rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, May 31, 2011

Puding Laici Dangdut

Assalammualaikum dan jumpa lagi.... cuti sekolah ni ke mana? Mesti dah buat macam2 rancangan bersama anak2 kan... Saya pun akan ke KL hari Khamis ni, sempena majlis pernikahan anak saudara hujung minggu nanti... semoga semuanya berjalan lancar insyaAllah...
Hari ni jom layan puding laici dangdut yang sejuk lembuttt je bila lalu kat tekak.... Resepi dah lama sekodeng kat rumah Yatiememories, memang sedap2 n cantik2 resepi di rumah Yatie ni, kalau tak caya pegilah singgah...memang tak nak balik hehehe... Dan jemput jugak makan sate....tapi sate beli je...

Bahan-bahan
* 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm) lebihkan agar2 kalau nak senang kuarkan dari acuan.
* 2 liter air
* 2 cawan gula (saya letak 1 1/2 cawan je)
* 2 tin laici (asingkan airnya)
* 1 tin susu cair

Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

Sunday, May 29, 2011

XTVT hujung minggu - Selamat Pengantin Baru Eida dan Khir

Assalammualaikummmm.... pekabor semua? Selamat bercuti tuk Mr HB, Angah dan Adik juga kepada semua cikgu2... tapi biasalah cuti sekolah nama je... kerja tetap kena buat... kelas tambahan, menanda kertas pereksa budak2...ceh macam cikgulah pulak saya ni kan hehe...
Biasalah bila hujung minggu, bz sikit ngan order dari teman2. Sabtu dan Ahad sibuk rewang pengantin anak jiran - Eida yang cute sangat.. Selamat pengantin baru wat Eida dan Khir. Oklah jom layan pics yang sempat saya snap...
coklat cupcake + cream cheese dan coklat cupcake wif coklat ganache n coklat rice untuk Eida
Carrot cake wif cream cheese dan mufin coklat + coklat ganche+ coklat rice, order by En Norman dari Nilai, mereka sekeluarga bercuti di Mersing... moga berpuas hati dan terima kasih.
Mufin coklat kukus order by Ustaz Ruzlan dan Cikgu Zahabiah. Kek coklat kukus order by Cikgu Faridah. Terima kasih semua....

Tuesday, May 24, 2011

Apam Ais Krim Soda lagiii...

Assalammualaikum..... hai hai hai... Kak Su in the house, petang tadi nak update blog tapi cuaca tak mengizinkan bila guruh berdentam dentum... tapiii guruh di langit tak bererti hujan nak turun... sebab tak jadi hujan pun.
Aaahhh hari ni perasan agak sikit gerrrrr...kata Nabil lagi banyak R lagi geram hehe... mana tak hangin bila ada yg berhutang ngan kita tapi payah benor nak melunaskannya, dari bulan Mac sampai la ni masih lum langsai... Ya Allah bukak lah pintu hati orang ni nak bayar hutang....
Dahlah malas nak fikir...jom layan kuih apam ais krim soda pulak... minggu ni ramai pulak yg suka makan apam ni ek... dah pernah tepek resipi kat sini, tapi ada pulak yg tanya resipi so saya copy lagi ok... layannnn...

Bahan-bahan
2 biji telur(B)
250g gula kastor - Su guna gula pasir blend sikit 200g jer
1 sudu teh ovallete
150ml air aiskrim soda
200g tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
sedikit garam dan esen vanila- ni su tambah sendiri
filling ikut selera- su guna jem blueberry
Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung kacau lagi pastu masuk aiskrim soda kacau dengan senduk kayu.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna merah.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 10 minit. Air mesti mendidih dan api sederhana. (air sikit je dalam kukusan kalau air byk apam tak mekar - berdasarkan pengalaman)

Monday, May 23, 2011

Laksa Johor

Assalammualaikum dan selamat petang... semoga sihat selalu hendaknya... hari ni merajinkan diri buat laksa johor. Ini semua disebabkan semasa ke Cemara Indah Resort tempohari, kebetulan ada nelayan yang balik dari laut dan naikkan ikan betul2 di hadapan resort. Kami pun belilah sikit...ikan fresh tu...
Oklah jom tgok resipi yang saya copy dari My Resipi.

Bahan-bahan ( 12-15 orang )

  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (saya guna ikan selar papan)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 10 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)(tak sempat nak beli hehe)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)-(ni pun tak de)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan
  12. SELAMAT MENCUBA

Apam ais krim soda order by Ustazah Ara...tq

Saturday, May 21, 2011

Cemara Indah Resort Part 2 - with Carrot Cake

Assalammualaikum dan jumpa lagi... mood masih lagi di Cemara Indah Resort, maklum jelah tempat baru dan kenangan pun masih segar bugar... sebenarnya kami bermalam lagi di sini malam Sabtu, rezeki jangan ditolak kan... Bos offer, apalagi zaaasss kami pun datanglah hehe... N3 part 2 ni masih lagi xtvt makan2...eemmm minggu ni dok ternak lemak je... entah bilalah nak jual ni...rasa dah bertambun ni...
Tapi yang special nya bos Cemara Indah masak sendiri tuk jamuan malam ni...memang sedap seehh walaupun yg beliau masak cuma nasik je kihihkih...jangan marah En Sahak yea...
Sempat lagi potong kek malam tu...saya buat carrot cake yang sempoi je, resepi amik kat blog Yatie Cooking yang mantooop bisnes nya tu... mintak izin copy resepi kat sini pulak ye Yatie, manalah tau ada yang nak mencuba hehe... Anyway jutaan terima kasih En Ishak di atas segalanya... tapi memang happening bila berkumpul makan2 n gelak2 ni kan...
Jom layann pics...


Resepi Carrot Cake:

Bahan2:
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk kayu manis (pilihan)
1/4 sudu teh garam
3/4 cwn brown sugar
1 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
1 cwn mentega cair
3 cwn lobak parut
3/4 cwn walnut cincang (Su tukar ngan nib almond, tak de stok walnut)

Topping:
3/4 ketul cream cheese
100g krimwell/mentega
1/3 cwn icing sugar
1 sudu teh lemon juice (optional)

Cara2:
1. Panaskan oven 180C
2. Ayak tepung bersama baking powder & soda bicarbonate dlm mangkuk
3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, serbuk kayu manis, brown sugar, castor sugar & telur.
4. Kisar adunan sehingga lembut/gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.
5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam.


Thursday, May 19, 2011

Kenangan terindah di CEMARA INDAH RESORT MERSING


Panorama waktu sunrise yang sungguh indah dan mengasyikkan....

Assalammualaikum dan salam sayang semua... fuhhh lama tinggal rumah, berhabuk sana sini... terima kasihlah kepada yang sudi menjengah... tuan rumah agak sibuk minggu ni...berulang-alik ke Triang, Endau, atau lebih tepat lagi ke Cemara Indah Resort. Resort ni baru dibuka dan yang empunya sahabat Mr HB, En Ishak. Biasalah bab2 amik gambo n upload kat FB dan blog... kami tolong buatkan.... dan saya pulak ditugaskan menyiapkan skirting tuk dewan seminar. Bayangkan terpaksa menjahit kain 27 meter tuk 15 meja dalam masa sehari....fuuuhhh sakit gak pinggang, tapi alhamdulillah dapat saya siapkan.
N3 hari ni semua tertunggak... just tuk kenangan kami... 16 & 17 May 2011 kami menginap di Cemara Indah Resort Mersing, tempat ni baru dibuka, memang cantik sangat view bila waktu pagi, matahari malu2 nak munculkan diri... selak langsir dah nampak pantai yang mendamaikan... suasana memang damai dan sunyi...
Malam tu tanpa diduga kami dijamu dengan BBQ, xtly 18 May anniversary ke 20 kami berdua, alhamdulillah... Terima kasih tak terhingga tuk En Ishak yang sponsor segalanya....
Jom layan pics yang sempat dirakam...

Mr HB & owner Cemara Indah En Ishak

Dewan seminar (skirting merah tulah yg akak jahitkan)

Tuesday, May 10, 2011

Nasi Mandhi & Ayam Panggang


Assalammualaikum... dan jumpa lagi, letih rasanya hari ni, tapi berbaloi2... petang tadi gi main bowling (bukan pandai main pun saje suka2) pastu melalak di karaoke... anak beranak memekak hahaha...
N3 hari ni tertunggak lagi.... resepi nasi mandhi buat masa hari Ahad haritu.... resepi copy dari Resepi Raidah, terima kasih kongsi resepi yang sedap ni... tapi saya tambah kari ayam, maklumlah makan kalau tak de kuah macam tak lengkap je kan... sos pulak, ganti ngan sos lada hitam dan buat jugak mashed potato... Terima kasih tak terhingga untuk Mr HB dan anak2 yang bertungkus lumus...hehe ayat tak boleh blahh.. menyiapkan semua pada hari Ahad tu... mama sayang u oalsss...muahhh..
Sebenarnya kami pernah makan nasi arab ni masa ke KL haritu dan yang sponsor mestilah anak sedara melatoop ku Dr Inahar dan Cik Li, kat Mersing tak de rest. nasi arab... tu yang Mr HB nak buat sendiri.... Rasa pun sedappp dan yang pasti jimat hehe... yang tak lengkap sebab tak de teh colgate kata Mr HB kihkihkih... (teh pudina yg wajib ada bila kat rest arab kan..)

Resepi Nasi Mandhi dan Ayam Panggang

Resepi Ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat (Saya ganti ngan limau purut)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ (saya beli beras Monghul Basmathi 1kg cukup tuk 10 org makan - ikut je peraturan memasak yg ada kat pek tu memang menjadi...)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
(Sos ni saya tak buat, tapi ganti ngan sos lada hitam je...)
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu....makan2 lagi!!

Assalammualaikummmm.... selamat hari ibu wat semua ibu2 terutama emakku Aminah binti Sohod. Lama tak mengupdate blog coz tak ke dapur disebabkan masalah jari berdarahhh... nasib tak berapa baik pagi Selasa lepas, bila tiba2 tingkap sliding yg saya buka pagi tu jatuh dan terkena sedikit di jari manis...fuhhh sakit sehhh.. alhamdulillah sekarang dah semakin ok...
6 May lepas birthday Mr. HB tersayang, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jodoh dan kebahagian kita kekal hingga ke akhir hayat insyaAllah.
Hari ni kami sama2 celebrate hari ibu dan birthday Mr HB... try masak nasi mandhi, xtualy HB yg teringin nak masak, lagi semalam dia dah mencari resepi... saya memantau dan membantu je hehe maklumlah jari masih berbalut... chef utamanya Mr HB thanks sayang....
Ok jom layan pics dulu....resepi menyusul nanti, letih n mengantukk...
Nasi Arab atau nasi mandhi...

Blanded orange cake (Hb tak minat kek krim so simple kan kek ni) n present dari anak2...

Inilah jariku yang berdarahhh... pic blur maklumlah nset murah kihkih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails