Petua hari ni.. masih lagi petua kecantikkan yang diambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga.
Hampas soya cerahkan kulit wajah: Biji soya direndam semalaman, kemudian dikisar. Tapis airnya menggunakan kain maslin atau penapis kain. Ambil hampas soya kemudian sapu pada wajah dan kulit sambil menyental perlahan-lahan. Ulang 3x seminggu, kulit akan kelihatan putih dan gebu.
Tomato hapuskan jeragat: Ambil jus tomato, campur dengan 2 sudu besar tepung gandum dan 1/2 biji putih telur. Campurkan semua bahan untuk dijadikan sebagai masker. Sapu pada wajah dan biarkan selama 15minit kemudian dibilas dengan air. Ulangi 3x seminggu dan anda akan tersenyum melihat hasilnya.
Cantikkan bulu roma: Untuk kaum lelaki ok. Untuk melebatkan bulu kaki atau dada. Tumbuk dua ulas bawang merah sehingga lumat dan lumurkan pada betis kaki anda. Biarkan hingga kering lalu dicuci. Lakukan 3x sehari dan lihatlah hasilnya.
Sumber: Majalah SDK Okt 2006
rakan2 blog
klik-klik lah yea!!!!
Monday, February 1, 2010
Saturday, January 30, 2010
Aiskrim??? Buat sendiri...
Selamat berhari minggu semua... semalam buat projek ni... hari ni baru leh tayang. Coz kena tunggu semalaman, tapi anak2 dah ngap gak malam tadi tak tahan tengok kihkih. Sedappp comen mereka... berbunga-bungalah mama dia bangga hahaha... Resepi ni cnp dari umah dak Hana nun kat Jepon tu, dia lak amik dari umah Cik Mat Gebu. Resepi ni dah jalan serata dunia kot hehehe.. moga tuan punya resepi terus mendapat rahmatnya, wahhh gitu kann.. Kalau nak perasa lain ikutlah kata tekak memasing, Su try wat rasa stoberi, tu yang ingat nak mintak sikit stoberi lebih2 yang ada kat dalam esbok kak Rosaliza. Ok kalau cam teringin tu baik try buat memang sodaappp, pas ni takyah lah kita beli eskrim nestle ke walls lagi.. Boikot depa hahaha..
Tapi pics pagi ni blurr lah pulak.. layan jelah..
- 270 g coffemate (creamer tepung)
- 500 ml susu segar perisa strawberry
- 30-50g gula - bergantung tahap kemanisan susu berperisa
- beberapa biji strawberry (hukhuk kat mersing tak de pokok stoberi ganti ngan buah sawit lehh??)
- Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
- Potong strawberry kecil2 n lecek/blend hingga hancur/separa hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu. (tak menitis bila di angkat pemutar tu)
- Perlahankan speed. Masukkan strawberry dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
Makan keropok jommm.
Labels:
makan2
Friday, January 29, 2010
Gadget baru masuk dapurrrr...
Labels:
gadget
Petua kecantikkan
Cantikkan kuku dengan limau nipis: Belah sebiji limau nipis dan gosok pada kuku. Biarkan kering kemudian dibilas dengan air. Lakukan selang dua minggu. Hasilnya kuku bukan saje sihat bersinar dan cantik malah juga berwarna putih kemerahan.
Serbuk teh melembutkan kulit muka: Selepas meminum airnya, jangan dibuang serbuk teh itu, sebaliknya sapukan pada wajah. Biarkan selama lima minit kemudian dibilas dengan air suam. Hasilnya kulit wajah anda lebih licin dan lembut.
Hilangkan bau ketiak: Salah satu petuanya ialah ambil beberapa helai jambu batu yang muda dan segenggam beras yang disangan atau goreng tanpa minyak. Tumbuk halus dan sapulah pada bahagian yang bermasalah terutama ketiak, lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan hilang. Satu lagi cara gosok ketiak dengan daun sireh sebelum mandi, kemudian mandi seperti biasa.
Jerawat tidak berparut: Jerawat yang baru tumbuh pasti merisaukan, cubalah petua ini. Caranya ialah dengan mengambil sedikit tepung kanji dan putih telur. Larutkan dan sapu pada jerawat yang baru hendak tumbuh. Nescaya jerawat itu akan hilang dan tidak meninggalkan kesan dan parut. Jika boleh jadikan sebagai 'masker' dan lakukan dua kali dalam seminggu kerana ia juga boleh membantu kulit menjadi lebih bersih dan licin. Selamat mencuba!!!
Sumber majalah SDK September 2008

Thursday, January 28, 2010
Cup Cake
Ini projek pagi tadi, b4 this pernah buat seketul besor dalam loyang, ini nak try wat bentuk cup cake macam kat umah Azura Rahman
Memang sedap dan ok. Su mintak halal cnp yea Azura, tqvm... senang bila nak buat lagi nanti dah ada resepinya... Su dapat 27 biji coz buat setengah adunan je..
Sumber : Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan
250gm butter
230gm gula castor
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.
p/s buat cc dapat 27bj separuh adunan. Oven kat umah ni 170 drjh cel 25/30 minit.Bahan-bahan
250gm butter
230gm gula castor
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.
Wednesday, January 27, 2010
Petua Kecantikkan
Salam semua, mulai hari ni Su try nak n3 petua, tak kira untuk masakan atau kecantikan. So senang sikit nak carik bila kat dlm blog ni kannn... bukak lebel dah jumpa, bukan nak memandai2 yea, ni semua untuk simpanan sendiri dan jugak anak2 senang nak membaca. Sumbernya dari majalah dan mana2 yg rasa ok. Harap2 kalau kengkawan pun ada petua yg boleh dikongsi jomlah kita sama2 mengumpul petua lakkk... Ok tuk first n3 ni nak letak petua kecantikan....
Atasi perut buncit: Caranya potong sebiji epal hijau, kisar bersama air sejuk hingga halus. Minum air tu tanpa ditapis. Amalkan petua ini setiap pagi dan sebelum tidur. Selain mengatasi masalah perut buncit ia juga mujarab dalam membuang toksin dan juga lemak dari badan.
Khasiat jambu batu: Pucuk jambu batu boleh menghaluskan kulit dan awet muda. Caranya dengan mengisar pucuk jambu batu, sapu pada muka seperti memakai mask. Untuk hasil yg cepat lakukan setiap hari.
Melembutkan rambut kasar: Ambil secekak kangkung basuh bersih. Kemudian masukkan sedikit air suam dan ramas sayur hingga mengeluarkan lendir. Ambil lendir itu sapu pada keseluruhan. Biarkan seketika baru dibilas dengan air bersih.
Sumber: Majalah Seri Dewi& Keluarga (SDK) Ogos 2009.

Subscribe to:
Posts (Atom)