rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Sunday, January 30, 2011

Lempeng 'lembik' VS Waffel... mana lebih sedap??

Jom minum kopi o panas, makan lempeng 'lembik' cicah kari ayam dan waffel...

Salam berhujung minggu dan selamat bercuti.... sekolah cuti seminggu. Hujan memanjang, risau pulak kalau banjir, tadi tgok tv kat Tenang banjir teruk gak kan...
Bila hujan dan anak2 cuti ni, mestilah nak makan je... semalam ke JB hantar anak bujang Su, Rafie ke Bangkel Fotografi, dapatlah singgah Bake Well di Larkin beli bahan kuih sikit, termasuklah tepung waffel mix, dapatlah anak2 makan waffel fevret mereka ni macam yg biasa jual kat kiosk.Tapi Mr HB tak minat wafel, so buatkan lempeng 'lembik' atas permintaan dia jugak ni coz ada lauk kari ayam makan tengahari tadi.. jom layann...

Tepung Waffel Mix yang senang nak dibuat... ikut je arahan kat label tu..

Friday, January 21, 2011

Macam2 TART... baru tak rugi mencuba...

Salam jumpa lagi... hari ni agak letih...dari pagi dok kat dapur, sambil siapkan order cream puff, buatlah pulak shell tat... tergoda sungguh tengok cis tat kat umah Sweetie- Sweet Memory. Semalam cuti, pergi Kluang cari bahan2 kuih... maka berjaya jugak projek yang tertangguh ni... Terima kasih Sweetie banyak beri tunjuk ajar....memang sedap sangat shell tat ni...cuma nape entah Su buat rapuh sangat, silap sikit pecah... jom layan mata... macam2 versi ada kihkih...

versi egg tart...
blueberry cheese tart...aahhh sedapppnyaaa..

versi tat coklat, anak2 memang suka sangat...

Wednesday, January 19, 2011

Kek Sarang Lebah...adoooii lebah pun tak nak bersarang...

Salam buat teman yang sudi menjengah blog ni.. minggu ni sibuk sikit menyiapkan jahitan yang selalu tertangguh tu... alhamdulillah Nadia, masuk Darjah Khas Sek Agama, so kenalah jahitkan kain coklat dan tudung, kelasnya setiap hari Sabtu.
Tahun baru cina nanti, sepupu pulak kawin... so bila ada sedara kawin adalah baju yg nak dijahit... biasalah mesti nak pakai baju baru kan hehe... sebenarnya su jahitkan baju emak... trend sekarang kan pakai baju sama semua sedara mara...
Dahlah melalut pulak, hari ni try buat kek sarang lebah, tapi tak berapa nak bersarang lah pulak.. jom tengok hasil yang tak berapa ok ni hehe... tapi bagi yang baru belajar macam Su ni kira oklah tu hehe...puji diri sendiri... Resepi lupa pulak dari rumah sape sebab dah berzaman dok salin dalam buku, tapi tak buat2 hehe...

Kek Gula Hangus

Bahan2nya:

1 cwn gula dihanguskan. Setelah gula hangus, masukkan 1 cwn air panas. Kena masuk perlahan2 pasal dia akan membuih. Masukkan juga 2 sudu besar marjerin/butter. Masak sehingga butter cair & sejukkan seketika.

4 biji telur dibancuh sehingga kembang & campurkan 1 cwn susu pekat & sebatikan. Masukkan 1 cwn tepung + 2 sudu kecil soda bikarbonat & digaul rata. Dimasukkan dlm bekas + campurkan dgn bancuhan gula hangus tadi.

Dibiarkan selama 3 atau 4 jam utk sarangnya menjadi. Selepas 3/4 jam barulah dibakar 180C selama 1 jam. kalau kurang dari 3 jam, sarangnya kurang menjadi.
Tapi Su buat ni pun tak berapa menjadik pulak, mungkin goyang sikit masa angkat loyang tu kot...

Thursday, January 13, 2011

Kuih Lapis Koko

Salam jumpa lagi di malam Jumaat yang mulia ni... semoga sihat semuanya. Cuaca yang tak menentu sekarang ni, buat senang nak kena demam dan batuk... Petang tadi pun baru bawak Nadia ke klinik, batuk dan demam, harap2 cepat sembuh dan tak berjangkit kepada yg lain2..

Hari ni jom layan kuih lapis koko. Baru belajar2 buat kuih talam ni, so tak berapa cantik. Biasanya emak yang buat, main agak2 je bahan2nya..biasalah orang tua kita, kalau buat kuih mesti sedap dan cukup rasa je kan... dah nama pun emak, dari kecik makan minum air tangan dia... semua sedap.
Resepi kuih lapis ni amik kat rumah Yatie**Sinar Kehidupanku** Yatie...akak memang jeles tul tgok kuih2 talam yang Yatie buat, semua cantik2 tu yang nak try jugak, walau tak berapa cantik, tapi yang penting sedappp... terima kasih akak cnp resepi kat sini tuk rujukan lain kali ye.
Kuih Lapis Koko
Bahan-bahan.


1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning- kak su buat kaler hijau

Cara-cara.

1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.





Saturday, January 8, 2011

Banana Crumb Muffin

Salam sayang untuk yang sudi singgah blog ni... Camner kat tempat kengkawan, masih hujan ke? Di Mersing cuaca agak mendung dan sejuk, tapi dah tak hujan alhamdulillah... mudah2an esok mentari bersinar lagi... dah melalutlah pulak kihkih..
Hari ni jom layan Banana Crumb Muffin. Apa yang sedapnya mufin ni ada crumb yg rangup bila digigit...
Banana Crumb Muffin

Bahan A

* 1 1 / 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh baking soda
* 1 sdt baking powder
* 1 / 2 sudu teh garam
* 3 biji pisang, lenyek
* 3 / 4 cawan gula pasir (Su kurangkan sikit gula ni, sebab suka letak crumb banyak2)
* 1 biji telur, pukul sikit
* 1 / 3 cawan mentega, dicairkan
Bahan B
* 1 / 3 cawan gula perang (brown sugar)
* 2 sudu makan tepung gandum
* 1 / 8 sudu teh serbuk kayu manis
* 1 sudu besar mentega

Caranya:

1. Panaskan oven 375 darjah F (190 derajat C).
2. Dalam mangkuk besar, campurkan 1 1 / 2 cawan tepung, baking soda, baking powder dan garam. Dalam mangkuk lain, campur pisang, gula, telur dan mentega cair. Kacau campuran pisang ke dalam campuran tepung hanya sekadar basah atau kaup balik, jangan terlebih kacau nanti keras pulak muffin tu. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin atau papercup.
3. Dalam mangkuk kecil, campur bersama gula perang, 2 sudu makan tepung dan kayu manis. Masukkan mentega, ramas seperti serbuk roti. Tabur di atas muffin.
4. Masak dalam oven selama 18 hingga 20 minit, sampai masak. Bergantung oven masing2lah ye..

Friday, January 7, 2011

Jom Datang Kedai KakSu!!!

Salam dan berjumpa lagi, sejuknya cuaca sekarang ni, boleh buat sengal2 badan dan bisa2 tulang, maklumlah bila umur dah mula meningkat dewasa ni kan...
Hari ni nak perkenalkan Kedai Online kami di Facebook, kami ada menjual makanan (kuih muih dll), khidmat fotografi, hadiah dan cenderamata dan macam2 lagi yang akan ditambah dari semasa ke semasa insyaAllah.
Sudi2kanlah singgah dan bertandang ke kedai baru kami, terima kasih dan sampai jumpa lagi...

Thursday, January 6, 2011

Karipap Pusing/Pusar

Salam bersiaran, hari ni entah kenapa tetiba teringin nak makan karipap pusing, dah 2 hari tak wat apa2 disebabkan migrain menyerang, sampai rasa nak pitam. Bila dah rasa selesa kepala ni mulalah projek karipap ni. Mr hb yang kelim karipap ni sebab itu memang tugas dia bila buat karipap kihkih. Kalau buat sendiri memang guna acuan jelah.. tapi bila buat karipap pusing susah nak guna acuankan..so kenalah kelim.
Inti karipap ni kentang+daging, masak cam biasalah. Resepi karipap ni jumpa kat My Resipi masa jalan2 pagi tadi... jom layan karipap pusing, sedap n rangup... Terima kasih kepada Lynn penyumbang resipi best nih.. copy bulat2 kat bawah ni kihkih...
Tapi Su buat tak berapa cantik pusarnya, ramai yg buat lagi cantik macam kakak tersayang, sape lagi kalau bukan Kak Anis nun di Sarawak tu.

Karipap Pusing

Bahannya:
  • *Doh berminyak*
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur)
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
    Step 1 : margerine + shortening, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
    Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
    Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
    Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
    Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
    Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
  8. Karipap10
    Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
    Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails