 2009

Kamera rosaklah pulakkk

Salam semua, kamera anak akak Rafie rosaklah pulak musim2 cuti ni terpaksalah dia tolak job amik gambo pengantin. Baru form 4 tapi minat ngan kamera so layan jelah asal tak lupa pelajaran oklah kannn. Beli kamera lak kat Batu Pahat Mall terpaksalah anto sana. Layan jelah pic kat bawah ni tilam dah panggil tido....hehehe penat seharian berjalan ari ni.... sok nak buat tempahan tuk raya haji lak.... zzzzzzzzzzz


Bujangku.... Rafie ngan harta kesayangannya

Part time job dia bila ujung minggu

Di Ayer Hitam, on the way ke Batu Pahat Mall

Inilah kedai camera tu....


Bila dah kat BP ni mestilah layan budak2. Lagipun murah
cikit kalau banding kat Mersing... layannnn


Kat Mersing mana ada Pizza Hut... Cuma ada sebuah KFC je.
bila jumpa pizza balon habisss!

Singgah ekspo industri asas tani di Projek Pertanian
Moden Ayer Hitam


Punyalah besar nangka ni kannn.

Monday, November 23, 2009

Jom berkebunnn........


Assalammualaikum semua.... Bestnya bila cuti sekolah ni lepas bekfst leh lah tengok kebun. Kat Felda ni biasalah mesti ada sikit ruang tuk berkebun tepi2 rumah.Cuaca lak baik pagi ni mendung je... tak ujan, dua tiga hari lepas ujan memanjang.Jemputlah tengok xtvti kami ni.... Kat sini jauh dari bandar. Nak ke mersing pun 23km lebih kurang 20mnt naik keretalah, kalau naik basikal hahaha.... Tu yg bila bosan baik layan tenet ni... tengok blog kengkawan yg banyaknya mestilah kat bandar kan. Ada citer n gambar kat tempat2 yg tak pernah gi pun terutamanya bila kat luar Msia lah cam kat Jepun, German, Thai dll lah. best tu macam dekat je..... leh tau tmpat orang kan. Kat Msia pun bukan dah habis jelajah pun, so boleh kongsi citer.... terutama leh kongsi ngan
sedara mara, sepupu sepapat, anak sedara dan semualah. Berjumpa sekali sekala so tau gak
khabornya kan.....Oklah melalut lak akak ni.... layanlah gambar kt bwah ni ya....

Hubby n Thaqif masuk kebun!
Bestnya....angin bertiup nyaman....

pokok betik yg baru pandai nak berbuah.

Anak kacang panjang! Projek tepi rumah je ni, bila musim hujan
tanam apa pun senang hidup.


Bakal tokey kacang panjang ni hahaha... sempat besar tah tak,
berangan je.... silap2 kena kais ayam lagi nanti.

Pucuk manis ni baru amik nak wat masak lomak
tengah hari ni...

Dah penat, hubby tolong potong tebu tuk hilangkan
dahaga. Hihihi macamlah penat sangat, saje kesian
tengok tebu tu dah menjulur tak de sape kisah bila
dah dikerat tu ada je yg makan.
Sape lagiii Thaqif lah ni... model iklan tebu hahaha

Sunday, November 22, 2009

Selamat bercutiiii....

Selamat bercuti tuk hubby n anak2 akak tersayang! Juga utk cikgu2 kat Sek Keb Nitar 1. Terutama tuk Nahijah n Syima dah sampai kampung ke? Kat sini cuaca ari2 hujan n mendung risau gak kalau banjir..... tak dapat nak jalan2 cuti2 Malaysia hehehe.
Cuti sekolah kuranglah order yg akak dapat coz biasanya cikgu2 sini yg menempah. So bolehlah melepak depan laptop ni jengok blog kengkawan.

Friday, November 20, 2009

Adik bawa ke jamuan TAJ..(Tadika Agama Johor)

Last day sekolah tadika anak akak yg bungsu Izz Thaqif..
Tme kasih pada Cg Haslini sabo mengajar anak akak selama
setahun ni...

Order akhir persekolahan.


menyiapkan tempahan utk jamuan sekolah budak-budak..

Thursday, November 19, 2009

Cip coklat untuk Syima.


Tempahan dari Syima, nak bawak balik kampung....
katanya nak share ngan tunang tersayang hi hi hi
moga Hakim pun suka cip coklat akak ni.

Kek Bday Ayis.....


Tq Faizal and Amy sudi order kek ini . Harap Ayis suka hpy bday!!

Monday, November 16, 2009

Ada permintaan tat lah pulak ...



apple pai buat untuk minum petang..

Sunday, November 15, 2009

Wednesday, November 4, 2009

Order hari ni...

Muffin lagi !! order dari En. hazani sekolah menengah Nitar. TQ sebab tak pernah jemu order kuih akak ni !

Sunday, November 1, 2009

Order dari sekolah - untuk cenderahati


Letih gak nak menyiapkannya ! tapi takpe ada gak masyukk!! Katanya ada orang-orang besar nak datang bermesyuarat so ..biasanya akak lah tempat nak order..kononnya leh bayar pakai cek ke, invois atau tunai !! lagipun harganya (kata dia oranglah) murah !!
TQ Ck Man - lain kali leh order lagi..

Container Kotak (20 pcs) baru RM7.00
Container bulat (35 pcs) = RM12.00

yang ni 10 pcs = RM3.50


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails