rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Saturday, January 30, 2010

Aiskrim??? Buat sendiri...


Selamat berhari minggu semua... semalam buat projek ni... hari ni baru leh tayang. Coz kena tunggu semalaman, tapi anak2 dah ngap gak malam tadi tak tahan tengok kihkih. Sedappp comen mereka... berbunga-bungalah mama dia bangga hahaha... Resepi ni cnp dari umah dak Hana nun kat Jepon tu, dia lak amik dari umah Cik Mat Gebu. Resepi ni dah jalan serata dunia kot hehehe.. moga tuan punya resepi terus mendapat rahmatnya, wahhh gitu kann.. Kalau nak perasa lain ikutlah kata tekak memasing, Su try wat rasa stoberi, tu yang ingat nak mintak sikit stoberi lebih2 yang ada kat dalam esbok kak Rosaliza. Ok kalau cam teringin tu baik try buat memang sodaappp, pas ni takyah lah kita beli eskrim nestle ke walls lagi.. Boikot depa hahaha..
Tapi pics pagi ni blurr lah pulak.. layan jelah..Bahan-bahan

  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar perisa strawberry
  • 30-50g gula - bergantung tahap kemanisan susu berperisa
  • beberapa biji strawberry (hukhuk kat mersing tak de pokok stoberi ganti ngan buah sawit lehh??)
Cara-cara
  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Potong strawberry kecil2 n lecek/blend hingga hancur/separa hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu. (tak menitis bila di angkat pemutar tu)
  3. Perlahankan speed. Masukkan strawberry dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Makan keropok jommm.

Selamat bercuti semua..... cuti Thaipusam kan, tapi belah2 Kelantan , Terengganu cuti tak ek? Kat KL lagi best Isnin pun cuti kan? Oklah cuti ke tidak, kerja kat dapur mana ada cuti hehe perut tetap mau diisi bukkk!!! Semalam ke pasar tani beli keperluan dapur dan beli sekali keropok lekor ngan yang kering. Kat rumah ni kalau keropok budak2 tak pernah jemu, so petang tadi dok goreng keropok je. Layanlah pics ni yea...kalau teringin tu cari jelah kat pasar kihkih..

Friday, January 29, 2010

Gadget baru masuk dapurrrr...

Salam sayang semuaaa... tengah happy ni, baru dapat gadget tambahan kat dapur. Lama gak nak sambar benda ni tapi entah kenapa sayang sangat dengan yang lama tu kihkihkih, dah banyak berjasalah katakannnn. Selama ini, penimbang nilah yang tolong Su.... pasni nak suh dia rehat lakk, biar yang baru tu buat keje....Tarrraaa... beli yang murah je, tukar coupon Cosway. Yang penting pas ni takyahlah main agak2 je kalau beratnya 8g ke 10g. Berat maksimum 5kg.


Petua kecantikkan

Cantikkan kuku dengan limau nipis: Belah sebiji limau nipis dan gosok pada kuku. Biarkan kering kemudian dibilas dengan air. Lakukan selang dua minggu. Hasilnya kuku bukan saje sihat bersinar dan cantik malah juga berwarna putih kemerahan.

Serbuk teh melembutkan kulit muka: Selepas meminum airnya, jangan dibuang serbuk teh itu, sebaliknya sapukan pada wajah. Biarkan selama lima minit kemudian dibilas dengan air suam. Hasilnya kulit wajah anda lebih licin dan lembut.

Hilangkan bau ketiak: Salah satu petuanya ialah ambil beberapa helai jambu batu yang muda dan segenggam beras yang disangan atau goreng tanpa minyak. Tumbuk halus dan sapulah pada bahagian yang bermasalah terutama ketiak, lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan hilang. Satu lagi cara gosok ketiak dengan daun sireh sebelum mandi, kemudian mandi seperti biasa.

Jerawat tidak berparut: Jerawat yang baru tumbuh pasti merisaukan, cubalah petua ini. Caranya ialah dengan mengambil sedikit tepung kanji dan putih telur. Larutkan dan sapu pada jerawat yang baru hendak tumbuh. Nescaya jerawat itu akan hilang dan tidak meninggalkan kesan dan parut. Jika boleh jadikan sebagai 'masker' dan lakukan dua kali dalam seminggu kerana ia juga boleh membantu kulit menjadi lebih bersih dan licin. Selamat mencuba!!!

Sumber majalah SDK September 2008

Thursday, January 28, 2010

Cup Cake

Salam dan selamat menjengah umah Su lagi, pada yg datang tu terima kasih bebanyak yeaaa..
Ini projek pagi tadi, b4 this pernah buat seketul besor dalam loyang, ini nak try wat bentuk cup cake macam kat umah Azura Rahman
Memang sedap dan ok. Su mintak halal cnp yea Azura, tqvm... senang bila nak buat lagi nanti dah ada resepinya... Su dapat 27 biji coz buat setengah adunan je..KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan
250gm butter
230gm gula castor
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.
p/s buat cc dapat 27bj separuh adunan. Oven kat umah ni 170 drjh cel 25/30 minit.

Wednesday, January 27, 2010

Petua Kecantikkan

Salam semua, mulai hari ni Su try nak n3 petua, tak kira untuk masakan atau kecantikan. So senang sikit nak carik bila kat dlm blog ni kannn... bukak lebel dah jumpa, bukan nak memandai2 yea, ni semua untuk simpanan sendiri dan jugak anak2 senang nak membaca. Sumbernya dari majalah dan mana2 yg rasa ok. Harap2 kalau kengkawan pun ada petua yg boleh dikongsi jomlah kita sama2 mengumpul petua lakkk... Ok tuk first n3 ni nak letak petua kecantikan....

Atasi perut buncit: Caranya potong sebiji epal hijau, kisar bersama air sejuk hingga halus. Minum air tu tanpa ditapis. Amalkan petua ini setiap pagi dan sebelum tidur. Selain mengatasi masalah perut buncit ia juga mujarab dalam membuang toksin dan juga lemak dari badan.

Khasiat jambu batu: Pucuk jambu batu boleh menghaluskan kulit dan awet muda. Caranya dengan mengisar pucuk jambu batu, sapu pada muka seperti memakai mask. Untuk hasil yg cepat lakukan setiap hari.

Melembutkan rambut kasar: Ambil secekak kangkung basuh bersih. Kemudian masukkan sedikit air suam dan ramas sayur hingga mengeluarkan lendir. Ambil lendir itu sapu pada keseluruhan. Biarkan seketika baru dibilas dengan air bersih.
Sumber: Majalah Seri Dewi& Keluarga (SDK) Ogos 2009.

Roti sosej lagiiii.....

Salam petang Rabu wat sesiapa yang sudi berkunjung ke blog Su ni... terima kasih bebanyak yeaa moga kita boleh terus bersahabat dan bertukar cerita ceriti di alam maya ni... Arini nak n3 hasil kerja anak dara Su yang comelll gebuu, si Nadia tulahhh... Nak bawa bekal ke sekolah agama, pas makan tengah hari tadi terus dia suruh Su guide camner nak buat. Coz arini dia dah berjanji ngan kawan2nya nak bawa bekal. Wat pun simple je....
Roti gardenia beberapa keping... suka hatilah nak wat berapa banyak...
sosej dan sayur campur direbus sekejap. Pastu sosej tu potonglah ikut suka. Sayur campur tu gaul ngan mayonis.
Cara nak buat senang je... amik roti, sapu je ngan sos spegeti kimball so ada rasa cam piza sikit hehe.. pastu tabur sayur, susunlah sosej. Tambah sos cili dan cheese. Mayonis kehabisan stok lah pulak kalau letak lagi sedap kan. Dah siap semua blehlah di bakar 10 ke 15 mnt je... Nadia kata dia tak nak letak cheese banyak2 coz dia nak diet kihkih... ialah tuuuu....
Bagus gak dia dah siapkan menu tuk minum petang ni, so mama dia tinggal buat air panas je... pastu leh lah mengadap laptop ni jalan2 cari respi kat umah kengkawan.... oklah layan je pics kat bawah ni yeaaa... inilah usaha anak dara kuuuuu.... salammmm....





Sunday, January 24, 2010

Cheese n Sosej Roll

Salam jumpa kembali semua... lama rasanya tak menghupdet rumah ku ini. Al- maklumlah masih berdukacita di atas kemangkatan Sultan Johor pada 22 januari 2010 jam 7.15mlm ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL. Al-Fatihah.... Aminnnn...

Actually hari Sabtu tu sepatutnya sekolah ganti tuk raya cina nanti, Sultan mangkat, sekolah batal dan ganti lain Sabtu lak. So pepagi tu kami semua ke Segamat, majlis pengantin cousin Su. Tapi gambar pengantin tu semua anak Su Akmal Rafie yg amik, masih raw lagi, dia lak dah balik hostel tak reti lah Su nak masuk dalam ni hehehe mama dia ni tau guna kamera kecik je.... terus bleh masuk dlm blog.
Oklah ni nak n3 sosej roll bekpes pagi tadi, merangkap bekal Izz Thaqif ke sekolah. Dok menggulung malam tadi, pagi tinggal goreng je. Tapi agak muak sikit bila cis nya banyak, boleh maigrain kepala Su ni. Buatnya senang je tapi nak gak tepek respi kat sini senang nanti kalau anak daraku si Nadia tu nak try buat leh cari kat sini. Su mintak izin Zanarose cnp respi masuk sini yeaaaa.... tapi Su letak cheese.
  • 1 paket sosej ayam Ramley (ape2 jenama pun boleh)
  • 10 keping roti gardinia
  • 1 biji telur ~ ambil putih aje dan dikocok dulu
  • serbuk roti secukupnya (guna yg warna oren) tapi Su guna yg warna putih je
  • minyak utk menggoreng
  • 10 cheese slices atau ikut sukalah...
Cara2 menyediakan:
  1. Sosej ayam direbus terlebih dahulu sehingga masak ~ dipotong 2
  2. Gelekkan 10 kpg roti sehingga nipis dan dipotong dua bahagian. Letak cheese
  3. Ambil 1 sosej dan diletakkan atas roti dan digulung kemudian lekatkan dgn putih telur. Buat sehingga habis.
  4. Celupkan sosej roll td satu demi satu kedalam putih telur dan golekkan bersama serbuk roti. Setelah siap bolehlah digoreng dgn api yg serdahana aje.
  5. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Sesuai utk sarapan pagi atau minum ptg.
Su wat 5 roll je yg ada cheese, lain tak letak cheese, muaklah ..... nanti tak pasal2 kena telan ponstan lepas bekpes kihkih... Layanlah pis yg agak blur ni... nape tah lapor gamaknya... tapi sosej roll ni tergeseng lahhh..... nway sedap n krspi gitu....
Salam sayanggggg semua... jumpa lagi!!!!!


Thursday, January 21, 2010

Donat

Salam hari Jumaat semua.... moga hari ni penuh keberkatan tuk kita semua.... Hari ni nak n3 donatlah pulakkkk.... Berangan nak wat cam donat si Epal Besar tu tapiiii... tak cukup bahan lah pulak.... White coklat pun dah habis, yg ada coklat biasa tu je. Lagi pun bukan tau pun camner nak buat topping... so tepek je ngan krim cup cake kihkihkih sonang keje... Respi donat ni dah selalu gak buat dan tak menghampakan hasilnya gebu n lembuttt. Tapi masalahnya cuma tak nak leper n cantik je cam donat big apple tu.... aahhh tak kisahlah asal boleh makan udah le kannn. Jangan lah nak banding ngan donat J.Co, Dunkin or Big Apple ssebabbb ni donat KakSu Mersing waakakakah. Ni respinya, tapi lupa amik dari umah sape coz dah salin dalam buku respi sejak tahun lepas lagi...

DONAT
200g tepung roti
50g tepung gandum
50g tepung jagung
30g gula pasir
2/3 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh yis segera
190ml susu+ 1 biji telur pukul sikit
50g lemak sayur
1 sudu besar butter

Caranya... masuk semua tepung yg dah diayak dalam mix bowl, masuk gula, yis. Uli sambil masuk susu campur telur tu sikit2 biar tak terlembik lah pulak.... agak dah lebih kurang 5 minit mixer tu menguli, off jap, masuk lak butter, lemak sayur n garam, uli lagi sampai tak melekat kat bowl dan nampak berkilat cantik je... Biarkan adunan tu berehat sampai kembang semangkuk, pastu tumbuk2 dan boleh lah bentukkan menjadi donat atau bulat je.... ikut sukalahhh... Bila dah naik gorenglah, hias suke hati.... bolehlah susun atas pinggan dan nggappp... ooooppppsss tunggu jap, amiklah gambor dulu baru leh tayang kat blog hahahaha.
Oklah sampai jumpa lagi salam sayanggg buat semuaaaa....






Monday, January 18, 2010

Coklat....

Selamat petang Selasa, sihat semua? Camner cuaca kat tempat uols, kat Mersing dari semalam cuaca tak menentulah kejap hujan, kejap tu pulak panas. Dok kerja kuar masuk kain kat ampaian je hehehe nak membebel lak, hujan kan rahmat....
Pagi tadi kemas esbok yg bukan main penuh sesak tu... bukan apa, budak2 kat umah ni, main sumbat je apa yg tak habis dimakan tak kira jajan, biskut, air... Rupanya banyak lagi coklat bittersweet lebih wat almond london raya aritu. Cairkan buat lah coklat sendiri, main bubuh apa yg ada je, almond dan kismis. Tengok kat blog leen lasentosa, cantik2nya coklat dia. Guna coklat belgium yang sedap. Manalah nak cari kat sini, tu yg balun je coklat biasa kihkihkih sedap gak lahhhh, tapi manis... Tengoklah rupa coklat yg agak comot ni.... ok salam sayang semuaaaa...

Hobi yang entah apa2lahhh

Salam minggu baru tuk semua, moga sihat dan dapat meneruskan tugasan harian. Hari ni saje nak n3 antara hobi2 yg Su suka buat n kumpul. Semua benda yg murah dan terbuang je, pasti member2 blog tak terhingin ponnn nak simpan or tengok agaknya. Tak pelah, kalau dah minat tu kita simpan jelahhhh, koleksi peribadilah kata heheheh..... Antara yg Su simpan dan lekatkan kat buku ni ialah tag barang yg dibeli. Tak kisahlah apa pun, asal cantik simpan jeeee....


Koleksi ni payah sikit nak dapat, coz tak leh beli... tapi biasanya orang tak simpan benda ni, bila dah guna buang je kannn. Tapi Su suka pulak tengok benda2 yg comei ni tu yg simpan jeeee....


Ini pulak koleksi resepi yg Nestle bagi, coz Su ni member Netstle, tapi sekarang ni dah lama sepi je, dah tak de lagi resepi ni yg abang posmen antar, nape ek, entah2 Nestle gawat kottt.

Minat membaca gak, tu yg ada lah sikit koleksi novel. Yg banyak majalah tiap bulan beli, novel selalunya pinjam je ngan member2 yg kaki novel kihkihkih.


Ni pulak adalah sikit lilin n buah batu yg Su jaga. Padahal malas gak nak mengelap selalu.......


Inilah antara koleksi setem lama yg masih ada dalam simpanan. Dolu2 masa zaman sekolah punya hobi hehe... sekarang dah jarang sekali tulis surat mana nak dapat setem lagi, semua guna sms je ngan fb(facebook)



Friday, January 15, 2010

Dadih

Selamat berhari Sabtu semua, dah siap membasuh baju sekolah anak2? Ahhh biasalah Sabtu mesti banyak nak basuh baju, kasut dll kan... Kalau anak dah besar tu senanglah sikit, tapi yg kecik lagi tu kita lah yg buat semua kannnn sib baik sekarang ni banyak mesin yg boleh membantu jadi sempatlah mak2 ke mama2 ke ibuk2 dok melepak depan pc ke laptop hehehe.
Pagi Sabtu ni anak2 ngan hb gi sekolah ada koko ngan gotong royong, Sabtu depan lak sekolah ganti tuk raya cina, bz je bila dah naik sekolah ni kan...
Oklah ni nak n3 dadih yg Su wat pepagi tadi, so tengah hari kang, anak2 balik dah beku n sejuk bolehlah diaorang ngappp terus.... Guna dadih segera je, senang n cepat. Beli perisa pandan coz si Izz Thaqif suka sangat ngan warna hijau cam Ben10 katanya. Yg coklat sikit tu saje Su tambah ngan white coffe 3in1, sedap gak. Dah memang fvret Su yg ada rasa kopi sedap jelahhh hehehe. Sebungkus dapat banyak tu.... jemputlah amik sorang satu yeeeaaaa..... byeeee



Tuesday, January 12, 2010

Mexican Bun

Salam sayang dan bertemu diangin lalu hehehe berangin2 lah pulak. Pagi tadi terajinlah pulak nak wat roti ni. Dah lama tak meroti, last buat tahun lepas, kihkihkih lama tu, padahal bulan 11 je. Roti ni fvret semua dlm rumah ni, coz bau nya yg harum semerbak bila dibakar buat perut kenyang pun jadi lapar. Sampai jiran sebelah siap tanya buat kuih apa, baunya sedap sangat. Bagilah dia rasa, wah dapat pujian lagi, roti ni sedap n gebuzz. Memang pun roti ni sedap, nak nya bila baru kuar dari oven, panas2 tu emmmm sedapppp... Tu yang tak sempat nak amik gambor pas kuar oven, ni gambor dlm oven masa tengah bersesak dlm tray. Resepi biasalah mesti cnp dari blog anak sedaraku yg rajin memasak tu... sapa lagi dr Inahar terima kasih ye Ina, lain kali Ucu selongkar dapur Ina cari resepi lain lak..




Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau s ehingga bun keperangan.

Monday, January 11, 2010

Politeknik JB

Jumpa lagi..... n3 terlewatt... hari Ahad 10.1.10, Su sefamly ke Politeknik JB hantar adik bongsu yg dapat study kat sana. Mujur dekat je senang nak hantar. Buat adik ku Syaffie moga dapat sesuaikan diri kat sana n study hard ok, jangan hampakan mak ngan abah. Ok tengok2lah pics kat bawah ni yg sempat disnap.







Naik bas yg disediakan tuk ke hostel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails