rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Monday, June 25, 2012

Apam Pelangi

 Assalammualaikum dan selamat malam... hari ni jom layan apam pelangi yang sangat gebuzzz ni.. akak copy resepi dari umah Kak Ummi Home Sweet Home nun di Kuantan tu... terima kasih yea Kak Ummi... memang ramai dah menerai apam ni
 APAM PELANGI
Resepi: Ilahjy

Bahan:- 
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna akak guna pink, purple dan kuning.
Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Thursday, June 21, 2012

Biskut raya 2012

 Assalammualaikum dan selamat malam dah masuk bulan Syaaban pastu Ramadhan dan Syawal, so untuk persiapan awal biskut2 raya akak dah siap ni... kalau berminat boleh call akak tuk dapatkan sample, ni fon akak 0197387452.







Sunday, June 17, 2012

Thanks Nadia

 Alhamdulillah akak dapat menyiapkan kek pengantin 2kg dan 1kg ni... memang agak kelam kabut gak.. dan senang cakap jadi bidan terjun... tak kisahlah terjun ke apa yg penting rezeki tu hehe... terima kasih Nadia yang call dan order ni.. pastu terpaksa pulak hantar ke Mersing pukul 10.30 malam... eemm memang mancabar perjalanan kek akak ni... coz kakak kepada Nadia dari JB pulak yg membawa kek ni ke Rompin harap kek ni selamat sampai... sedih gak tgok kek akak terpaksa dok bersesak kat dalam booth kereta sepanjang perjalanan ke Rompin huhu...
 Span kek + whipping cream layer ngan blueberry topping 



Tuesday, June 12, 2012

Alhamdulillah order lagi...

 Alhamdulillah dapat order lagi, syukur dengan rahmat dan nikmatNya.. Red velvet cupcake dan Fruit cocktail cake order dari En Aizul sempena birthday isterinya, tqvm dari akak...

 Fruit cocktail cake ni repeat order dari CEO Anak Mersing... sapa lagi kalau bukan Mr Kamal Mohd, tqvm..
 Red velvet cupcake ni pulak di order oleh Azzah Nora MayBank Mersing, tqvm.. 

Tiramisu order by Shamsiah MRSM dan Nor Mazidah Hashim tqvm..

Saturday, June 9, 2012

Order

 Marble cheese brownies bawa ke KL..
Fruit cocktail cake order dari Aizul, tqvm dik...

Saturday, June 2, 2012

Order

 Cream puff dan kek coklat kukus order dari Wawa yg balik bercuti di Nitar, tqvm dik..
 Kek coklat moist 2kg order dari Kak Yam tokey Beriani Impian, tqvm
 Fruit Cocktail cake order dari boss Anak Mersing Mr Kamal Mohd, tqvm..

 Inilah rupa kek2 yg belum disolek lagi n bawah tu dah beratur dalam ais box ku...

 2 biji FCC 2kg tiap satu diorder oleh Mazni dari Endau sempena majlis family day nya di Cemara Indah Resort...tqvm
 Kek coklat kukus order dari Nadia sebanyak 3 buku... nak dihias sendiri tuk majlis kawin kawannya... tqvm dik!!

 Kek span 3kg, 2kg, 1kg order dari my sifuuu.. Cikgu Rohana... kek 3 tingkat percubaan pertama akak ni... alhamdulillah menjadi.. tq Ck Ana..

 Blueberry cheese cake order dari Cik Misah sempena majlis anaknya, tqvm..
 FCC order dari Kak Azura..tqvm


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails