rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, April 29, 2011

Apam Gula Hangus lagiii...

Assalammualaikum dan salam sejahtera... dari semalam perasaan tension jer...apa tidaknya bila Thaqif asyik sakit kepala dan menangis je... selidik punya selidik rupanya kepalanya kena ketuk ngan botol air, budak tahun 5 laktu yg ketuk dah besauuu, benjol lagiii... dahlah bujang kecik ni gembeng sikit.... bila dia sakit kepala n muntah lagilah risau...pagi tadi bawa ke klinik, alhamdulillah malam ni dah semakin baik, mudah2an janganlah ada apa2 yang tak elok... kalau tak elok lagi doktor dah pesan kena buat x-ray.
Selamat menyambut hari pekerja dan selamat bercuti sampai hari isnin...tapi ibu2 macam kita ni mana ada cuti, mesti kena masak jugak kan... apatah lagi bila ada yang order kuih, laju je ke dapur hehe... hari ni buat apam gula hangus lagi.... order by Ustazah Warisah, terima kasih banyak...


taufufa dan apam balik...tuk minum petang beli je kat pasar tani...

Tuesday, April 26, 2011

Apam Labu

Assalammualaikum... selamat petang, buat menu apa tuk minum petang? Hari ni saya mencuba apam labu, dah lama tgok kat umah Yatie, bila ada labu kat dapur, tu yang mencuba... memang lembut dan sedap tapi tak merkah lah pulak macam yang Yatie buat. Ramai dah mencuba tapi saya copy resepi dari umah Yatie JB...terima kasih banyak2...

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota: (dari yatie)
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang. Jika menggunakan acuan lompang yg di sapu sedikit minyak, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....

Monday, April 25, 2011

Apam Gula Hangus Sempoiii...

Assalammualaikum dan jumpa lagi... N3 kali ni apam gula hangus permintaan emak, dan resepi pun dari emak Su, sempoi n senang nak buat, bahan pun mesti ada punyalah kat mana2 dapur pun... resepi ni lain sikit dari kek sarang lebah tu...apam ni tak bersarang tapi lembuttt...dan tak muak. Kalau nak mencuba silalah tgok resepinya...
Juga N3 tertunggak hari Sabtu, muffin chips coklat, karipap dan nasi ayam...layan pics jomm..

APAM GULA HANGUS

Bahan2nya:
  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 3/4 cawan tepung gandum.
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. 1 cawan gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air. Sejukkan.
  2. Pukul telur dan gula 1 cawan sampai kembang dan naik.
  3. Masuk tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat dan garam, Kacau rata.
  4. Masuk minyak, kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan gula yang telah disejukkan tadi.
  6. Tuang adunan dalam loyang atau periuk lubang
  7. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik macam buat kuih lompang-kalau sukalah
  8. Bakar atau kukus suka hati.- Su bakar pada suhu 170C selama 45minit, ikut oven masing2 ye..
Mufin dan karipap order by Rafi tuk bengkel fotografi di PKG Mersing -for breakfast
dan nasi ayam tu makan tengahari

Sunday, April 24, 2011

XTVT hujung minggu di KFC Mersing...

Assalammualaikum dan selamat tengahari...harap semua dah kenyang lepas lunch kan...dan tahan2 sikit mata tu jangan terus terlelap pulak bila dah kenyang hehe...
N3 hari ni adalah xtvt semalam (Ahad) di KFC Mersing, anak bujangku Akmal Rafie membelikan adiknya Izz Thaqif tiket Chicky & Friends Fun Zone di KFC untuk mengikuti acara2 yg bakal dijalankan hari Ahad. So pagi Ahad kami berada di KFC sampailah tengahari...kira rabak jugaklah poket.... bekpes dan makan tengahari di KFC hehe....
Tapi yang penting memang best dan happening weeeiii... budak2 memang suka sangat, banyak xtvt dan yang best deorang boleh peluk chicky dan yg lain2 tu.... hadiah pun banyak...kalau nasib baik dapatlah hehe...

Segmen Jom Berkenalan

SEGMEN JOM BERKENALAN



Assalamualaikum dan bertemu kembali... hari ni Su nak lunaskan hutang yang Su janji ngan Saza Haiza - Resepi & Petua, dah beberapa hari Su peram hehe...sorry baru ada kesempatan nak berkenalan lebih rapat lagi... harap berpuas hati ngan jawapan ringkas Su ni ye Saza Haiza.


Apakah status anda?
Saya suri rumah sepenuh masa, isteri kepada Cikgu Kamal.


Ceritakan tentang diri anda?

Nama sebenar saya Suhana, sama ngan nama kat FB dan kat blog saya guna kaksu72, coz ramai sangat yang bernama Su, tu yang tambah tahun lahir.

Cerita Tentang Blog Anda
Saya buat blog ini suka-suka jew.
Mulanya tak berminat dan tak pandai, tapi suami saya yang galakkan. Katanya boleh promote kuih2 yang saya buat. Cuti sekolah hujung tahun 2009 saya mula belajar mengupdate blog, dan start bulan Januari2010 saya mula update blog sendiri. Anak bujang saya Akmal Rafie juga banyak membantu terutama bab mengambil gambar.

Apa pandangan anda tentangn dunia blog?
Pada pandangan saya, melalui blog kita dapat berkongsi maklumat dan dapat bertukar-tukar pendapat serta yang bestnya boleh mencuba macam2 resepi yang kawan2 blog lain dah try n bagi pendapat macam mana nak buat..

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog
Saya ni tak pandai nak bagi nasihat .Rasanya ramai yang pandai buat blog dan masing-masing ada keistimewaannya yang tersendiri...

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Saya rasa blog ni biasa2 je....

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Soalan ni saya tak boleh nak jawab sebab saya tak tahu.... selagi daya saya akan terus menulis blog insyaAllah...

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat.
Rasanya ni yang paling susah, maklumlah kawan2 mesti sibuk harap kalau ada yang sudi nak buat tag ni saya dahulukan terima kasih...

Wednesday, April 20, 2011

Mee Kari...

Assalammualaikum dan berjumpa lagi pada yang sudi singgah... Hari ni selepas membakar mufin, Su masak mee kari, sebab bahan2 pun ada, tapi masak gak nasi, biasalah makan tengahari kalau ngan mee ni suami Su tak berapa layan... tapi dia makan jugak mee kari tu belah petangnya dan kata sedappp...
Resepi amik kat My Resipi sebagai rujukan tapi ada jugak bahan yang Su tak masukkan, macam udang coz alergik leh gatal satu badan dan suami pulak silap2 leh menimpang kena gaout... Jom tgok kalau ada yg nak buat menu tuk makan malam...

Dah tgok dua tiga kali baru perasan mee kari ni tak nampak mee pun hehe...terlindung dek bahan lain...
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • mee kuning - celur sekejap
  • 300g potongan ayam/daging/tetel (Su guna ayam)
  • 200g udang segar (Su tak letak, alergik udang)
  • *1-1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci lengkuas
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 2 sudu besar pes kari daging
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1-2 ketul kiub ayam (Su guna 1/2 je)
  • 1-2 keping asam gelugur
  • santan pekat (secukupnya)
  • air
  • fish ball/fish cake
  • tauhu pok
  • kerang rebus - jika ada
  • garam, perisa/gula (jika suka)
  • >>Bahan-bahan sampingan<<
  • sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
  • taugeh - buang ekor
  • telur rebus - belah dua (Su malas nak rebus telur hehe)
  • tauhu goreng - hiris nipis
  • bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
  • limau kasturi / limau nipis
  • sambal tumis (tak buat pun)

Cara-cara

  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air. rebus hingga empuk.
  4. Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
  5. Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka.
  6. Didihkan lagi sekali. tutup api.
  7. Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas!
  8. SeLaMat MenCuBe!
Muffin tuk Nini sempena birthday nya hari ni...selamat panjang umur...

Tuesday, April 19, 2011

PEACH CHEESECAKE....

Assalammualaikum dan salam petang Selasa yang sejuk coz hujan lebat tadi... Malam tadi menyiapkan mufin coklat chips order dari sekolah tuk pelawat yang datang hari ni.... Alhamdulillah siap semuanya.
Hari ni Su buat peach cheesecake, entah kenapa tekak ni tiba2 teringin nak makan cheesecake so layan jugaklah tekak ni walaupun tak boleh makan banyak - boleh kena migrain hukhuk...
Resepi ni memang senang nak buat coz tak yah bakar, dan sedap pulak tu...
Resepi asal dari AlongRoz kemudian sampai rumah anak sedaraku Dr Inahar pulak...aahh memang sedap kek ni, mintak izin tepek resepi kat sini pulak ye... Tapi pic cheesecake Su tak cantik coz anak2 dah tak sabar nak makan, Su simpan dlm esbok 4 jam je... tapiiii...memang sedappp hehe...
MANGO CHEESECAKE (kita ganti ngan peach)
Made one 9" diameter
CRUST:
110g Butter
2 tbs Brown Sugar

200g Digestive Biscuits
- crushed
-Su guna 250gm biskut marie perisa kopi
50g Cornflakes
- crushed coarsely
- Su letak nib almond
- Melt butter with brown sugar.

- Mix in rest of ingredients.

- Press into the cheesecake tin.

- Chill for at least 30 minutes.


FILLING:
1 block (250g) Cream Cheese
1/2 cup Castor Sugar

1 packet Cream
(200ml) -kita guna nondairy whipped cream (dipukul kembang dahulu sebelum campur dalam adunan cheese)
1 cup Mango puree
(used 2 large mangoes & my mangoes were very sweet)
- Su dadu buah pic dalam tin
1 tbsp Gelatine/Jelly powder
- dilute in 1/4 cup water & heat up until
melt

METHOD:
1. Cream cream cheese and sugar until smooth.
Add in cream & continue to beat until thicken.
Add in mango puree & stir well.
Add in gelatine/jelly mixture.

2. Pour into the chilled crust.
Chill overnight until set.

3. For topping, arrange mango slices on the cheesecake once it is set.
Mix 40ml apricot jam with 40ml hot water.
Brush the mango topping with apricot jam mixture.
Chill until set.
Serve chilled.

Muffin coklat chips order by Cikgu Faridah, terima kasih kak...

Sunday, April 17, 2011

Lepak Santai Di Pantai Air Papan Mersing

Assalammualaikum dan salam berjumpa lagi...hujung minggu yang best coz dah merentungkan kulit ku huhu.... Pagi Ahad yang cerah ni kami sekeluarga ke Pantai Air Papan Mersing, walau dekat je tapi best bila bersama anak2 ni...makan2 tanpa mandi manda ok...coz mama deorang ni malas nak basuh baju yang banyak pasir laut... kihkihkih
Ok kalau yang tak pernah sampai pantai Air Papan Mersing jom jeling2 kat bawah ni... chelet dan resort pun banyak...cuma perlu sediakan ongkosnya aja ya bukkk...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails