rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Monday, January 18, 2010

Hobi yang entah apa2lahhh

Salam minggu baru tuk semua, moga sihat dan dapat meneruskan tugasan harian. Hari ni saje nak n3 antara hobi2 yg Su suka buat n kumpul. Semua benda yg murah dan terbuang je, pasti member2 blog tak terhingin ponnn nak simpan or tengok agaknya. Tak pelah, kalau dah minat tu kita simpan jelahhhh, koleksi peribadilah kata heheheh..... Antara yg Su simpan dan lekatkan kat buku ni ialah tag barang yg dibeli. Tak kisahlah apa pun, asal cantik simpan jeeee....


Koleksi ni payah sikit nak dapat, coz tak leh beli... tapi biasanya orang tak simpan benda ni, bila dah guna buang je kannn. Tapi Su suka pulak tengok benda2 yg comei ni tu yg simpan jeeee....


Ini pulak koleksi resepi yg Nestle bagi, coz Su ni member Netstle, tapi sekarang ni dah lama sepi je, dah tak de lagi resepi ni yg abang posmen antar, nape ek, entah2 Nestle gawat kottt.

Minat membaca gak, tu yg ada lah sikit koleksi novel. Yg banyak majalah tiap bulan beli, novel selalunya pinjam je ngan member2 yg kaki novel kihkihkih.


Ni pulak adalah sikit lilin n buah batu yg Su jaga. Padahal malas gak nak mengelap selalu.......


Inilah antara koleksi setem lama yg masih ada dalam simpanan. Dolu2 masa zaman sekolah punya hobi hehe... sekarang dah jarang sekali tulis surat mana nak dapat setem lagi, semua guna sms je ngan fb(facebook)



Friday, January 15, 2010

Dadih

Selamat berhari Sabtu semua, dah siap membasuh baju sekolah anak2? Ahhh biasalah Sabtu mesti banyak nak basuh baju, kasut dll kan... Kalau anak dah besar tu senanglah sikit, tapi yg kecik lagi tu kita lah yg buat semua kannnn sib baik sekarang ni banyak mesin yg boleh membantu jadi sempatlah mak2 ke mama2 ke ibuk2 dok melepak depan pc ke laptop hehehe.
Pagi Sabtu ni anak2 ngan hb gi sekolah ada koko ngan gotong royong, Sabtu depan lak sekolah ganti tuk raya cina, bz je bila dah naik sekolah ni kan...
Oklah ni nak n3 dadih yg Su wat pepagi tadi, so tengah hari kang, anak2 balik dah beku n sejuk bolehlah diaorang ngappp terus.... Guna dadih segera je, senang n cepat. Beli perisa pandan coz si Izz Thaqif suka sangat ngan warna hijau cam Ben10 katanya. Yg coklat sikit tu saje Su tambah ngan white coffe 3in1, sedap gak. Dah memang fvret Su yg ada rasa kopi sedap jelahhh hehehe. Sebungkus dapat banyak tu.... jemputlah amik sorang satu yeeeaaaa..... byeeee



Tuesday, January 12, 2010

Mexican Bun

Salam sayang dan bertemu diangin lalu hehehe berangin2 lah pulak. Pagi tadi terajinlah pulak nak wat roti ni. Dah lama tak meroti, last buat tahun lepas, kihkihkih lama tu, padahal bulan 11 je. Roti ni fvret semua dlm rumah ni, coz bau nya yg harum semerbak bila dibakar buat perut kenyang pun jadi lapar. Sampai jiran sebelah siap tanya buat kuih apa, baunya sedap sangat. Bagilah dia rasa, wah dapat pujian lagi, roti ni sedap n gebuzz. Memang pun roti ni sedap, nak nya bila baru kuar dari oven, panas2 tu emmmm sedapppp... Tu yang tak sempat nak amik gambor pas kuar oven, ni gambor dlm oven masa tengah bersesak dlm tray. Resepi biasalah mesti cnp dari blog anak sedaraku yg rajin memasak tu... sapa lagi dr Inahar terima kasih ye Ina, lain kali Ucu selongkar dapur Ina cari resepi lain lak..




Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau s ehingga bun keperangan.

Monday, January 11, 2010

Politeknik JB

Jumpa lagi..... n3 terlewatt... hari Ahad 10.1.10, Su sefamly ke Politeknik JB hantar adik bongsu yg dapat study kat sana. Mujur dekat je senang nak hantar. Buat adik ku Syaffie moga dapat sesuaikan diri kat sana n study hard ok, jangan hampakan mak ngan abah. Ok tengok2lah pics kat bawah ni yg sempat disnap.







Naik bas yg disediakan tuk ke hostel

Saturday, January 9, 2010

Kenapa semua mahal sekarang???

Selamat berhujung minggu semua teman2. Xtvt Su bila ari Sabtu n Ahad ni majlis Yassin, biasalah kat Felda tulah rutinnya. Su jenjalan kat blog member2, terbaca n3 bil letrik mahal kat Blog Rojak. Memang betullah sekarang bil letrik dah makin mahal, air pun sama, kenapa ek??? Semua naik, gula naik 20sen heboh tapi benda lain utamanya barang dapur nape senyap je... bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, kunyit, sayur, lada dan semua benda yg wajib ada bila nak masak mahal belaka.... taulah ekonomi gawat, agak2 lah nak naik punnn nyusahkan orang betulll.
Kakitangan kerajaan pun kesian sekarang ni dahlah bonus ciput, kelim perjalanan apa2 pun payah nak dapat. Tapi mungkin tak semualah kot. Su tau coz HB kan ckgu, gi meeting or kursus payah nak dapat kelim, guna duit sendiri je.... tak gi pulak kena bagi surat tunjuk sebab.
Oklah nak beradu dulu sok awal pagi nak ke Politeknik JB hantar adik Su daftar masuk sana. Salam sayang semuaaaa zzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, January 7, 2010

kawan oh kawannnn

Assalammualaikum teman2 siber yg disayangi.... masa Su wat n3 ni kul 6.30ptg, mesti ramai yg dok tunggu anak balik sekolah agama or sekolah blh ptg lah. Bz nya bila sekolah ni kan, mana nak antar n amik anak sekolah, memasak, iron baju dan macam2 lagilah rutin harian kan... Tapi keje2 tu lah yg mendewasakan kita.... maknanya bila anak dah sekolah tu kita pun dah makin berumur tak nak sebut tua hehehe... perasan! Tapiiii, kenapa orang bila makin tua makin sensetip ek? Su bukan nak menyakiti hati sesiapa tapi Su terasa hati bila kawan yg dulu baik ngan kita sengaja menjauhkan diri. Sib baik sorang je kawan yg perangai camtu, yg lain ok je, lagi mendorong Su buat bisnes kecik2 ni. Sebab tu lama Su tak n3 order cikit2 yg Su dpt tu. Ada orang jelousss.... Ahhh dah melalut lah pulak Su ni, bukan apa saje nak melepas sesak didada, migrain kepala bila pkir benda2 camni....
Ptg tadi wat kuih keria, resepi biasa je, keledek rebus campur tepung gandum je n tambah butter ckit biar lembut. Goreng, sira gula dannn makan lahhhh.... Jemputlah amik kalau nak, member kata ni kuih teknologi rendah hehehe....

Monday, January 4, 2010

Kembali ke sekolah.

Selamat petang Isnin semua.... hari ni mesti semua yang ada anak sekolah dah mula ubah rutin harian yg dah sebulan lebih bercuti kannnn... Selamat kembali ke sekolah tuk HB n anak2 ku sayang. Rafie dah balik ke asrama petang Ahad semalam, tahun ni amik SPM, moga tabah dan sabar menghadapi segalanya. Pagi tadi semua dah ke sekolah, tinggallah mama dia orang ni kat
rumah sorang2. Rasa sunyi lah jugak coz dah sebulan ada je yg bising berebut nak guna pc , main ps2, sampai remote astro pun nak rebut, nak tengok citer yg digemari. Ahhh budak2 kan, kecik ke besar ke, sama je...
Syukurlah Allah beri rezeki punya anak kan.... kepada yg belum punya anak, banyak2kan berdoa dan berusahalah mudah2an ada rezeki suatu hari nanti.... insyaallah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails