rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, March 30, 2010

Award Dari Yatie di US



Salam.... hari ni bukan nak tayang award tapi dah ada yang sudi memberi Su lagilah berbesar hati menerimanya... Itu tanda persahabatan semakin erat terjalin. Award ni dari jauh Su dapat tapi terasa dekat di hati apatah lagi bila kami selalu sembang2 di fb. Nak tau siapa gerangan si cantik manis ni hehe... tentunya Yatie - Sinar Kehidupan yang berada di Baton Rouge, Louisiana, US.
Terima kasih bagi akak award... rasa macam tak layak dapat award coz akak ni baru jer berblog dan banyak benda yang tak tau pun... sebelum ni ada award yang tak pandai pun nak angkut ke blog ni hehe sorrylah pada yang memberi tu... tapi berbanyak terima kasih, itu tandanya kehadiran Su diarena blog ni diterima.

Oklah pas ni kengkawan lain terimalah pulak award ni yer... moga kita semua dapat berkongsi award yang memang milik semua bloger kan... Sudi2kan angkut yer... sebagai ingatan dan tanda persahabatan kita di sini...

Award dari Suri Sarawak

Salam berjumpa lagi. Seronoknya Su dapat award dari Suri Sarawak yang pakar buat kek tu... Su pun selalu bertanya dan sentiasa mendapat jawapan darinya. Seronok dapat kenal dengan Suri Sarawak dan dapat bertukar pendapat dan berkongsi resepi kat sini. Anyway thanks Suri ingat Kak Su... tu yang hantar award ni kan... moga kita boleh terus bersahabat. Kengkawan lain gi lah kenal2 ngan suri pulak yer... mesti ramai yang dah kenal ni...

Monday, March 29, 2010

Happy Birthday NISSA...

Ini pic tahun lepas masa konvo TAJ dari kiri Izz Thaqif, Alia, Nissa(tudung kuning) dan Nafisha.

Salam berjumpa lagi... fuuhhh semalam rewang pengantin lagi...letih gak... itulah rutin dok kat Felda ni, kalau tak kat block sendiri kat block sebelah menyebelah pulak ada rewang so boleh kata tiap minggu rewang dan makan2.... acara menambah inci kat badan..kalau makin tinggi tak pe ni makin lebar hehehe... rezeki jangan ditolakkan..
Pagi ni menyiapkan 2 biji kek coklat kukus tuk Cg Rokiah. Kek ni tuk anak sulungnya Che Khairunnisa yang menyambut birthday nya hari ini 29 Mac 2010 yang ke 7. Moga panjang umur murah rezeki menjadi pelajar pintar dan anak solehah dari Cik Su ya.. Nissa ni sebaya ngan Izz Thaqif, sekelas dan budak berdua ni memang kawan baik... leh wat menantu hahahaha... dahlah jangan nak merepek pulak kan... Ni pic Nissa masa konvo Taj.Oklah atas permintaan kengkawan ni resepinya... resepi ni sama jer ngan resepi mufin yang biasa Su buat tu... ini resepi lama... belajar kat balai raya Felda dolu2..

Kek Coklat

Bahannya:

4 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - Su kurangkan sikit, manis sangat nanti
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat - Su guna creamer kurang manis sikit kan...
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan air panas (mendidih)

Cara: Gula dan telur pukul sampai kembang. Ayak semua bahan kering. Masuk dalam adunan telur tu berselang seli dengan susu. Kacau rata masuk minyak, kacau rata barulah masuk air panas. Boleh dibakar atau kukus... kalau nak wat mufin masuk dalam paper cup. Su lebih suka dikukus coz lebih moist..
Bubur sumsum ni dapat petang tadi, bila lepas rewang mesti dapat bubur ni punya...tiap minggu makan jemu gak kih3x tak leh ke benda ni tukar ngan puding berkuah siap ngan koktel kan bestt demand lah pulak tekak ku ini... anyway terima kasih wat Cik Milah dan Ck Sukiman...selamat menyambut menantu....
Hari Ahad semalam rewang lagi kat block 6A (block rumah Su hehe) ni antara berkat nasi dan lauk yang dapat beserta bunga telurnya...

Friday, March 26, 2010

Cream Puff dan Pau lagi... bawa g rewang..

Salam hari Jumaat penghulu hari, esok pulak cuti hujung minggu bestnya... Semalam (Khamis) buat cream puff dan pau lagi tuk dibawak ke sekolah wat makan2 rewang. Tapi entah kenapa pau yang Su buat selalunya berkedut. Apa ek yang silap, kengkawan ada petua wat pau tak? Rasa pau ni ok lembut dan gebu cuma kulitnya je berkedut...
Hari ni sambutan maulidurasul kat SK Nitar 1 ni, bila maulud cikgu2 akan bergotong royong memasak. Menu maulud kali ni nasi minyak, ayam masak merah, dalca daging dan acar mentah. Tapi tak sempat pulak nak amik gambor coz bila abah deaorang balik tengahari tadi bawak nasi berkat tu anak2 terus serang hehe laporrr... balik dari sekolah kannn..
Resepi cream puff dan pau dah pernah n3 so hari ni layan pics jerlah...
GB (berbaju hijau) dan Ustaz Aziz...ustaz kesayangan Izz ThaqifInilah hero2 SK Nitar1 aka tukang masaknya hehehe


Wednesday, March 24, 2010

Bubur Nasi dan Sambal Ketuk

Selamat petang semua, moga sihat hendaknya walau sibuk memanjang bila dah bukak sekolah ni kan... Hari ni n3 menu paling senang....Entah kenapa malam semalam tekak teringin nak makan bubur nasi, so tunda buat tuk bekpes pagi tadi jer....Buat bubur biasa bukan bubur lambuk yang nak ada santan dan pelbagai. Biar ringan sikit bekpes coz sekarang ni mudah sakit kepala bila makan benda berminyak dan berlemak. Tapi sambal kena ada, kalau dah jawa tu mana boleh tinggal sambal kan hehe. Buat sambal ketuk yang paling senang dan cepat boleh dimakan.

Buat bubur nasi macam biasa kita masak nasiklah cuma tambah air lebih..

Sambal ketuk
Segenggam ikan bilis- ikut sukalah nak genggam besar ke seciput..
Sebiji bawang besar -potong
Seulas bawang putih -mayang
8-10biji cili padi belah sikit supaya tak meletup bila digoreng
2 biji limau kasturi/ air asam jawa
gula dan garam secukup rasa

Goreng ikan bilis hingga garing, angkat. Goreng pulak semua bawang dan cili padi. Pastu tumbuk semuanya termasuk garam dan gula sikit, tak payah lumat sangat, kasar2 jer sedap bila digigit.. perah asam, dah siap..

Monday, March 22, 2010

Cream Puff Oren

Salam dan berjumpa lagi di malam Isnin. Selamat kembali ke sekolah tuk hb n anak2 mama semua. Peerrhh lepas ni 2 bulan baru ada cuti panjang lagi...Hujung minggu (hari Ahad) kami menerima kunjungan dari teman lama yang telah berpindah ke Melaka, sape lagi kalau bukan Zulfikar dan Budiman serta anak comelnya Balkis. Hehehe FB yang akrabkan kita kan...
Hari ini buat order krim puff dari Shima, lama gak tak buat so apa lagilah 'gang kuat makan' balik dari sekolah terus menghabiskan baki cream puff yang baunya memang semerbak harum bila dibakar. Resepi ni dah lama Su guna, jumpa kat blog jugak tapi tak ingat rumah sape terima kasihlah yang berkongsi resepi.Bahan2: (untuk pastri)
250 gm butter
500 ml air

1/2 sudu teh garam

300 gm tepung gandum
5 biji telur
(A)
1 sudu teh esen vanila


Bahan-bahan krim oren :3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick

2 sudu
besar butter
Cara:
puff

1. Rebus butter,air & garam sampai mendidih, kecilkan api.masukkan tepung (yang sudah diayak di atas kertas supaya senang nak tuang dalam periuk) dan kacau cepat sehingga menjadi doh yg x melekat. Matikan api dan kacau rata. Angkat biar suam.
2. Pukul telur dan vanila sekadar sebati, masuk sedikit2 ke dalam adunan tepung sambil dipukul terus.
3.Tekan dgn spuit diloyang yg tlh disapu butter. Sebelum bakar spray air ke atas doh agar cantik. Bakar lebih kurang 20 minit pd suhu 200c @ sehingga kuning keemasan. Pipekan krim kedalamnye!

Cara-cara krim oren:
Masuk semua bahan kecuali butter ke dalam periuk, kacau hingga berkilat, masuk butter dan kacau lagi hingga betul2 pekat dan masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.Gather2 ngan Zul dan Budi di Buluh Wangi Cafe.
Kesian tetamu ku terpaksa bersila jer.... just wat nasi ayam.

Friday, March 19, 2010

Sepuluh.... TAG dari AlongRoz dan KakChik

Hari membayar hutang tag dari kakchik dan AlongRoz

Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan: Yang pasti seorang wanita, isteri, mama kepada anak2 yg 3 org tu..

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan: Kenalah tanya kawan2... mudah2an mereka menganggap Su ni kawan yang baik hehe

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan: Mengikut turutan
1. Mempunyai cyber cafe sendiri haha
2. Hidup tanpa hutang dan boleh beli apa jer...
3. Menunaikan haji dan umrah.
4. Melihat kejayaan anak2
5. Dapat BMW free, ada ke yang nak bagi wakaka..

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: Mustafa Kamal bin Hj Ismail

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan: Takkan 5 je...
1. Penyayang dan caring
2. Sentiasa menyokong apa je yang Su minat terutama masak2.
3. Sentiasa ada bila diperlukan
4. Tak suka keluar rumah tanpa sebab, lebih suka layan anak main chess haha
5. Rajin membantu terutama memasak coz masa dalam pantang anak ke2 dan ke3 suamilah yang jaga segalanya.

[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan: Mei 1990

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan: Tak ingat yang pahit coz banyak yang manis.

[#8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan: Tak de tema layannn semua hehehe

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan: Dah banyak yang berubah kepada lebih baik, makin baik.

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Huh, ni yang susah ni. Takut kawan sibuk tak sempat nak jawab je. Harap-harap kawan2 kat blog list yang sudi silalah buat..

Thursday, March 18, 2010

Ayam Panggang Ala Uncle Kenny

Salam bertemu kembali... damai dan tenang rasa jiwa lepas membaca yassin dan bertahlil dimalam Jumaat yang mulia ini kan...semoga semuanya berada didalam lindunganNya.
Ok kita citer masak2... tuk makan tengahari tadi Su try wat ayam panggang cam uncle kenny... maklumlah kat Mersing ni mana ada Kenny Roger Rooster kan... Dah nak habis cuti seminggu ni asyik bz jer... baru hari ni sempat memenuhi request hb dan anak2. Makanya pagi tadi kami beramai2 dok kat dapur... kuar jer ayam dari oven tak sempat nak hias bagai... 'gang kuat makan' (pinjam kata2 ct naemah) dah tak sabar nak makan... habis ayam seekor tu kami kerjakan hehehe.
Jom layan resepi.... banyak rumah Su sekodeng nak wat ayam ni, tapi resepi ni cnp dari umah Yatie US, dia lak amik dari umah Hana Jepun dan Kak Ummi Kuantan.. Resepi sos lada hitam amik kat MyResepi, wat banyak senang bila nak makan burger...best tul ada blog ni kan... nak masak pun leh jalan2 round the world kihkih. Terima kasih semua kawan2ku...
Bahan ayam panggang:

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

* Bahan-bahan untuk make up ayam :
* 2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -( kalau takde sos ni ganti dngn sos tiram+kicap pekat dan 2 sb lada hitam)
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr(Su tak letak)
* 2 sudu besar gula pasir-
* 2 sudu besar herba campuran-(Su ganti ketumbar dan jintan halus)
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega
*2 sudu besar lada blend
*sedikit madu sapu masa nak panggang.

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- atau perap semalaman
  4. Sapu sedikit mentega dan madu keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Bahan-bahan Mashed Potato
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - letak sikit jer nanti lembik sangat
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
Caranya:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!Memang sedappp bebb!
Bahan-bahan Sos Lada Hitam
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Su buat terhitamlah pulak, maklumlah pencinta 'kicap' hahaha
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

Tuesday, March 16, 2010

Bekpes Sempoi... Bila Hati Masih Berduka.

Assalammualaikum dan berjumpa lagi semua. Hujung minggu lepas memang agak kelam-kabut sikit. Hari Sabtu dapat call anak sedara hb Su yang dok di Taman Saujana Kota Tinggi terlibat accident kat umahnya. Gas bocor masa nak masak, tersambar apilah depan badannya, syukurlah tak berapa serius, moga Ijal tabah dan cepat sembuh.
Hari Ahad kemajlis pengantin kazen Su di Taman Scintex area Masai, balik Mersing sampai dalam 7.45malam. Tapi malang tak berbau... dalam kol 10.30pagi Isnin dapat call mak sedara Su yang semalam buat majlis pengantin tu meninggal dunia. Ya Allah memang mengejutkan... semalam sihat jek, dah ajal pagi tuh aruah sempat membuatkan sarapan tuk suaminya, pastu kata letih nak baring jap rupanya terus pergi... actuallay aruah lupa makan ubat sakit jantung. Moga allah cucuri rahmat ke atas rohnya Alfatihah... Aminn..Oklah kita tukar citer... ni bekfest pagi tadi... dah 2 hari tak masak, badan pun masih letih maklumlah semalam balik melawat jenazah lebih kurang 8 malam baru sampai rumah. So dengan malasnya pagi ni just wat burger segera ni jek tuk hb yang kena mengajar coz ada kelas budak2 tahun 6. Tak de resepi nak share hehehe... just guna roti n daging burger Ramly jer sonang n cepat...

Friday, March 12, 2010

Yahoooo cuti sekolah lagi...

Yahoooo cuti sekolah lagi... selamat bercuti terutama tuk hb dan semua warga SK Nitar 1. Tapi cuti pun dah macam tak cuti bila sepanjang minggu tu ada kelas... tak pelah cikgu ngajar ikut turn adalah jugak cuti namanya tu... yang balik ke kampung moga selamat sampai, terutama adik akak yang dua orang tu... Shima dan Eja. Buat Kak Shida yang pergi mengerjakan umrah, semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Semalam (Jumaat) Su menyiapkan mufin order dari Cg Wan Rabitah. Dalam pada sakit kepala berbaki tu... dapat gak Su siapkan semuanya lebih kurang 350 biji. Buat Cg Norsiha terima kasih banyak semalam siap menolong akak packing mufin tu dalam mangkuk... kelam kabut sikit coz akak ingat nak datang amik kul 2 petang, datang kul 12tgh tu yang lum siap. Alhamdulillah semua settle, coz order ni dibuat awal bulan 2 aritu.. Buat Cg Wan Rabitah dan pasangannya selamat pengantin baru.. Oklah sampai jumpa lagi...

Order mufin dari Cg Wan Rabitah SM Nitar. Hari ni (Sabtu 13Mac) majlisnya. Selamat pengantin baru dari akak moga kekal ke akhir hayat. Tq order mufin akak...

Thursday, March 11, 2010

HONEST SCRAP AWARD FROM INAHAR


The award came with request to share 10 honest truths about me:

Salam jumpa lagi, kepala ni masih gayang lagi tapi mana boleh nak baring jer kann.. hari ni tak de menu nak tepek, so cubalah wat homework dari inahar nih... thanks ina coz bagi award ni..
Nilah 10 fakta diri sendiri...

1. Seorang yang pemalu bila lom kenal, bila dah kenal boleh sembang berjam-jam..
2. Cepat panik dan senang cakap trauma bila dengar bunyi fon malam2 buta(1-5pagi) coz biasanya bila dapat call time2 ni mesti ada berita tak baik, dan bila dah terjaga tu payah nak tidur semula.
3. Tak suka tengok rumah berselerak...hehe yang jadi mangsa anak2lah kena bebel bila ambil barang tak letak semula ke tempat asal.
4. Suka sangat memasak dan mencuba resepi baru terutama sejak berblog ni, banyak tul menu2 yang kengkawan buat dan kalau boleh kita pun mesti cuba jugak.
5. Bila dah masak mesti nak rasakannn... tapi takut sangat 'gemuk' hahaha dan sibuklah nak kuruskan badan... kononnya... tapi susahnya nak kuruskan badan... coz nak makan jek...
6. Hari2 kena surf internet kalau tak jengah fb ngan blog macam ada yang tak kena hehehe..
7. Artis paling diminati, ramai..tapi paling suka Faizal Tahir n Anuar Zain.
8. Suka kolek benda2 comel dan cantik tak kira apa pun, tapi sekarang minat baru pulak... fridge magnet(fm).
9. Tak pernah lupa tarikh2 penting terutama birthday hb n anak2, juga semua tarikh yang ada maknalah...mesti diraikan walau sekadar ucapan atau makan2 kihkih.
10. Suka keluar jalan2, shooping2, dok tepi pantai, pantang ada cuti mesti nak kuar rumah, coz kerja kita hari2 dok kat umah ngadap dapur hahaha, bila cuti naklah bersantai..

Ok dah siap punnn, award ni kenalah share ngan kawan2 lain kan... kali ni Su kena pilih 10 orang jugaklah...jawab jangan tak jawabbb sape yang kena tu ye...

yatie us
Eiba
Sheila-NShafea duniaku
Kak Anis- Anis Diary
CT Naemah Paka
Ita Muar- teman info&resepi
Zana BP- Inspirasiku
Mama Miraki
Ika Thai- Arah
Kak Chik- keluargaku sayang

Wednesday, March 10, 2010

Darah naikk???ooohhhh tidakkk...

Berjumpa lagi dimalam yang panasss ni... tapi syukurlah tengahari tadi hujan walau sekejap tapi lebat dan membasahkan pokok2 yang kekeringan ewahhh...macam nak wat novel lah pulak..
Dah seminggu ni kepala asyik sakit jek, tapi biasalah memang selalu pun sakit kepala, telan ubat ok, pastu sakit balik. HB tak puas hati so petang tadi terpaksa Su ikut dia ke klinik, bila check-up bp oooopppsss 172/114, doc tu pun cakap macam2.... bagi ubat...aahhh kenalah makan ubat darah tinggi tu tiap pagi... tak pelah pandai2lah Su jaga makan nanti, last year kena gak, tapi tak perlu makan ubat, tapi kali ni kenalah pulak...
Hari ni kita share resepi sambal udang pulak...Sambal udang
500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
minyak masak - untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
garam dan gula secukup rasa(gula pasir dan gula merah sedikit)
1 sudu besar kicap
2 biji tomata( suka hatilah nak buh ke tak hehe)
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda *
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat. Angkat ketepikan dulu.
  3. Tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga kering air coz kita blend kan ada air sikit bawang2 tu, baru masuk lada kisar, kacau hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan tomato kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Tuesday, March 9, 2010

Jom makan PAU....

Jumpa lagi.... dah minum petang semua, dah siapkan makan malam tuk family u all... Su masak sekali jek, lauk makan tengah hari merangkap makan malam jugak hehehe...just panaskan je.. pemalas punya mama kan...
Tengahari tadi wat pau inti kari kentang + ayam request dari hb lah ni... aritu tengok kat umah anak sedara dia si Inahar ada pau inti kelapa, terus cakap wat lah pau inti kari tuk abang pulak. Bila hb balik dari sekolah dia kata kul 2 ptg nak ke sekolah semula coz ada gotong royong mengemas library. Rezeki cikgu2 tulah... bawa ke sekolah pau ni... alhamdulillah bila hb balik Su tengok kosong dah tupperware tuh...habis semua. Resepi amik dari umah mamaFahmi, banyak resepi dah tengok, rasanya resepi ni simple je, lagipun stok tepung hong kong ada tu yang try resepi nih... memang lembut gebuzzz dan putih menawan hehehe... Intinya buat jek macam inti karipap, so bila lebih banyak wat karipap pulak...

PAU

400g Hongkong flour (pau flour)
200g water (Su guna air suam dan lebihkan sikit air)
70g sugar
a pinch Salt
10g double action baking powder
7g instant dried (mauripan)
30 g shortening

Method:
1. Place water in the bread maker pan. Top it with Hongkong flour, sugar, salt, baking powder and instant yeast.
2. Set the bread maker to Dough and let it knead.
3. When the dough is combined, add in shortening and let the bread maker finish it's job of kneading and proving which will take about 1 1/2 hour.
4. Remove from pan and punch the air out. Cut the dough weighing 30 g each. Make it into round balls and leave to rest for 10 minutes.
5. Flatten the dough and wrap the red bean filling.
6. Place each pau on a piece of paper or small piece of banana leaf.
7. Arrange in the steamer and let it proof again.
8. Steam for 15 minutes.

Su tak de BM so guna mixer jek... dan satu lagi petua Su dapat lupalah dari sape, sorry yek.. kukus pau 10-15 minit, matikan api biar je pau dalam kukusan jangan dibuka 10 minit. pastu baru keluarkan dari kukus dan makanlah apalagi hehehe..

Sunday, March 7, 2010

Sweet Lassi yang menggodee tekak.....

Selamat berhari minggu semua.... hari ni, ada majlis pengantin lagi... kat belakang rumah Su pulak. So dari semalam rewang. Kat sini leh kata tiap2 minggu ada majlis.... tengah hari tadi dah makan nasi beryani, jadinya malaslah nak turun dapur, gantung periuk lagipun nasi berkat banyak lagi... Tuk minum petang Su goreng nugget, kentang n keropok jek. Pastu wat sweet lassi... lama dah tengok sana sini ada, lagi2 kat umah Ika kat Siam tu asyik tayang benda ni... bahan ada lagi pun sonang jek... blend pastu boleh teguk...nyaman jek lalu kat tekak... akak cnp bahannya ye Ika, senang lein kali nak wat lagi... tq Ika..

Sweet Lassi

U just need :~
  • 200ml plain yogurt
  • 100ml water
  • 5 tbsp of sugar ( add/less)
  • ice cubes
  • any fruit juice (optional) ~ I added 50ml orange juice.
  1. Blend smooth all ingredients. (u may add the fruit juice later b4 serving).


menu paling senang dan laris tuk minum petang


Nahijah (tudung putih) dan Shima dok leka layan fb... saje tak nak tunjuk muka nanti ter'glamour' susahlah pulak, maklumlah darah tengah manis dua-dua tu.... wakakaka... last weekend deorang dtg, dan bawakan ole2 tuk akak ni...
keropok ole2 dari Eja...
Ole2 dari Trengganu. Syukran ustazah Nahijah.. akak panggil Eja, glamour sikit hehehe. Dengan rasminya fridge magnet(FM) batu bersurat ngan penyu menepek kat esbok akak tq3x. Sekarang tengah kemaruk kolek benda ni...suke tengok dia menepek kat esbok tuh... kalau ada yg baik hati nak bagi ole2 tuk akak, bagi jer lah benda ni hahahah muka tak malu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails