rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, December 31, 2010

Kenangan Disember 2010

Selamat tahun baru... 1 January 2011, happy birthday to me hehe...aaahhh dah tambah lagi setahun alhamdulillah...
N3 hari ni adalah memori sepanjang cuti Disember 2010... kenangan terindah gitu.... Ya Allah moga kami sentiasa sihat dan bahagia selalu untuk menjalani 2011...aminnnn.

Selamat datang 2011!!! Jom Makan Kek Suji

Salam bersiaran dan selamat tahun baru 2011 buat semua teman2 bloger...moga tahun ini kita semua semakin baik dan maju jaya dari tahun yang sudah. Bila tahun baru, syukur alhamdulillah, usiaku pun bertambah satu angka lagi...tahun ni last ada nombor 3.. kat depan tu...next year sudah tukar lahhh... Moga kau kuatkanlah keimanan dan ketakwaan ku Ya Allah. Tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lalu..Hari ni tekak rasa teringin makan kek suji/somalina, kalau ikut bujang kecik si Thaqif, dia nak kek coklat ngan ganache n krim lagi... aaahhh malas nak layan.. so layan tekak sendiri hehe...
Tapi tengahari tadi, bila kek ni kuar dari oven, kami sekeluarga tak sabar nak ngappp..coz bau harumnya mengancam selera..snap pics lebih kurang je, pastu semua makan lepas sepotong, sepotong lagi, Thaqif pun suka, taklah asyik nak kek coklat je... habis separuh loyang kek tu kami sekeluarga kerjakan, buruk makan tul kan kihkihkih..
Tapi memang sedap, kalau tak caya cubalah buat..resipi cnp dari rumah anak buahku Dr Ina Harlina, dia pulak copy dari Cik Mat Gebu..thanks semua yg sudi kongsi resipi best nih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi- kita guna golden churn
170 g gula halus

2 camca besar madu

4 biji telur gred A

100 ml susu segar

2 camca teh esen vanilla

170 g tepung gandum

1 camca teh baking powder

100 g semolina @ suji

Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkab tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.


Saturday, December 25, 2010

Bercuti di KL : Selamat bertunang NUR

Selamat bertunang wat anak sedaraku Nurazimah dan hazrul...






kek pertunangan dari pihak lelaki
kek pink ni dari pihak perempuan




Bercuti di KL : Bersama INA HAR

Salam dan selamat bercuti sempena krismas, moga semua teman2 sihat, lama tak jengah blog ni.... seminggu lepas kami sekeluarga bercuti di KL sempena majlis pertunangan anak saudara. Bila bercuti acara wajib adalah makan2 so hari ni nak tepek pic makan2 bersama anak buahku yang glamour tuuu...sape lagi kalau bukan Dr Ina Harlina dan Che Li. Terima kasih daun keladi coz sponsor makanan yg memang sedap kat restoran pak arab tu...












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails