rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, October 29, 2010

Apam aiskrim soda 'purple'

Salam berhujung minggu...cuaca kat luar tu mendung n sejuk, rasa malas jer nak wat apa2...tapi dapat kumpul ramai2 hujung minggu ni memang seronok makan tengahari beramai2... apa pun lauk yang dihidang kejap jer licin...
Ok hari ni wat apam aiskrim soda purple, order dari jiran...selalu gak wat apam ni, tapi satu masalah yg selalu terjadi kekadang apam ni senyum setaman kadang tu langsung tak senyum, padahal guna resipi yang sama nape ek??? Tapi alhamdulillah hari ni wat senyum setaman... Kalau berkenan bolehlah try, kat bawah ni ada resipi...

Apam Aiskrim Soda

Bahan-bahan
2 biji telur(B)
250g gula kastor - Su guna gula pasir blend sikit 200g jer
1 sudu teh ovallete
150ml air aiskrim soda
200g tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
sedikit garam dan esen vanila- ni su tambah sendiri
filling ikut selera- su guna jem blueberry
Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung kacau lagi pastu masuk aiskrim soda kacau dengan senduk kayu.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna purple.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 10 minit. Air mesti mendidih dan api sederhana.

Monday, October 25, 2010

Jom buat sendiri CREAM PUFF!!

Salam dan selamat malam selasa, fuhhh hari ni hujan sepanjang petang sejukkk tu...tapi yang ngeri pakej petir ngan angin... alhamdulillah malam ni dah reda, yang tinggal sejuknya jer...tu yang buat mata mengantukkk macam nak tarik selimut jer kihkihkih...
Jom layan cream puff lagi... harap jangan ada yang muak pulak tengok yer. Request dari seorang teman, tak rugi berkongsi ilmu kan...so inilah resipi yang biasa saya guna, inti atau cream tu terpulang pada kita nak perisa apa, begitu jugak ngan hiasan atas cream puff, biasanya saya tabur gula aising jer...kalau ada coklat lebih letak sikit memang sedappp.... Nak tryyy??? resipi kat bawah ni tengoklah yer...

Cream Puff
Bahan2: (untuk pastri)
250 gm butter
500 ml air

1/4 sudu teh garam

300 gm tepung gandum
5 biji telur
(A)
1 sudu teh esen vanila


Bahan-bahan krim oren :3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick (kalau nak rasa lain tukar ikut sukalah yek)

2 sudu
besar butterCara:
puff

1. Rebus butter,air & garam sampai mendidih, kecilkan api.masukkan tepung (yang sudah diayak di atas kertas supaya senang nak tuang dalam periuk) dan kacau cepat sehingga menjadi doh yg x melekat. Matikan api dan kacau rata. Angkat biar suam.
2. Pukul telur dan vanila sekadar sebati, masuk sedikit2 ke dalam adunan tepung sambil dipukul terus.
3.Tekan dgn spuit diloyang yg tlh disapu butter. Sebelum bakar spray air ke atas doh agar cantik. Bakar lebih kurang 20 minit pd suhu 200c @ sehingga kuning keemasan. Pipekan krim kedalamnye!

Cara-cara krim oren:
Masuk semua bahan kecuali butter ke dalam periuk, kacau hingga berkilat, masuk butter dan kacau lagi hingga betul2 pekat dan masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.

Acuan berwarna coklat tu untuk doh tepung, acuan putih tu pulak tuk 'injek' inti dalam puff yang dah masak, senang kerja...

Air dan butter masak sampai mendidih, baru masuk tepung. Bila tepung dah suam2 kuku baru masuk telur dan pukul rata.

Thursday, October 21, 2010

Donat & pau goreng...

Salam hari Jumaat wat teman2 yang sudi singgah, moga semua sihat2 sentiasa dan bolehlah gi jalan2 hujung minggu nanti ngan anak2 kan...ooopppsss tapi hati2 sekarang ni jerubu agak teruk kan...matahari merah jer...tak cerah macam selalu...harap semuanya cepat pulih seperti biasa.
Oklah hari ni kita tengok donat pulak...biasalah bila wat donat ni saya akan variasikan... so dapat makan banyak jenis kononnya hehe tapi sama jer...saya buat donat gula, donat coklat dan pau goreng inti kacang merah, barulah meriah macam2 ada kihkihkih...
Ok jom tengok resipi, tapi rasanya saya dah pernah n3 b4 this, tapi tak pelah tepek lagi sekali coz donat ni lembut n gebu gitu...

DONAT

200g tepung roti
50g tepung gandum
50g tepung jagung
30g gula pasir
2/3 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh yis segera
190ml susu+ 1 biji telur pukul sikit
50g lemak sayur
1 sudu besar butterCaranya... masuk semua tepung yg dah diayak dalam mix bowl, masuk gula, yis. Uli sambil masuk susu campur telur tu sikit2 biar tak terlembik lah pulak.... agak dah lebih kurang 5 minit mixer tu menguli, off jap, masuk lak butter, lemak sayur n garam, uli lagi sampai tak melekat kat bowl dan nampak berkilat cantik je... Biarkan adunan tu berehat sampai kembang semangkuk, pastu tumbuk2 dan boleh lah bentukkan menjadi donat atau bulat je.... ikut sukalahhh... Bila dah naik gorenglah, hias suke hati....
Kalau nak wat pau goreng, isi inti kacang merah bulat2kan n goreng bila dah kembang.



Monday, October 18, 2010

Nasi lemak lagi!!!

Salam hari rabu, hari ni just nak n3 menu2 terlepas... dah basi pun tapi pics ni tetap menyelerakan hehe... Nasi lemak ni saya buat atas permintaan cikgu Gee, tq..
Nasi lemak ni dah pernah n3 resipinya so kalau ada yang teringin nak try tu gi sini yek.. tapi yang ini buat sambal ikan bilis jer..

Kek coklat moist with wipp cream strawberry order by Zulaikha kawan Nadia. TQ

Kek coklat ni buat tuk jamuan kelas Rafi minggu lepas.

Tuesday, October 12, 2010

Happy birthday Along!!


Salam berjumpa lagi, semoga semua sihat dimalam hari ni... hari ni 12 Oktober birthday putera sulungku Mohammad Akmal Rafie yang ke 17 tahun...aaahhh cepatnya masa berlalu dah ada anak bujang... Moga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat insyaAllah.
Sempat wat kan kek coklat jer coz bujangku ni memang gila coklat, tapi jangan terkejut lak ada cream pink hehe...ini kes mama dia dah malas nak godeh cream lain, just guna wipp cream lebih wat kek tuk customer ptg tadi... tak patutkan, hehehe...
Oklah sampai jumpa lagiii...wassalammm

Tuesday, October 5, 2010

Selamat berjumpa lagi!!!! jom makan kek kukus kontroversi

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua teman2 blog....lamanya tak jumpa, semoga masih ada yang ingat dan sudi menjengah blog yang dah lama bersawang ni.... moga lepas ni kita dapat jumpa selalu....
Harap semua kengkawan sihat hendaknya lepas raya ni...
Oklah tak payah banyak citer...hari ni nak kongsi resepi kek kukus, tapi resipi ni dah ramai yang cuba apatah lagi selepas ianya menjadi kontroversi. Mana lagi kalau tak amik kat umah mamat glamour kat Sedenak, mesti semua kenalkan hehe CMG aka Cik Mat Gebu. Terima kasih banyak Cik Mat akak mintak izin copy resipi kat sini tuk rujukan lain kali. Setakat ni alhamdulillah, banyak resepi Cik Mat yang akak try buat pasti menjadi...
Jom tengok bahannya2 kalau ada yang nak mencuba... tapi kalau nak tengok step by step gi blog CMG lah yerrr...

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond) -(Su tak letak coz kehabisan stok)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails