rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Sunday, February 28, 2010

Accident ???? Adikku terlibat...

Salam bertemu kembali... pagi hari ini (28 Fab 2010) pasti menjadi sejarah kami sekeluarga bila mendapat call dari adik Su yang dalam perjalanan ke Kluang, mengatakan dia terlibat dengan accident 4 buah kereta. Sebenarnya dia dan rakan2nya (3buah) keta nak ke Kluang melawat kawannya yang meninggal. Tak kesampaian bila 2 keta dah xcdent.. dengan 2 keta sgpore yg nak gi berlumba di Mados (jln Mersing-Kluang) 10 buah semua, 2 keta ni, tertinggal kat belakang tu yang bawa macam berlumbalah... yang jadi mangsa.... aaahhhh.... aaadddiikkkuuuu. Sib baik semua just luka2 ringan, itulah kelebihan seat belt.... kalau tak pakai mau tercampak kemana2.. Syukur alhamdulillah semua selamat....
keta merah ni yang adik Su naik..

Friday, February 26, 2010

Nasi Lemak, untuk anak2...

Salam maulidur rasul buat semua... juga selamat bercuti panjang hujung minggu... Tapi hari ni agak memenatkan. Biasalah rutin harian ceo dapur mana ada cuti hahaha... awal pagi ni buat sarapan nasi lemak merangkap makan tengah hari tuk anak2. Ini disebabkan Su dan hb nak gi rewang rumah jiran yang buat kerja kawin anaknya. So balik rewang kang takyah kelam kabut nak masak tengah hari lak.. Tapi sebenornya, nak siapkan kek kukus asam manis tempahan kawan Rafi, si Idham tu...
Ok balik citer nasi lemaklah.. nasi tu Su buat macam biasa jer guna santan kotak ayam brands, malas nak memarut kelapa, sebenarnya tak pandai pun nak parut ngan mesin kelapa tu takut kena tangan ku yang lembut ni hahaha, biasa yang tolong parutkan abah Su... sambal pulak buat sambal tumis ikan bilis jer, udang masih kat pasar Mersing kihkih.. Su cnp resepi nasi lemak dan sambal udang manis dari rumah Yatie nun kat US tu... manalah tau nanti anak dara/ bujang Su nak masak nasi lemak bolehlah deorang tengok kat sini. Nway tq n mintak halal resepinya yea Yatie... byeee... jumpa lagiii...

Nasi lemak:
Bahan-bahannya

* 4 cwn beras (beras AAA)
* 5 cwn santan
* 1/2 biji bawang besar (hiris)
s* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* 1 batang serai - dititik
* garam secukup rasa

* Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
* sambal tumis
* ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
* telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
* timun yg dihiris
* kacang tanah goreng
* dan lain2 ikut selera
Cara-cara
1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Sambal udang manis
bahan-bahannya
* 500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit belacan*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
* minyak masak - untuk menumis
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, masukkan bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.
kek kukus asam manis order by Idham

Wednesday, February 24, 2010

Yok mangan lemet sore2...

Assalammualaikummmm.... paham ke tajuk kat atas tu??? ooopppsss ngomong jowo pulak.. Lemet tu samalah dengan belebat pisang ke lepat pisang ek, tak taulah. Buat kuih berasas pisang lagi... biasalah nak perabis pisang masak kat dapur tu, buatlah belebat ni... Tengah hari tadi masak ayam masak tomato jer fevert Izz Thaqif. Hari ni Mr HB tak makan tghari kat umah sebab kat sekolah ada kursus teknik menjawap soalan UPSR untuk budak tahun6 dari pagi sampai 6 petang ni.
Balik semula kisah belebat lahh..buat resepi paling senang dari emak Su. Mungkin orang lain ada resepi lagi sedap yang dibubuh dalam bahan2nya kan... tepek jelah bahan yg Su guna tadi...
Bahannya:
pisang awak atau pisang raja sesisir (sesikat)
2 cawan gula pasir (ikut suka nak manis seberapa)
5 cawan tepung gandum
sebiji kelapa parut putih
2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya
ini versi bersusu, sedappp...Caranya, lenyek semua pisang dengan garam dan gula, bila dah hancur masuk kelapa dan tepung sikit2. agak2lah jangan pekat sangat nanti keras pulak belebat tu bila dah masak.
Sudukan atas daun pisang, lipat daunnya buat sampai siap pastu, kukus lebih kurang setengah jam. Boleh makan ok... Su try makan letak susu cair atas belebat tu... sedapppp!!! trylah.. heheh boleh tambah berat badan hahaha

Monday, February 22, 2010

Apam lagii?? Apam Pisang Pulak!!

Salam.... selamat berjumpa lagi.... aahhhh dah bersawang umah ni, sambil2 kemas ni nak menepek resepi apam lagi ok. Ni mood meng'apam' tengah tinggi. Resepi asal amik dari umah yang memang banyak resepi yang mengoda selera, sapa lagi kalau bukan hero yang kat Sedenak tu, CMG (Cik Mat Gebu) maaf main amik jer resepi ni, mintak halallll yea cik mattt.. terima kasih banyak, sedap dan gebu apam ni. Tapi ni kes menderhaka, tak guna pisang emas pun, entah pisang apa yang dah masak tu Su guna jelah, nampak uratnya kasar sangat tak macam yg cik mat buat, tak kisahlah asal sedap kihkih....BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus atau gula perang. (gula perang kehabisan tu yang pucat jer apam tu hehe)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair atau 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam, sikit esen vanilla(suka hati jer coz tak de esen pisang)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 15 minit. Gunakan api sederhana besar.

Saturday, February 20, 2010

Info sihat untuk anak anda!!

Selamat malam.... dah macam tajuk lagu Faizal tahir tuhh... hari ni tak masak2 tapi ada info yang baik tuk anak2 kengkawan ok...

Kafein bukan untuk kanak-kanak:
Tidak kira kanak2 atau orang dewasa, pengambilan kefein yang berlebihan boleh membawa masalah kepada perut, sakit kepala dan susah tidur. Bagi kanak2, mereka lebih berisiko menghadapi simtom ini. Antaranya masalah obesiti dan kerosakan gigi. Oleh sebab kefein bersifat diuretik, ia juga boleh menyebabkan tubuh menggunakan banya air dalam tubuh. Lama-kelamaan masalah dehidrasi akan terjadi. Lebih buruk lagi kefein juga boleh menyebabkan masalah kepada hati. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya peka dan membataskan jumlah pengambilan kefein oleh anak2 anda.

Minuman panas redakan batuk anak..
Sakit tekak dan batuk merupakan penyakit yang biasa menyerang kanak2. Antara minuman panas yang boleh anda sediakan ialah air limau yang dicampur dengan madu suam, jus epal suam atau air coklat panas. Tapi bila batuk atau sakit tekak berterusan segera bawa berjumpa doktor.

Jus buah untuk anak demam..
Bagi anak demam yang tiada selera makan, bagi dia makanan kegemarannya dan galakkannya makan. Tapi jangan memaksa anak anda makan, sekiranya dia tidak mahu makan pastikan dia minum banyak air atau jus buah-buahan. Kerana ketika demam, anak akan kehilangan banyak air di dalam badan.

Sumber : Majalah RASA Jan 2009

Friday, February 19, 2010

Apam gandum sempoiii..

Salam bertemu lagi, terasa lamanya tak menghupdet umahku ini. Sejak hari Selasa haritu tekak ni sakit dan perit disebabkan tonsillitis. Dah beberapa kali gak kena so dah faham perangai sakit ni... satu badan sakit( demam urat), sakit kepala, demam panas dan yang paling perit payah nak menelan walaupun cuma air. Terima kasih tuk HB yang berjaga malam2 buta mengelap dahiku dengan towel basah coz badan ni panas sangat dan menemankan bangun 3.20 pagi tuk makan antibiotik(8jam sekali kena ikut betul baru cepat baik). Sib baik cuti sekolahkan... alhamdulillah pagi Jumaat ni bangun terasa dah ok sikit. Jemu 3 hari makan bubur dan roti jer, so gagahkan diri mengadun apam yang paling sempoi ni... Su cicah sikit jer kelapa takut tekak ni gatal pulak.. Oklah kat bawah ni resepinya kalau ada yang teringin coz benda2 simple ni sedap gakk bagi orang tak berapa sihat macam Su ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
3 1/2 cawan air
10 g yis + 1/2 cawan air suam+ 1 sudu teh gula larutkan (biar dalam 10 minit mengembang)
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar marjerin
kelapa parut putih + sedikit garam + sedikit gula
sedikit pewarna kuning dan hijau
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula dan garam. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2. Masuk marjerin gaul rata. Bahagi dua, warnakan hijau dan kuning (ikut suka yer nak warna apa pun)
  2. Lenser berukuran 10"x10" inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi berselang seli warna hijau dan kuning. Biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit ( balut penutup kukus dengan kitchen towel supaya air tak menitis atas apam). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong (agar cantik bila dipotong) Hidangkan bersama kelapa parut tadi.... Su tak sempat tunggu sejuk pun coz makan panas2 lagi sedap hehe


Saturday, February 13, 2010

Laksa Johor

Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina pada teman2 yang menyambutnya. Mesti ada yang pergi bercuti atau balik ke kampung, semoga semua berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya.Hari ni nak n3 laksa johor yang sedap dan fofuler kat johorlah. Tapi ini bukan Su yang buat so tak dapat nak share resepi. Tau gak nak wat tapi tahap kemalasan tu tahap gabann so bila ada yang memberi kita merasalah. Laksa ni Kak Shida (Cg Rashidah SK nitar 1) yang bagi, dia ni memang pakar masak kat sekolah ni... terima kasih bebanyak kak, kalau buat hantarlah lagi hahaha.

Sabtu semalam ada dua jemputan, pas gi pengantin di Nitar ke Mersing lak belah petangnya ada majlis di rumah Cg Saiful Afandi, makan dan makan lagi kihkih. Biasalah bila cuti ni banyak majlis kan... ptg ni pulak (Ahad) dan esok Isnin ada majlis yassinan... makan lagiii... tak gi mesti tak sedap hati coz jiran2 so layan jelahhh....

Thursday, February 11, 2010

Minum petang jom, ada roti sardin ni...

Salam.... selamat bertemu di hari Jumaat peghulu segala hari, semoga mendapat keberkhatanNya. Yeeessss esok dah start cuti lagi selama seminggu... aahhh bestnya, lepas subuh tak yahlah kelangkabut kat dapur... leh berguling-guling atas tilam bermalas-malas hehe. Tak pun leh lah berjogging keliling kampung... tapi Su ni malas nak kuar rumah pepagi just jogging atas tradmill jer lahhh. Pagi tadi lepas menyiapkan order mufin sempatlah menggulung roti sardin jer, coz dah lepak hehehe. Izz Thaqif bila balik sekolah agama (kul 3.30ptg) mesti tanya mama masak apa, so senang tinggal goreng je. Tapi dia tak makan sardin so isi telur hancur tuk dia. Tu air yang ber'ais' tu dia punyalah... yang belum minum petang tu amiklah yer sorang satu roti tu jangan rebut-rebut kihkih.... salam sayang semuaa... Gong Xi Fatt Choy.. dah wat kuih raya???

Xtvt pagi tadi ni, menyiapkan mufin lagi,hari ni kan last sekolah so ada yang nak dibawa balik ke kampung. Yang dalam mangkuk kecik2 tu order dari Cikgu Saiful tuk majlis yassin di rumahnya. Terima kasih banyaklah wat Cikgu Zaidi dan Cikgu Saiful yer... senang2 orderlah lagik hehehe

Petua dapur

Selamat membaca dan mencuba petua hari ni....

Bubur kacang lebih enak: Biasanya kita menggunakan daun pandan untuk menambahkan keenakan dan haruman bubur kacang. Apa kata kali ini, sebelum merendam kacang hijau, goreng tanpa minyak dengan api sederhana selama 3-5 minit. Selepas itu, barulah direndam dan direbus. Anda pasti akan mendapat hasilnya lebih menyelerakan.

Elak ayam atau ikan melekat di kuali semasa menggoreng: Masukkan asam keping atau asam gelugur ke dalam minyak panas sebelum masukkan ayam atau ikan. InsyaAllah percikkan minyak boleh diatasi dan ayam atau ikan mudah dibalik-balikkan.

Bawang goreng tahan lama: Hiris bawang merah bersaiz kecil, kemudian gaulkan sedikit garam sehingga rata barulah digoreng. Bila agak kekuningan, matikan api dan kacau bawang goreng tadi hingga berubah warna kepada kuning keemasan baru diangkat. Toskan dan simpan ditempat yang kedap.

Sumber majalah SDK NOV 2002

Wednesday, February 10, 2010

Puding kopi

Selamat bertemu kembali ibuk2 dan temen2 di alam siber sekalian kihkih, side effect tengok sinetron Tasbih Cinta kat TV3 lah ni. Ikut sempat jer tengok citer tu, tau2 jelah citer indon ni makan berbulan-bulan nak habis. Citer ni pun rasanya sejak bulan 12 aritu dah ada kat TV3 tu kann. Sihat semuanya, mesti dah makan malam kan... Hari ni Su buat menu ringkas jer, just nasi goreng ayam, request Izz Thaqif... dengan arahan jangan letak sayur lagi.... ahhh budak ni payah no nak makan sayur... Tadi buat puding kopi, tapi guna serbuk agar-agar segera jer... kes malas nak mengodeh lama2 kat dapur, pastu curah sikit sos cekelat. Rasanya ok gak, asalkan sejuk jer lalu kat tekak sedaplah tu... Oklah layan jelah pics ni yer, resepi tak yah tepeklah, benda biasa2 ni semua dah biasa buat kan..... Selamat malam semua...

Tuesday, February 9, 2010

Petua dapur

Petua di dapur tuk dikongsi hari ini.

Sayur layu kembali segar: Rendamkan sayur-sayuran tersebut di dalam bekas berisi air yang dicampur dengan cuka dan biarkan seketika. Bukan sahaja akan menyegarkan sayur berkenaan, bahkan juga segala kotoran yang terlekat akan turut hilang.

Cengkih mengharumkan dapur anda: Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di dapur anda, rebus beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka, kemudian sembur atau lapkan disekitar kabinet, jubin dan dapur anda. Ia bukan sahaja berkesan menghilangkan bau hanyir malah bau lain yang juga tidak menyenangkan.

Elak jemput2 jadi keras: Salah satu untuk melembutkan jemput2 dengan membancuh tepung dengan menggunakan air panas dan campurkan sedikit minyak panas. Hasilnya pasti jemput2 anda menjadi lebih lembut dan enak.

Sumber majalah SDK Nov 2003

Monday, February 8, 2010

Roti berinti coklat

Salam hari isnin semua. Semalam dah bersantai2 di pantai Mersing, hari ni mulakan minggu baru, dengan tahap kerajinan yang lebih sikit... Pagi tadi lepas menyiapkan order mufin dari Cg Zaidah, terus meroti pulak. Guna resepi roti asas jer, coz anak2 nak makan roti cekelat, Su pulak memang tak berapa minat dengan cekelat, boleh buat Su sakit kepala, so separuh adunan tu berinti sambal tumis ikan bilis. Dibawah ni resepi roti tu cnp dari umah Dr Inaharlina lagi... kalau nak tau... banyak lagi resepi yang best2 kat umah dia tu, tak cayaaa??? gi lah jenggah umah dia!!
Ok lah jumpa lagi byeeee...

Ini roti berinti sambal tumis ikan bilis, hodoh sikit rupa dia hehe..


RESEPI ASAS ROTI

Bahan:


400gm tepung roti
190ml air suam

2 sudu teh yis kering

2 sudu besar mentega/marjerin

5 sudu besar gula caster
2 sudu besar susu tepung

1 sudu teh garam
1 biji telur
dan 1/2 suduteh each bread improver & bread softener

Cara-caranya:-

Kalau guna manual,masukkan gula,yis kedalam air suam,biarkan campuran berbuih,then masukkan tepung ,susu,garam,marjerin,telur ..uli sehingga sebati..kemudian biarkan 1/2 jam. bila naik..ambil adunan tadi ,pukul sket untuk membuang angin..bentukkan bulat2..rehatkan sebentar kemudian bolehlah dibuat berbagai jenis roti yg disukai. Kali ni Su buat roti berinti coklat dan sambal ikan bilis. Roti dibakar dalam15-20min je pada suhu 180 `c.
Projek mufin cekelat pagi tadi....

Friday, February 5, 2010

Kek Kukus Masam Manis (Haw Flake)

Selamat berhujung minggu, hari ni Sabtu, anak2 sekolah ganti tuk tahun baru cina. Pagi tadi wat kek lapis haw flake (asam manis) ni, ada teman yang nak.... dengan pesanan asam lebih tuuu. Su guna resepi dari majalah Seri Dewi&Keluarga, ok share resepinya kat bawah ni yerrr...

Kek Kukus Masam Manis

Bahan-bahannya:
1 cawan gula pasir blend (Su kurangkan sikit)
1 cawan butter/ marjerin
1 cawan biskut merry blend halus
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
4 butir telur(A)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
Haw flake secukupnya
Pewarna ikut suka- hijau &kuning atau hijau&merah
Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Putar putih telur hingga kembang dan tak jatuh bila terbalikkan mangkuk.
3. Putar kuning telur mangkuk lain.
4. Masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega dan gula, kacau, kemudian masukkan putih
telur kacau rata.
5. Masukkan susu, vanilla, biskut dan tepung(dah di ayak bersama). Gaul sebati.
6. Bahagikan kepada 2 , warnakan hijau dan kuning.
7. Ratakan sedikit adunan ke dalam loyang 7"x7" susun haw flake di atasnya.
8. Kukus 5-10 minit.
9. Lakukan langkah 7 tadi berselang-seli warna hingga selesai.
10. Dah siap kukus lagi 20minit. Boleh diangkat.

Thursday, February 4, 2010

Ubi ungkep?? Pernah makan??

Salam dan bertemu lagi malam ini. Hari ni nak n3 makanan wong jowo... UBI UNGKEP. Kalau biasa uols tengok ungkep ayam, kali ni ubi lak yang diungkep. Tau ke maksud ungkep??? Maksudnya masak dalam kuali ke periuk yang mana semua bumbu atau rempah2 dimasukkan kedalamnya dan ditutup. Betul tak Hana dan Dzana. Kalau silap betulkanlah... Ubi ni masak petang tadi dan layan ngan kopi panas, ffuuhhh... sedap bebbbb.. trylah. Hehe sekali sekala ajar tekak makan menu emak, bapak, datuk, nenek kita dolu2 ni best gak kan. Memanglah pizza tu sedap, Jco donat tu mengancam, KFC, McD dll sedap2 belaka. Resepi ini pun apa kurangnya... sib baik anak2 Su pun suka, kecuali si Izz Thaqif yang memang selera baratnya terlebih sikit, spegeti dia makan, laksa langsung tak nak, apa lagilah ubi ni memang tak dijamahnya, kenan mat salleh mana tah kihkih. Oklah tak yah citer panjang lebar, kat bawah ni ada resepinya kalau ada yang nak try, tapi kalau nak pedas tambah lada kering blend pun boleh. Resepi cnp dari rumah Dzana kat Batu Pahat memang wong jowo kan? Terima kassih banyak mintak halal resepinya.... Layannzzz..Bahan2
1 kg ubi - potong spt nak merebus n bersihkan..
4 sb ketumbar*
3 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..

sedikit kunyit/serbuk
garam secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis


Cara2.
1. Tumbuk bahan*.
2. Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
3. Masukan ubi dan gaul rata
4. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
5. Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
6. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
7. Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api.. Angkat, masuk pinggan, makanlah...

Wednesday, February 3, 2010

Yokk sarapannn.

Selamat pagi kengkawan, bekpes apa hari ni? Dah siap urusan di dapur ke?? Sementara menunggu MB (hehehe jagan konpius ok MB=Mesin Basuh) sempatlah dok menghupdet umah ku ini... Pagi tadi bekpes roti lagi, hari ni versi goreng berinti kaya dan marjerin lak. Su pernah tengok kat umah bloger.... sape ek lupalah... jangan marah yer tuan yang bagi idea ni...nway terima kasih banyakkk.. ini resepi simple nya..
Roti Goreng krispi.
10 keping roti- sapu kaya/marjerin+gula lipat dua lekatkan tepinya
untuk tepung salutannya- 2 cawan tepung gandum, 2 1/2 cawan air,1 sudu besar marjerin cair/ minyak masak, garam dan sikit gula, warna kuning.
Satukan semua bahan bancuh dengan whisk jer, leh lah celup roti ke dalamnya dan terus digoreng. Makan panas2 memang sedap.

Sosej goreng simple ni fvret Izz Thaqif tuk bekpes ngan bekal ke sekolah.

Petua dapur.

Hilangkan hanyir peti sejuk: Jika kita menyimpan ayam, daging dan ikan dalam peti sejuk, pasti akan timbul bau hanyir yang kurang enak. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku hiris limau nipis atau limau kasturi dan susun jer di tempat simpanan ayam tadi, insya-Allah peti sejuk tak berbau lagi. Satu lagi petua dengan meletakkan arang masak ke dalam peti sejuk.

Menghilangkan bau cili di pengisar: Bila kita sering menggunakan pengisar untuk mengisar cili, sudah pasti bau pengisar menjadi kurang enak. Cara mudah untuk mengatasinya, ambil dua atau tiga asam keping, masuk dalam pengisar, isi sikit air, kisar. Bau tu akan hilang.

Memudahkan bawang putih dikupas: Masukkan bawang putih ke dalam sebuah mangkuk berisi air suam. Rendam seketika barulah dikupas, insya-Allah mudah mengupasnya.

Kerang mudah dikopek: Basuh kerang sehingga bersih. Masuk dalam periuk, rebus kerang dengan mencampur sedikit minyak masak, bila cengkerangnya sudah terbuka boleh ditutup api. Biarkan sejuk dan kopeklah isinya.

Selamat mencuba. Sumber majalah Rasa Dis2008 dan Rasa Jan 2009

Tuesday, February 2, 2010

Resepi donat pedas

Cerita donat lagikkk.. ni atas permintaan Yatie yang jauh nun kat US tu.. dan ctnaemah yang nak resepi sambal donat tu, Su bagi resepi simple yang biasa dibuat. Moga resepi ni membantu kengkawan yang teringin makan donat pedasss.... (biasalah tekak jowo ku ini suka yg pedas2)
DONAT
200g tepung roti
50g tepung gandum
50g tepung jagung
30g gula pasir
2/3 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh yis segera
190ml susu+ 1 biji telur pukul sikit
50g lemak sayur
1 sudu besar butter

Caranya... masuk semua tepung yg dah diayak dalam mix bowl, masuk gula, yis. Uli sambil masuk susu campur telur tu sikit2 biar tak terlembik lah pulak.... agak dah lebih kurang 5 minit mixer tu menguli, off jap, masuk lak butter, lemak sayur n garam, uli lagi sampai tak melekat kat bowl dan nampak berkilat cantik je... Biarkan adunan tu berehat sampai kembang semangkuk, tutup ngan towel basah bowl tu ek. pastu tumbuk2 dan boleh lah bentukkan menjadi donat atau bulat je.... ikut sukalahhh... Bila dah naik bolehlah digoreng.
Resepi sambal tu buat main agak2 jer... Su tak taulah sambal orang lain. Lain orang lain citarasakan..
Lada kering blend, tumis ngan minyak, cam nak wat sambal tulah... bila dah naik minyak masuk sikit air asam jawa, gula( agak lebih sikit) dan garam. Masak lama sikit biar tak pedas sangat, coz rasanya pedas manis. Bila dah ok rasanya, masuk donat yang dah digoreng tadi, balik2 sampai rata sambalnya, bolehlah dihidang..

Monday, February 1, 2010

Donat lagiiii!!! tapi pedasss...

Selamat petang Selasa kengkawan... menu apa petang ni? Su wat donat lagi, saje nak bagi perabeh baki tepung roti aritu... masih guna resepi donat yang sama. Tapi hari ni disalut lada/sambal. Kat tempat Su dipanggil donat pedas, memang biasalah menu ni ada kat warung2, 4 biji seringgit, tapi keciklah sikit dari yang Su wat ni... Biasalah Nadia dah ke sekolah agama dia bawa 3 ketui tadi. So makan berdua ngan HB jer, Izz Thaqif makan roti ngan eskrim. Semalam buat eskrim perisa coklat pulak.... budak2 tengah kemaruk makan eskrim, cuaca lak panas tul sekarang ni. Lum buat perisa kopi lagi ni... pebret Su hehe, takpelah malas nak wat nanti mama diaorang yang makan banyak lak... camner nak diet weeiihhh. Ok jamu mata ajelah yer... Salam sayang semuaaa...

Roti ngan eskrim ni Izz thaqif punya, dia tak suka makan donat pedas or donat gula, tapi kalau yang letak krim dia sukalah pulak. Ahhh malas lah mama nak mengerim ptg ni dikkk oooiii..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails