rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, August 13, 2010

Salam ramadhan n rehat seketika

Salam ramadhan almubarak, semoga sihat selalu dan dapat meneruskan xtvt harian disamping berpuasa dan juga melakukan amalan2 sunat yang berlipatkali ganda ganjaranNya. Rasa2nya dalam bulan puasa ni masa untuk berblogging agak terbatas, nak berehat seketika nanti lepas raya sambung semula insyaAllah, so dikesempatan ini dengan setulus hati, Su memohon ampun dan maaf manalah tau ada keterlanjuran dalam menulis blog, harap tiada rasa marah dan iri hati maupun membenci, kita semua kawan tak mau lawan2 ok....

Kepada semua kawan2 dan pelanggan yang pernah order kuih, moga berpuas hati dan halalkan segalanya. InsyaAllaha kita jumpa lagi nanti...
Kalau ada yang berminat nak tengok2 biskut n kuih raya jom singgah umah kedai ku ini, call jer kalau berkenan yer hehe...sayang semuaaa....wassalam.

Monday, August 9, 2010

Selamat Berpuasa

Salam dan jumpa lagi...lusa kita semua akan sama2 menyambut kedatangan ramadhan almubarak.. moga tahun ini lebih baik dari yang lalu.
Selamat berpuasa untuk semua teman2 yang sudi singgah blog ni... semoga semuanya beroleh kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna... perbanyakkan amal ibadah... ok sampai jumpa lagi.... wassalammm....

Sunday, August 8, 2010

Terima Kasih Zulaikha Razak USM KB

Salam sayang semua.... sabtu dan ahad yang bz...langsung tak jengah dapur kihkih...bukan bz buat kuih..bz jalan2 cari barang... hari ni just nak n3 order minggu lepas, bukan nak menunjuk2 just nak ucap terima kasih kat seorang adik yang masih study kat USM KB, coz sudi meng'order' mufin coklat tuk diberi kepada bekas guru2nya di SMSSI Mersing. Zulaikha Razak yang empunya diri...sebagai mengenang jasa gurunya, kebetulan ada sambutan ulangtahun sekolah itu yang ke7.
Terima kasih banyak Zulaikha Razak, semuanya dibuat online, dari jengah blog tgok pics mufin , bincang pasal order, sampailah ke payment... alhamdulillah semua berjalan lancar...moga lepas ni ada lagi rezeki...aminnnn...

Thursday, August 5, 2010

Blueberry Cheese Cake

pic ni bujang su yang shoot tu yang nampak lagi cantik, kalau banding compact su ni.. tu yg ada watermark dia..

Salam jumpa lagi, moga kita semua dalam lindunganNya selalu, tinggal 5 hari lagi nak puasa, moga kita semua sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna...
Hari ni nak update blueberry cheese cake lagi...maklumlah tekak ni masih lum jemu makan benda ni... so layan jerlah... kalau ada yang nak try buat tu, jengah2lah resepi kat bawah ni...boleh buat untuk hari raya nanti... Kali ni guna tepung optima jer tuk wat base cake tu...cepat dan mudah kihkihkih.... kalau rajin dan tepung optima tak de u all try resepi kek span vanilla tu ok... selamat mencuba!!!

Resepi ciffon optima
500gm tepung optima
8 biji telur
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan susu
sedikit esen vanilla, sikit garam
Pukul telur bersama tepung dan susu. Pukul lebih kurang 20 minit, bila dah kental (angkat pemukul mixer adunan tak jatuh) masukkan butter cair kacau rata. Masuk dalam loyang bakar 150drjh cc 40-50 minit terpulang pada oven memasinglah yer...
Kek Span Vanilla
Bahan:
* 5 biji telor (A)* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder** 150 gm tepung gandum* di ayak* 1 sudu kecil perisa vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Bahan tuk Cream cheese:

Sebiji kek span (resepi kat atas) bahagi dua, guna separuh jer
250 cheese cream
200ml whipping Cream
80gm gula kastor
60ml air panas mendidih
13gm serbuk gelatin halal (Halagel) (satukan ngan air panas)
inti blueberry secukupnya
Caranya
Lapik acuan(ikutlah berapa besar kek tu) Su guna 7"x7" ngan plastik wrap supaya senang bila nak keluarkan nanti.. masukkan kek n ratakan dasarnya.
Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. ketepikan.
Pukul pulak cream cheese dan gula kastor hingga kembang n berkrim
Masukkan whipping cream tadi, kacau rata.
Tuang larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan cheese. Kacau sebati.
Tuang adunan ni ke atas kek tadi, Simpan dalam ais box selama 5-6 jam sebelum dipotong.
Hias ngan inti blueberry..sedappp!!!

Monday, August 2, 2010

Tetamu hujung minggu

Salam dan selamat berjumpa lagi...Sabtu dan Ahad lepas ramai yang datang ke rumah so layan pics jer lah yer...Biasalah bila ada tetamu mestilah acara wajib masak n makan2...Hari Sabtu anak sedara hb dari JB datang, nginap di Sri M'sia Mersing, apa lagi petang tu kami pun serang pool dia hehe...biasalah hobi bujang kecik ngan abahnya sama....swimming...
Hari ahad pulak pakcik dari Seri Medan, dan anak2nya dari JB datang beramai2...seronok bila dapat berkumpul sanak sedara ni, macam2 citer keluar hehe..
Terima kasih wat Apon n Aida yang sudi singgah. gitu jugak wat Wak Nordin n Wak Nab kesayanganku, dan anak2nya moga semua happy maklumlah dapat jalan2 di pantai Mersing. Pasni datanglah lagi boleh gi pulau pulak...
Oklah sampai jumpa lagi...wassalammm....



pantang ada peluang, mesti nak swimming, di Seri M'sia mersing bersama Apon, Aida n anak2


Sunday, July 25, 2010

Sample biskut raya 2010


Salam berjumpa lagi wat kengkawan yang sudi singgah...dah lama tak kemas umah ni... minggu lepas dok menyiapkan sample biskut raya dan inilah dia.... bukan banyak mana pun, maklumlah baru belajar2, kalau ada yang sudi nak menempah memang dialu-alukan hehe...tapi yang dekat yea... coz tak de perkhidmatan penghantaran kihkih... oklah terima kasih bebanyak kepada yang sudi singgah...wasalammm...jumpa lagi...

biskut gajus
tat gulung nenas
biskut cip coklat
snow oat
biskut almond london

Tuesday, July 13, 2010

Resepi triffle...

Assalammualaikum dan salam sayang wat teman2 yang sudi menjengah umah yang dah lama tak diurus ni...terima kasih kerana masih ada yang berkunjung... hari ni just nak tepek resepi triffle atas permintaan member yang belum jumpa resepi ni...hehe ada permintaan ni..so tunaikanlah... moga berpuashati...

Puding Trifle
Bahan2nya
Segulung kek swiss roll
Sekotak Serbuk Jeli segera (Su pakai brand NONA) - perisa ikut suka
1 tin Susu Cair
1 tin Air
1 tin Buah Koktail - asingkan buah dan airnya(Su guna laici jer)
7 sudu besar Gula - kalu nk kurangkan pon x kisah
6 sudu besar Tepung Kastad
1 sudu teh Esen Vanilla

Potong kek swiss roll dan susun dlm loyang atau bekas yg sesuai. Curahkan air buah koktail (sikit jer just nak lembabkan kek) ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan..

Masukkan susu cair+air dan gula dlm periuk dan masak hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Bancuh tepung kastad bersama sedikit air. Then, perlahankan api periuk dan masukkan cepat2 bancuhan tepung kastad tadi. Perlu sentiasa di kacau supaya adunan kastad tak berketul. Kacau lebih kurang 15-20 minit.

Tutup api dan terus curahkan atas adunan swiss roll tadi. Taburkan buah koktail. Sejukkan sekejap. Sementara tu bancuh Serbuk Jeli Segera dgn air yg betol2 panas. (sukatan ikut sama mcm pd kotak-kalu x silap 400ml air). Kacau hingga serbuk jeli hancur dan terus curahkan atas lapisan kastad perlahan-lahan.

Sejukkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails