rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Saturday, May 8, 2010

Celebrate Birthday HB

Salam dan selamat berhujung minggu. Selamat menyambut hari ibu tuk semua ibu2, moga sihat semuanya, aahhh lamanya tak kemas umah ni..bz sikit kihkih bz ber fb... ni baru nak n3 xtvt Jumaat malam hari tu, Su dan Ramidah plan wat surprise dinner tuk hb kami, coz bdy nya beza dua hari jer( Faizal 4Mei, HB pulak 6Mei) Dah plan lama dan deorang tak tau pun..malam tu paksa jer hb gi Mersing walaupun kaki dia bengkak sikit(gout).
Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma malam tu, tak berapa best kat cafe ni, lambat tul serve makanan, biasa ok malam ni wat hal fuhhh hampehh betull..Su wat kek span wif wipping cream, tapi kek span tu tak berapa menjadi pulak, agak keras sikit, sorry ye bang..kihkih..yang penting ada kek dan lilin nak ditiup hahaha...dah tua pun nak tiup lilin, saje suka2..yang pastinya we all happy malam tu, tul tak Amy??

HB n Faizal sedang memotong kek..semoga panjang umur
gather2 ngan Ramidah dan Faizal

Wednesday, May 5, 2010

Cheese Baked Rice

Salam jumpa lagi...hari ni try wat cheese baked rice...wat semangkuk jer...dah nama pun try kan.. HB pulak ke Kluang hari ni so tak makan tengahari kat umah... tapi biasalah bila sikit sedaplah pulak hehe(memang febret Su dan Izz Thaqif coz bila kat Pizza Hut ini menu wajib kami order) Tengahari tadi nasi semangkuk ni kami berdua jer yang makan, tak sempat nak tunggu yang lain balik sekolah wakaka...lain hari mama buat lagi yek...
Resepi ni main wat sendiri jer...so kalau member2 lain ada resepi yang lain, kongsilah...

Cheese Baked Rice
Bahan:
3 cawan nasi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang sosej
sedikit sayur campur
sedikit kiub pati ayam, garam secukup rasa
cheese tuk tabur atas nasi secukupnya..(Su letak nipis jer..biasalah mana boleh makan banyak...)

Caranya: Tumis bawang yang dah ditumbuk hingga garing, masukkan sosej dan sayur, masuk pati ayam, garam...dah agak garing masuk nasi kacau rata(macam wat nasi goreng)
Tuang nasi tadi ke dalam magkuk atau apa jer bekas yang boleh dibakar dalam oven, tabur cheese di atasnya sampai tertutup semua nasi.
Boleh dibakar selama 15-20 minit 180 darjah..

Kek span strawberry wif cream ni order by cikgu Gee tuk prasekolah...thanks Gee siap promote tuk hari guru, alhamdulillah order dah masuk tuk 17 Mei...

Tuesday, May 4, 2010

Sweet Award dari Lieya

Salam jumpa lagi...dah beberapa hari award cantik ni tersimpan, hehe lupa nak n3 sorry sesangat yer mamamya /lieya.. cantik tul apron pink ni terima kasih banyak2 ye lieya...sayang pulak nak guna, biar akak gantung jerlah kat dapur tu..kihkih..akak ni pun bukan pandai sangat memasak cuma suka mencuba, dan yang bagusnya berblog ni resepi kebanyakkannya telah diuji didapur2 chef blogger lain...confirm jadi punya hehe...
dah dapat award ni ada tugas rupanya...tak pelah akak jawab jelah apa yang ditanya..
3 jenis lauk pauk yang suka dimasak

i - masak lemak cili api
ii - tomyam
iii - ayam masak merah/tomato

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat

i - aiskrim wat sendiri
ii - puding trifle
iii - puding kuah wif fruit coktail

3 jenis biskut kegemaran time raya

i - cip coklat
ii - almond london
iii - snow oat

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak

Kak anis
Wanieyra
Mamasyipah

Jom minum petang..

Salam dan selamat petang semua...dah minum petang...jom minum sama kat sini...ada pisang goreng dan keledek goreng...benda ni memang paling senang kalau nak buat, tapi petang ni malas tul nak jengah dapur...sakit kepala...biasalah awal bulan datang bulan wakakaka...
Anak bujang yang pegi beli tadi, pisang rm2, keledek pun rm2.. alhamdulillah...kenyang..

Monday, May 3, 2010

Spagetthi Bolog simple jer...


Assalammualaikum semua, moga sihat. Dah masuk bulan Mei...sekejap jer rasanya dah nak setengah tahun 2010 berlalu. Bulan Mei ni banyak yang nak diraikan, bday HB, anniversary we all, hari guru...tunggu jerlah n3 nya nanti...
Ok ni menu ringkas malam semalam, balik gi Air Hitam dan Kluang, singgah sana kejap sini kejap...ahhh letihhh..tapi seronok dapat bawa anak2 gi jalan2 cari keperluan mereka...
Just wat spagethi ringkas ni...

Bahan-bahan

  • spagethi- direbus ikut jer apa yang tertulis kat pembalut tu..
  • 285g sos spagetthi
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • garam
  • keju parmesan - topping. (tak letak pun stok habis)
  • Ayam goreng atau nugget
Cara-cara
  1. Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih hingga kekuningan. Masukkan tomato yg dipotong dadu.masak sampai tomato hancur.
  2. Masukkan sos spagethi. Perasakan dengan skit garam. Didihkan.
  3. Hidangkan..tabur ayam goreng dah di racik atau nugget(potong kecil) atas spagethi tuang sos spagethi, tabur keju parmesan...jemput makan semua...

Sunday, May 2, 2010

Award dari Izah Muffin

Hari ni dok mengangkut award yang tertunggak lagi... yang ni dari Izah Daut/Izah Muffin yang selalu wat muffin yang cantik2 dan menyelerakan...thanks coz bagi akak award yang sungguh cantik dan bermakna ni...moga persahabatan kita berkekalan yer...

Award dari Yatie lagi!!!

Award ni dah tertunggak beberapa hari... di kirim oleh sahabat maya baru dikenali tapi mesra dan rasa macam dah lama kenal iaitu Noorhayati Ramlan atau nama glamernya Yatie US. Thanks yatie...moga persahabatan ini berkekalan bukan jer di blog dan fb tapi bila balik Johor nanti yer...


1) Siapakah kawan baik anda?
-Ramai kawan baik, tapi yang paling baik dan akrab walau dah terpisah ialah Nora yang berada di Endau.

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
-KENANGAN MANIS
- Kami sama2 punya 3 orang anak, anak ke2 dan ke3 sama umur.
- Bukan kami beredua jer yang akrab, tapi suami pun sama akrab..seronok bila jumpa.
- Yang tak disangka kami boleh order kereta sama jenis dan colour, memang tak rancang bila kereta sampai (keta kami cepat sebulan) semua sama cuma flat jer lain. fuhh macam sehati pulak hehe...

-KENANGAN PAHIT
- Berpisah kerana dia berpindah ke Endau



3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya??
- Rindunya...bila kita nak jumpa lagi lepas ni..

4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- Kak anis
- Izzah Daut/Izzah Muffin
- E-na Zarina/E-na Japan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails