rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Thursday, November 25, 2010

Marble Cheese Brownies

Salam berjumpa lagi, hari ni buat brownies, resipi amik kat umah Yati US oooppss sudah tukarrr.. Yatie JB. Resepi ni memang sedap and moist gitu...dah try versi bakar dan kukus, semua sedap.. kali ni wat versi kukus tersangatlah moist nya... Akak mintak izin cnp resipi kat sini pulak ye Tie..tq banyak2..jom sama2 tengok bahan2nya dan cara buatnya yang senang tu...

Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder*
  • 1 tsp soda bikarbonate*
  • 1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Buat versi kukus pun sama jer cara cuma janganlah pulak panaskan oven, tapi panaskan air kukusan hehe... tapi rupa kek napelah tak licin... takpelah asal sodappp..
Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Brownies ni versi bakar...hodohnya lorekkan tu kan...

Saturday, November 13, 2010

Coklat Chip Mufin

Salam hujung minggu...hari ni wat mufin cekelat lagiii...resepi ni rata2 umah kengkawan lain dah pernah buat.... mufin coklat chip, dan ramai yang kata ok, memang betul pun...yang penting senang sangat nak buat, just godeh ngan senduk jer..pastu sedap pulak.. Jom layan resepi Nigella yang femes tu... tapi saya copy dari MY Resipi coz suka baca komen2 kengkawan yang dah buat.... jom layannnn....

MUFIN COKLAT CHIP

Bahan-bahannya:
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min suhu 180. Su buat dapat 12 biji.

Tuesday, November 2, 2010

CARROT CAKE...sedap rupanya!!!

Salam.... hari ni teringin nak makan carrot cake...tu yang merajinkan diri pepagi tadi menggodek kek ni, alhamdulillah hasilnya....memang memuaskan hati. Apa lagi bila di sapu cream cheese memang eemmmm sedapppp... (maklumlah tak pernah buat hehe). Banyak resepi kat umah bloger2 lain tapi hari ni wat ikut resepi buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200gm tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
130gm gula kastor (Su guna 100gm jer)
400gm parutan lobak merah, perah sedikit airnya (lebih kurang 4 btg carrot)
90gm gula perang (brown sugar)
90gm kismis
50gm kacang walnut, cincang (Su guna almond nib jer...walnut tak jumpa kihkih)

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega dicairkan
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
100gm gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Satukan lobak merah dan gula perang, gaul rata, biarkan 30 minit. Kemudian masukkan kismis. Ketepikan.
  3. Satukan gula kastor dan telur dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga pekat dan gebu, masuk minyak jagung dan esen vanila. Gaul lagi hingga rata.
  4. Kemudian masukkan bahan bertanda *, sikit2 diikuti dengan adunan lobak dan nib almond. Gaul hingga rata.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek dan sapukan frosting cheese cream. Hias ikut suka.
UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese, vanilla dan gula aising hingga kembang. Masuk mentega cair, pukul lagi hingga gebu. Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails