rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, March 9, 2010

Jom makan PAU....

Jumpa lagi.... dah minum petang semua, dah siapkan makan malam tuk family u all... Su masak sekali jek, lauk makan tengah hari merangkap makan malam jugak hehehe...just panaskan je.. pemalas punya mama kan...
Tengahari tadi wat pau inti kari kentang + ayam request dari hb lah ni... aritu tengok kat umah anak sedara dia si Inahar ada pau inti kelapa, terus cakap wat lah pau inti kari tuk abang pulak. Bila hb balik dari sekolah dia kata kul 2 ptg nak ke sekolah semula coz ada gotong royong mengemas library. Rezeki cikgu2 tulah... bawa ke sekolah pau ni... alhamdulillah bila hb balik Su tengok kosong dah tupperware tuh...habis semua. Resepi amik dari umah mamaFahmi, banyak resepi dah tengok, rasanya resepi ni simple je, lagipun stok tepung hong kong ada tu yang try resepi nih... memang lembut gebuzzz dan putih menawan hehehe... Intinya buat jek macam inti karipap, so bila lebih banyak wat karipap pulak...

PAU

400g Hongkong flour (pau flour)
200g water (Su guna air suam dan lebihkan sikit air)
70g sugar
a pinch Salt
10g double action baking powder
7g instant dried (mauripan)
30 g shortening

Method:
1. Place water in the bread maker pan. Top it with Hongkong flour, sugar, salt, baking powder and instant yeast.
2. Set the bread maker to Dough and let it knead.
3. When the dough is combined, add in shortening and let the bread maker finish it's job of kneading and proving which will take about 1 1/2 hour.
4. Remove from pan and punch the air out. Cut the dough weighing 30 g each. Make it into round balls and leave to rest for 10 minutes.
5. Flatten the dough and wrap the red bean filling.
6. Place each pau on a piece of paper or small piece of banana leaf.
7. Arrange in the steamer and let it proof again.
8. Steam for 15 minutes.

Su tak de BM so guna mixer jek... dan satu lagi petua Su dapat lupalah dari sape, sorry yek.. kukus pau 10-15 minit, matikan api biar je pau dalam kukusan jangan dibuka 10 minit. pastu baru keluarkan dari kukus dan makanlah apalagi hehehe..

Sunday, March 7, 2010

Sweet Lassi yang menggodee tekak.....

Selamat berhari minggu semua.... hari ni, ada majlis pengantin lagi... kat belakang rumah Su pulak. So dari semalam rewang. Kat sini leh kata tiap2 minggu ada majlis.... tengah hari tadi dah makan nasi beryani, jadinya malaslah nak turun dapur, gantung periuk lagipun nasi berkat banyak lagi... Tuk minum petang Su goreng nugget, kentang n keropok jek. Pastu wat sweet lassi... lama dah tengok sana sini ada, lagi2 kat umah Ika kat Siam tu asyik tayang benda ni... bahan ada lagi pun sonang jek... blend pastu boleh teguk...nyaman jek lalu kat tekak... akak cnp bahannya ye Ika, senang lein kali nak wat lagi... tq Ika..

Sweet Lassi

U just need :~
  • 200ml plain yogurt
  • 100ml water
  • 5 tbsp of sugar ( add/less)
  • ice cubes
  • any fruit juice (optional) ~ I added 50ml orange juice.
  1. Blend smooth all ingredients. (u may add the fruit juice later b4 serving).


menu paling senang dan laris tuk minum petang


Nahijah (tudung putih) dan Shima dok leka layan fb... saje tak nak tunjuk muka nanti ter'glamour' susahlah pulak, maklumlah darah tengah manis dua-dua tu.... wakakaka... last weekend deorang dtg, dan bawakan ole2 tuk akak ni...
keropok ole2 dari Eja...
Ole2 dari Trengganu. Syukran ustazah Nahijah.. akak panggil Eja, glamour sikit hehehe. Dengan rasminya fridge magnet(FM) batu bersurat ngan penyu menepek kat esbok akak tq3x. Sekarang tengah kemaruk kolek benda ni...suke tengok dia menepek kat esbok tuh... kalau ada yg baik hati nak bagi ole2 tuk akak, bagi jer lah benda ni hahahah muka tak malu...

Friday, March 5, 2010

Puding Trifle dan kek coklat

Jumpa lagi... hari ni n3 tertunggak masa birthday Nadia haritu, xtly gambar ni hilang kemana entah, salah simpan kot hehe... bila Rafi tolong cari, sibaik jumpa dan bolehlah tepek kat blog hari ni... dah habis kena ngap punnn. Kek coklat tu guna kek span yang sama dengan kek span tiramisu. Buat 1 adunan pastu su bahagi 2.... jimat kos, dah birthday nya selang sehari kannn... Su try buat puding triafle, resepi amik kat umah Azura Rahman dia tengah bz study, coz 5-7 Mac ni dia ada exam, moga berjaya Azura, tq resepinya... Layan resepi kat bawah ni...byeee semua...
Puding Trifle
Bahan2nya
Segulung kek swiss roll
Sekotak Serbuk Jeli segera (Su pakai brand NONA) - perisa ikut suka
1 tin Susu Cair
1 tin Air
1 tin Buah Koktail - asingkan buah dan airnya(Su guna laici jer)
7 sudu besar Gula - kalu nk kurangkan pon x kisah
4 sudu besar Tepung Kastad
1 sudu teh Esen Vanilla

Potong kek swiss roll dan susun dlm loyang atau bekas yg sesuai. Curahkan air buah koktail ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan..

Masukkan susu cair+air dan gula dlm periuk dan masak hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Bancuh tepung kastad bersama sedikit air. Then, perlahankan api periuk dan masukkan cepat2 bancuhan tepung kastad tadi. Perlu sentiasa di kacau supaya adunan kastad tak berketul. Kacau lebih kurang 15-20 minit.

Tutup api dan terus curahkan atas adunan swiss roll tadi. Taburkan buah koktail. Sejukkan sekejap. Sementara tu bancuh Serbuk Jeli Segera dgn air yg betol2 panas. (sukatan ikut sama mcm pd kotak-kalu x silap 400ml air). Kacau hingga serbuk jeli hancur dan terus curahkan atas lapisan kastad perlahan-lahan.

Sejukkan.


kek coklat ni Nadia punya masa birthday nya haritu, guna kek span yang sama kek tiramisu.

Thursday, March 4, 2010

Tomyam Campur dan Carrot Susu

Salam malam jumaat.... moga beroleh keberkatanNya, insyaAllah. Cuaca di Mersing panas betul sekarang ni, sampai air pun nak dicatu. Syukurlah Felda Nitar ada loji air sendiri, kalau harap air dari Loji Congok maunya tak sampai air kat Nitar ni..
Hari ni Mr HB meeting kat Kluang, so tak makan tengahari kat umah, Su pun masaklah tomyam campur yang banyak udang gitu...(kalau Mr HB ada kesian... takut dia makan terlebih nanti gout la) anak2 bersukan kat sekolah, cuaca panas memang 'seger' makan lauk camni, laju jelah budak2 tu hirup kuah tomyam. Izz Thaqif memang tak suka tomyam, jadi lauk sampingan mestilah goreng ayam dan telur dadar. Pas tu buat carrot susu... ok semua pun dah dibereskan oleh anak2... esok nak masak apalah pulak, hari2 kena fikir tapi syukurlah Mr Hb dan anak2 tak pernah komplen semua sedap jer hehehe...
Tomyam ni just guna perencah segera adabi jekk.. paling senang masak tomyam kan... campak2 jer siap tuk dimakan... Oklah jumpa lagi esok, salammmm....

panas2 minum air carrot susu ni memang sedapppp...sejuk je tekak...

Wednesday, March 3, 2010

Simple Tiramisu Cake : Jangan ketawakan ok ...

TebalSelamat malam semua kengkawan yang sudi singgah blog Su dan terima kasih bebanyak terasa kita mesra dan rapat walau tak pernah bersua muka, moga persahabatan di alam maya ni dapat diteruskan di alam nyata pulak, insyaAllah... Janganlah ketawakan kek Su ni, first time wat hehe.
Hari ni nak n3 Simple Tiramisu Cake for my kids birthday, cakap owgputihlah pulak hahaha. Dah lama intai resepi kat umah Dr Inahar, dah dapat macam2 petua dan cara tuk wat kek ni, 'akhirnyaaa... kini pasti'..... nanyilah pulak... dapat jugak Su buat dan rasa kek ala2 tiramisu gitu. Tak pernah buat guna cream ni, tu yang kelam kabut kek tu(tak cantik macam kek kat umah orang lain) lagipun creamnya kedekut, sikit jer letak, takut 'gumuk' hehehe.Oklah kita share resepi jom, dah ramai yang tepek resepi ni, tapi hari ni biar kat Mersing pulak.

Resepi Simple Tiramisu Cake
Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (Su ganti 2 sudu teh serbuk nescafe)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius(oven Su 140 drjh cel)
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

    Cream tuk kek

    • 1 biji sponge kek ( resepi kat atas tulah)
    • 250ml whipping cream
    • 200ml cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
    • 1 sudu makan serbuk nescaf

    Cara-cara

  6. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  7. Satukan gula, cheese dan cream
  8. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  9. Potong kek pada 2 bahagian
  10. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  11. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  12. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  13. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  14. Hiaskan suka hati...
Izz Thaqif minat sangat Ben 10, baju dia pun nak hijau macam Ben10.
kek ni dikelilingi Ben10, nak celebrate member dia hahaha sampai terlentang...

Tuesday, March 2, 2010

Apple Pai Goreng VS Karipap

Selamat malam semua, dah makan malam? Kami sekeluarga biasanya makan kul 7 malam, alhamdulillah dah kenyang... N3 hari ni epal pai ala McD dan juga karipap. Buat kulit yang sama inti jer lain2 coz epal pai ni manis, HB tak berapa minat so dia mintak buat karipap. Su buat inti kari kentang dan ayam. Kat bawah ni cnp resepi dari rumah Hana jepun lagi.... tq akak selalu selongkar dapur mu hehehe... Su lenyek tepung tu nipis sikit biar rangup tu yang rupa epal pai tu hodoh sikit, tak kisahlah asal sedap dimakan. Tapi epal pai VS karipap, karipap habis dulu hehe coz HB su laju jer makan... sedap katanya.... tengoklah sape buat, isteri mu yang rajin nilah hahaha dah mula perasan... b4 terlebih2 baik tengok resepi kat bawah ni... salammmm.....

Apple Pie Goreng ala McDSumber : Faridah Hanom/Bebop
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung serbaguna, Su tambah 2 sudu besar tepung sagu biar rangup
  • 1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal hijau
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 cawan minyak sayuran utk menggoreng
  • (abaikanlah rupa epal pai yang hodoh ni yek, asal boleh makan sudah ler hehe)
Cara-cara
  • Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
  • Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  • Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  • Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan.
Tips:
  • simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, Method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup.
  • Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik.
  • Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.
  • Inti pie ni agak sedikit, so tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.
Ini versi karipap berinti kari kentang dan ayam

Monday, March 1, 2010

Happy Birthday Angah dan Adik sayang...

Salam dan berjumpa lagi. Sekejap jer rasanya dah masuk bulan Mac, bermakna bila 1 Mac adalah birthday Nadiah Shahirah anak daraku satu2nya, yang ke 13 tahun. Lusa pulak (3 Mac) bday Muhammad Izz Thaqif yang ke 7 tahun, bujang kecik ni lahir 3.3.03. Hpy bdy tuk anak2 mama, moga sihat, panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran. Semoga berjaya dunia dan akhirat aminnn... Sorry tahun ni no birthday party cam tahun lepas.
Hari ni masak nasi ayam fevret budak2 ni... lum sempat nak wat kek, insyaAllah mama buat nanti ok. Ni resepi nasi ayam biasa yang Su buat... simple jek, yang penting anak2 dan HB suka dan makan dengan berselera balik sekolah tengah hari tadi, dah lapar semua sedap hehehe....

Nasi Ayam
4 cawan beras
Air secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
seketul kiub pati ayam
daun pandan
garam


UTK SUP
ayam
secukupnya( Su guna bahagian2 tulang)
1 biji bwg besar

2 ulas bwg putih
1-2 inci halia

rempah 3 sekawan

myk utk menumis
garam

perisa
daun sup
bwg goreng


UTK AYAM
ayam(bahagian daging2)

sedikit halia kisar
3 ulas bawang putih
sikit serbuk kunyit
3 sudu besar kicap pekat manis

2 sudu besar madu

UTK SOS

5 sudu besarl ada kering kisar
2 ulas bwg putih*
1 sudu besar sos chili
air asam jawa secukupnya

gula pasir secukupnya

sedikit garam

Cara-cara

UTK NASI - tumis semua bawang dan halia yang dah ditumbuk dalam minyak masak dan marjerin hingga naik bau. masukkan air, daun pandan,garam dan kiub pati ayam.Kacau rata, then masukkan beras dan masak seperti biasa. Guna rice cooker lah paling senang kannn..

UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan air, biar hingga mendidih. Masuk garam serta perisa skit. Ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.

UTK SOS - Tumbuk bawang putih hingga lumat. Masukkan dlm periuk lada, bawang, air asam jawa, sos, gula n garam. Didihkan agak lama hingga lada betul2 masak(lebihkan air biar sehingga kuah agak pekat) Bila rasa dah ok matikan api.

UTK AYAM - Gaul ayam dengan halia,bawang putih, kunyit serbuk, sikit garam, kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng.

Untuk hiasan daun salad, timun, tomato dan daun sup. Hias suka hati jer sebab dah lapar hehe..
ini lak nata + fruit cocktail+ susu cair+aiskrim... penyejuk tekak

Bubur sumsum yang mesti dibuat sehari dua selepas majlis pengantin selesai dan diberi kepada semua yang rewang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails