rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Sunday, May 30, 2010

Ikan bakar dan Sambal Serai

Assalammualaikum dan salam sayang semuaaa...jom, jom, jom... tolong bersihkan sawang kat umah ku ini...bz lah konon tuan rumahnya..hehehe...order kuih adalah jugak sikit2 tapi lebih bz ber fb...
Selamat kembali bekerja dan sekolah semula...cuti 3 hari kannn...dan anak2 pasti sibuk ngan exam minggu ni...moga berjaya semua, next week cuti panjanggg...bestnyaaa....kihkih mama dia yang lebih2..
Ok masuk bab masak dan makan2 pulak, hari ni layan ikan bakar dan ikan goreng cicah sambal serai dan buat udang goreng bijirin...alaaa guna 1 paket butter cereal brand delichef beli kat Cosway..ooopppss bukan beli tapi Cikgu Shida yang bagi hehe...thanks Kak Shida.. udang ni ikut jer cara yang ada kat pek tu..mesti jadi punyaaa...sedappp n senang..Jom tengok resepi sambal serai kami tengahari tadi..

Sambal Serai

Bahan2nya

sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar cili kering blend (nak pedas tambah lagi)
4 biji cili padi
4 batang serai
air asam jawa, gula pasir, garam

Cara membuatnya:
Blend semua bawang, halia dan serai. Panaskan minyak tumis semua bahan yg sudah di kisar sampai garing (coz bila dikisar banyak airkan). Masukkan cili kering yg sudah dikisar gaul sehingga rata dan masak sampai pecah minyak. Masuk air asam jawa, gula dan garam. Bila dah cukup rasa boleh matikian api dan angkatlah..
Sesuai utk pelbagai jenis ikan dan ianya hendaklah di panggang menggunakan daun pisang.
Letakkan sambal ikan tadi diatas badan ikan yg sudah dipanggang dan perahkan sebiji limau kasturi.

Tuesday, May 25, 2010

Ayam Masak Kurma versi Pedas

Salam dan selamat malam semua...mesti dah beres semua kerja2 rumah yang biasa kita buat...tapi kerja kat umah mana pernah habis dari bangun tidur sampailah nak tidur pun ada kerja yang kena buat kihkihkih...itulah orang perempuan...
Dah2x tak nak melalut...hari ni wat ayam masak kurma tapi versi pedas...coz kat umah ni kalau tak pedas tak berapa laku pulak lauk tu..

Ayam masak kurma pedas

Bahan2nya

  • 500 gm ayam di potong sederhana besar
  • sekotak santan(kecik jer)
  • 8-10 biji cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • rempah tumis sikit
  • 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
  • 2 biji kentang besar
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 1 sudu makan kerisik
  • garam, gula, air asam jawa dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

  1. Bawang besar , b.putih, cili api dan halia ditumbuk atau blend jer. Tumiskan atas dapur bersama rempah tumis sehingga berwarna kekuningan.
  2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam sebati dengan rempah, masuk air sikit supaya tak hangit.
  3. Gunakan api sederhana dan biarkan ayam empuk sikit, kemudian masukkan kentang.
  4. Setelah kentang hampir empuk masukkan pula santan, bawang besar yg dibelah empat, garam &gula ajinomoto, dan air asam jawa.
  5. Kemudian masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Sunday, May 23, 2010

Pizza Roti dan Jemput2 Air Panas

Salam dan selamat berhujung minggu... lambat sikit n3 bekpes pagi tadi, tapi tak pelah u all layan jerlah pic ni yek... ni kira siaran ulangan, coz pizza roti ni dah pernah n3 b4 this. Bekpes ni sempoi dan sedap tu yang suka buat n suka makan kihkih... So kalau nak tengok resepi gi siniPagi tadi wat jugak jemput2 air panas, biasalah bila cuti semua ada kat umah sarapan kena buat lebih sikit..jemput2 ni sedap coz garing kat luar tapi lembut kat dalam. Bila dah sejuk pun tetap lembut, tapi agak berminyaklah...benda bergoreng...biasalah... kalau ada yang nak try tengoklah resepi kat bawah ni...tapi biasalah wat jemput2 ni main agak2 jer..Jemput2 Air Panas
Bahan:(agak2 jer nih..)
1/2 kilo tepung gandum
4 ulas bawang merah mayang/tumbuk
ikan bilis (yang halus2 tu sedap) kalau tak de, tumbuk bilis tu kasar2 jer
sikit daun sup/daun bawang ikut sukalah...
2 sudu teh garam(agak2lah jangan masin sangat pulak hehe)larutkan dalam air panas
sedikit serbuk perasa atau serbuk 'pasti sedap'- suka lah nak letak ke tak...
air panas secukupnya(mendidih)
minyak dan kuali tuk menggorenglah...hehe
Cara2nya:
Masuk tepung dalam mangkuk(yang tahan panaslah yer..) Masuk bawang, bilis, daun sup dan serbuk 'pasti sedap', gaul rata semua.
Tuang air panas mendidih sikit2 dari tepi mangkuk dan kacau dengan senduk kayu. Tepung akan jadi berketul dan masak, teruskan tuang air panas dan kacau sampai semua tepung rata. Adunan agak keras (macam doh) bukan cair macam kita wat cekodok biasa tu..
Kalau dah rata semua boleh digoreng macam biasalah, adunan ni panas so gunalah sudu tuk membentuk jemput2 ni biar bulat2, tapi yang Su buat ni pun tak bulat kihkih. Ok selamat mencuba..



Friday, May 21, 2010

Chilled Oreo Cheese cake wif Caramel Butterscotch

Salam jumpa lagi, hari ni n3 resepi western pulak... Su ni memang suka kek yang ada chesse..konon nak wat masa anniversary haritu, tapi kesihatan tak mengizinkan, so bila dah sihat ni terus merempit kat dapur...maklum bahan dah beli semua, termasuk strawberry, tu yang we all makan strawberry celup coklat haritu kihkih...
Ramai yg request resepi ni... so layan jerlah... masa buat ni pun ada adjust sikit2 ikut suka hati kihkih... atas kek tu letak caramel butterscootch...(resepi dari mr. google hehe..tapi dah tengok kat umah Siti Naemah) tq naemah...
Buat Rohaya Yusof member fb ku yang banyak membantu... terima kasih banyak atas segalanya...jasamu tetap dikenang dan diperlukan hehe...
  • base;
  • 120g oreo cookies-asingkan creamny- guna biskut marie pun bolehhh..
  • 70g unsalted butter-cairkan
  • filling;
  • 250gphiledhepia cream cheese
  • 200g whip cream
  • 70g gula
  • 1 tbsp serbuk gelatin(Halalgel) dissolved in 30ml water
  • 40ml lemon juice
  • 5-10 keping oreo-patah2 kan
  • hiasan:
  • 200g whip cream
  • 30g gula
  • oreo cookies

Cara-cara

  1. wrapkan springfrm dgn aluminium foil supaya sng ntuk keluarkan kek nnt.
  2. untuk base,hancurkan oreo cookies dan cmpurkan dgn melted butter.then,tekan2kan smp btl2 firm,refrigated about 1/2 hrs
  3. dlm bekas lain,larutkan gelatin dgn air dan lemon juice.double boiled larutan tu smp gelatin larut sepenuhnye,biarkan seketika.
  4. dlm mixer bowl,pukul cream cheese+sugar smp creamy,add whip cream.pukul lg lbey krg 5min.
  5. cmpurkan larutan gelatin td.
  6. last skali,masukkan oreo yg dipatah2kan td.
  7. chill kan selama 4jam atau sehingga kek tu sdh keras.
  8. utk hiasan,pukul whip cream+gula sehingga menjadi icing dan hiasla dgn oreo cookies:)
How to Make Butterscotch

INGREDIENTS
4 tablespoons unsalted butter
1 cup of tightly packed dark brown sugar
¾ cup heavy whipping cream (not ultra-pasteurized)
1 tablespoon vanilla extract
1 teaspoon kosher salt
METHOD
Butterscotch takes about a half an hour to make, from start to finish.
1 First, before you begin, make sure you have everything ready to go - the cream and the brown sugar next to the pan, measured and waiting. Making butterscotch is a fast process that cannot wait for hunting around for ingredients.
2 In a heavy bottomed stainless steel 2 quart saucepan, melt butter over low to medium heat. Just before butter is melted, add all dark brown sugar at once and stir with wooden spoon until sugar is uniformly wet.

3 Stir infrequently until mixture goes from looking grainy to molten lava. Make sure to get into the corners of your pot, and watch closely to notice how the mixture changes. It will take about 3 to 5 minutes.

4 Right before you add the cream, the caramelizing brown sugar will begin to look and feel more like liquid and less like thick wet sand.
5 At this point add all the cream at once and replace your spoon with a whisk. Lower heat a little and whisk cream into mixture. When liquid is uniform, turn heat back to medium and whisk every few minutes for a total of 10 minutes.

6 After liquid has been boiling on the stove for its 10 minutes, turn heat off and let rest for a minute or two before transferring into a heatproof storage vessel. (I prefer a stainless steel or glass bowl.) Cool to room temperature.

7 When butterscotch liquid is room temperature, take a small taste. It's important to know what cooked brown sugar and butter tastes like, and what happens when transforming that flat sweetness into real butterscotch flavor. Whisk in half the salt and vanilla extract. Taste again. Add more salt and vanilla extract until the marvelous taste of real butterscotch is achieved.

Butterscotch makes a fantastic topping for ice cream.
Chill butterscotch sauce in a non-reactive container with a tightly fitting lid only after sauce has chilled completely. It will keep for one month refrigerated, that is if you can keep from eating it all the moment it has cooled down and been seasoned to your liking.

Thursday, May 20, 2010

Roti Arab Ke Roti Puri???

Salam bersiaran dan jumpa lagi kita yek... petang semalam jalan2 ke Tenglu sambil tu singgah jap makan 'roti arab' yang tengah popular kat Mersing... tapi agak confius gak...ada yang panggil roti puri...entahlah yang mana betul... yang betulnya semalam try rasa kat kedai petang tadi roti tu ada kat umah Su pulak... coz semalam hb tanya 'boleh wat tak yang?'... 'Bolehhh jerrr..'
Sejak ada blog ni... resepi apa je leh cariii... Resepi roti puri ni jumpa kat umah Mokwonik Semanis Madu Selaut Ilmu, cnp resepi kat Mersing pulak yek Mokwonik...terima kasih banyak2.. Makan roti ni cicah kari baru uummmppp...Roti Puri

Bahan2nya

2 cawan tepung gandum-(2 cups plain flour)
1 sudu kecil yis mauripan-(1 tsp yeast)
40-50 ml air-(40-50 ml water)
*minyak untuk menggoreng-(*oil for frying)
*1/2 sudu kecil garam-(*1/2 tsp salt)
*3 sudu makan gula-(boleh dikurangkan jika tak suka manis)-saya gunakan 1 sudu besar aje -(*3 tbsp sugar-can reduce if dont prefer sweet - I added only 1 tbsp)
*175ml air panas-(*175 ml hot water)
1 sb shortening- mokwo tambah sendiri, utk memudahkan menguli
Method:-
Satukan bahan *bertanda dan panaskan, kacau sehingga gula hancur dan tutup api. Satukan tepung, yis dan gaulkan. Masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam tepung dan yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti(bread crumbs). Tambahkan air sedikit2 dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh .
perap doh selama 30 minit.
Bahagikan doh pada 12 bahagian dan bulatkan kecil.
Canai doh nipis macam karipap/duit 50 sen.
Siap untuk digoreng sebiji sebiji .
Sources:-From Yatiezaini@myresipi.com

Tuesday, May 18, 2010

Happy anniversary To Me n HB

Salam dan selamat berjumpa lagi.... lama rasanya menyepi diri... sebenarnya tekak ku ini diserang tonsilitis lagi...sakit perit bila menelan... aahhhh syukurlah hari ni dah beransur pulih tapi masih kena makan bubur nasi jer hukhuk...
Hari ni 18 May genap 19 tahun usia perkahwinan kami... tapi disebabkan badan masih kurang bertenaga tuk dok lama kat dapur so tak delah apa2 yang special...hajat dihati nak buat cheese kek, nanti2lah tunggu tekak ok dulu... so hari ni layan strawberry coklat jer....hehehe. Kepala pun masih berat tak boleh dok lama depan lappy ni... untuk hb tersayang moga Allah memberkati kita berdua dan kebahagian ini kekal dunia dan akhirat...sayang abanggg!!!

Wednesday, May 12, 2010

Kek Span Strawberry BUT tak de buah starwberry

Salam jumpa lagi dimalam hari...banyak benda kena seetle tadi, ni baru ada time nak ngadap lappy kesayangan ku ini wakakaka.. Semalam jenjalan umah Yatie US, punyalah tergoda ngan kek span strawberry yang ranum tersusun atas kek dia, terus pagi tadi Su try wat...tapi kat umah ni tak de buah strawberry lah pulak, jambu air adalah kihkih.. maka tak delah buah2 yang menghias kek ku ini...
Hari ibu haritu tak potong kek so sajelah wat sempena hari ibu kek tu.. bagi kat emak potong... ok u all layan jelah pics ni, wat adik ku Yatie terima kasih banyak sudi kongsi resepi sedap ni...
Resepi Kek Span Strawberry

Bahan:
* 5 biji telor (A)
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete
* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder*
* 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
* sedikit pewarna, jika suka-

Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Bahan Buttercream

*4 sudu besar butter
*1 cwn shortening
*2 cwn confectioner powder sugar
*3 sudu besar susu segar
Cara2=>
  1. Campurkan butter, shortening dan powder sugar.
  2. Putar atau pukul sampai sebati dan halus.Dasebati campurkan susu segar dan pkl sebati.
  3. Setelah sebati dan halus, bolehlah sapu pada kek mengikut kreaviti masing2. Selamat Mencuba.....
Tapi kek ni just salut ngan wipping cream jer... senang n sedap kihkih...

Monday, May 10, 2010

Apple Almond Puff Pie

Salam dan selamat petang semua, petang tadi wat pastry puff pulak...dah lama gak beli kulit pastry ready made ni kat Giant alaaaa jenama Kawan tu.. yang kecik jer 4"x4" dalamnya ada 10 keping. Buatlah ikut suka kawan2 nak bentuk camner...tapi Su wat yang paling senang lipat dua jer kihkih... Buat 2 jenis inti, iaitu inti kentang macam nak wat karipap dan satu lagi wat inti apple and almond, resepi copy dari umah Cik Mat Gebu, sorry Mat main amik jer resepinya, terima kasih banyak yer.. Memang sedap rapuh kulit pastry ni, tapi rasanya lebih kurang jer ngan roti pratha jenama Kawan tu...
BAHAN-BAHANNYA :-)

Pastry Puff secukupnya
2 biji epal hijau
1/3 cawan kismis
1 camca besar serbuk badam
1 batang kayu manis
2 camca besar mentega
1 camca besar gula peerang (brown sugar)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagungCARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada cara u all buatlah..

Kad ucapan lagi...


Salam dan jumpa lagi... hari ni masih n3 kad ucapan hari ibu lagi, ini kad dari Nadia dan Izz Thaqif, biasalah budak2 kecik ni suka buat sendiri...dan kita sebagai mama ni kenalah berbangga ngan hasil kerja anak2 kita, walau apa pun hasilnya...sayang anak2 mama... muaaahhh...


Kad yang cantik cute ni dapat dari Izah Daut/Izah Muffin, thanksss..moga kita semua menjadi ibu terbaik.

Sunday, May 9, 2010

Terima kasih semua...

Salam jumpa lagi, selamat menyambut hari ibu, hari ni baru sempat jenjalan ke rumah kengkawan, tak sangka ada yang sudi mengirim kad sempena hari ibu, pastinya kad2 dan bunga2 ini cukup cantik dan sweet2 belaka...thanksss semua... dengan berbesar hati dan rasa gembira Su gantung kat bawah ni...

Kad dari inahar

Kad ucapan dari azatie

Kad ucapan dari Yatie US

Kad ucapan dari Along Roz

Saturday, May 8, 2010

Celebrate Birthday HB

Salam dan selamat berhujung minggu. Selamat menyambut hari ibu tuk semua ibu2, moga sihat semuanya, aahhh lamanya tak kemas umah ni..bz sikit kihkih bz ber fb... ni baru nak n3 xtvt Jumaat malam hari tu, Su dan Ramidah plan wat surprise dinner tuk hb kami, coz bdy nya beza dua hari jer( Faizal 4Mei, HB pulak 6Mei) Dah plan lama dan deorang tak tau pun..malam tu paksa jer hb gi Mersing walaupun kaki dia bengkak sikit(gout).
Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma malam tu, tak berapa best kat cafe ni, lambat tul serve makanan, biasa ok malam ni wat hal fuhhh hampehh betull..Su wat kek span wif wipping cream, tapi kek span tu tak berapa menjadi pulak, agak keras sikit, sorry ye bang..kihkih..yang penting ada kek dan lilin nak ditiup hahaha...dah tua pun nak tiup lilin, saje suka2..yang pastinya we all happy malam tu, tul tak Amy??

HB n Faizal sedang memotong kek..semoga panjang umur
gather2 ngan Ramidah dan Faizal

Wednesday, May 5, 2010

Cheese Baked Rice

Salam jumpa lagi...hari ni try wat cheese baked rice...wat semangkuk jer...dah nama pun try kan.. HB pulak ke Kluang hari ni so tak makan tengahari kat umah... tapi biasalah bila sikit sedaplah pulak hehe(memang febret Su dan Izz Thaqif coz bila kat Pizza Hut ini menu wajib kami order) Tengahari tadi nasi semangkuk ni kami berdua jer yang makan, tak sempat nak tunggu yang lain balik sekolah wakaka...lain hari mama buat lagi yek...
Resepi ni main wat sendiri jer...so kalau member2 lain ada resepi yang lain, kongsilah...

Cheese Baked Rice
Bahan:
3 cawan nasi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang sosej
sedikit sayur campur
sedikit kiub pati ayam, garam secukup rasa
cheese tuk tabur atas nasi secukupnya..(Su letak nipis jer..biasalah mana boleh makan banyak...)

Caranya: Tumis bawang yang dah ditumbuk hingga garing, masukkan sosej dan sayur, masuk pati ayam, garam...dah agak garing masuk nasi kacau rata(macam wat nasi goreng)
Tuang nasi tadi ke dalam magkuk atau apa jer bekas yang boleh dibakar dalam oven, tabur cheese di atasnya sampai tertutup semua nasi.
Boleh dibakar selama 15-20 minit 180 darjah..

Kek span strawberry wif cream ni order by cikgu Gee tuk prasekolah...thanks Gee siap promote tuk hari guru, alhamdulillah order dah masuk tuk 17 Mei...

Tuesday, May 4, 2010

Sweet Award dari Lieya

Salam jumpa lagi...dah beberapa hari award cantik ni tersimpan, hehe lupa nak n3 sorry sesangat yer mamamya /lieya.. cantik tul apron pink ni terima kasih banyak2 ye lieya...sayang pulak nak guna, biar akak gantung jerlah kat dapur tu..kihkih..akak ni pun bukan pandai sangat memasak cuma suka mencuba, dan yang bagusnya berblog ni resepi kebanyakkannya telah diuji didapur2 chef blogger lain...confirm jadi punya hehe...
dah dapat award ni ada tugas rupanya...tak pelah akak jawab jelah apa yang ditanya..
3 jenis lauk pauk yang suka dimasak

i - masak lemak cili api
ii - tomyam
iii - ayam masak merah/tomato

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat

i - aiskrim wat sendiri
ii - puding trifle
iii - puding kuah wif fruit coktail

3 jenis biskut kegemaran time raya

i - cip coklat
ii - almond london
iii - snow oat

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak

Kak anis
Wanieyra
Mamasyipah

Jom minum petang..

Salam dan selamat petang semua...dah minum petang...jom minum sama kat sini...ada pisang goreng dan keledek goreng...benda ni memang paling senang kalau nak buat, tapi petang ni malas tul nak jengah dapur...sakit kepala...biasalah awal bulan datang bulan wakakaka...
Anak bujang yang pegi beli tadi, pisang rm2, keledek pun rm2.. alhamdulillah...kenyang..

Monday, May 3, 2010

Spagetthi Bolog simple jer...


Assalammualaikum semua, moga sihat. Dah masuk bulan Mei...sekejap jer rasanya dah nak setengah tahun 2010 berlalu. Bulan Mei ni banyak yang nak diraikan, bday HB, anniversary we all, hari guru...tunggu jerlah n3 nya nanti...
Ok ni menu ringkas malam semalam, balik gi Air Hitam dan Kluang, singgah sana kejap sini kejap...ahhh letihhh..tapi seronok dapat bawa anak2 gi jalan2 cari keperluan mereka...
Just wat spagethi ringkas ni...

Bahan-bahan

  • spagethi- direbus ikut jer apa yang tertulis kat pembalut tu..
  • 285g sos spagetthi
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • garam
  • keju parmesan - topping. (tak letak pun stok habis)
  • Ayam goreng atau nugget
Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih hingga kekuningan. Masukkan tomato yg dipotong dadu.masak sampai tomato hancur.
  2. Masukkan sos spagethi. Perasakan dengan skit garam. Didihkan.
  3. Hidangkan..tabur ayam goreng dah di racik atau nugget(potong kecil) atas spagethi tuang sos spagethi, tabur keju parmesan...jemput makan semua...

Sunday, May 2, 2010

Award dari Izah Muffin

Hari ni dok mengangkut award yang tertunggak lagi... yang ni dari Izah Daut/Izah Muffin yang selalu wat muffin yang cantik2 dan menyelerakan...thanks coz bagi akak award yang sungguh cantik dan bermakna ni...moga persahabatan kita berkekalan yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails