rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, March 5, 2010

Puding Trifle dan kek coklat

Jumpa lagi... hari ni n3 tertunggak masa birthday Nadia haritu, xtly gambar ni hilang kemana entah, salah simpan kot hehe... bila Rafi tolong cari, sibaik jumpa dan bolehlah tepek kat blog hari ni... dah habis kena ngap punnn. Kek coklat tu guna kek span yang sama dengan kek span tiramisu. Buat 1 adunan pastu su bahagi 2.... jimat kos, dah birthday nya selang sehari kannn... Su try buat puding triafle, resepi amik kat umah Azura Rahman dia tengah bz study, coz 5-7 Mac ni dia ada exam, moga berjaya Azura, tq resepinya... Layan resepi kat bawah ni...byeee semua...
Puding Trifle
Bahan2nya
Segulung kek swiss roll
Sekotak Serbuk Jeli segera (Su pakai brand NONA) - perisa ikut suka
1 tin Susu Cair
1 tin Air
1 tin Buah Koktail - asingkan buah dan airnya(Su guna laici jer)
7 sudu besar Gula - kalu nk kurangkan pon x kisah
4 sudu besar Tepung Kastad
1 sudu teh Esen Vanilla

Potong kek swiss roll dan susun dlm loyang atau bekas yg sesuai. Curahkan air buah koktail ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan..

Masukkan susu cair+air dan gula dlm periuk dan masak hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Bancuh tepung kastad bersama sedikit air. Then, perlahankan api periuk dan masukkan cepat2 bancuhan tepung kastad tadi. Perlu sentiasa di kacau supaya adunan kastad tak berketul. Kacau lebih kurang 15-20 minit.

Tutup api dan terus curahkan atas adunan swiss roll tadi. Taburkan buah koktail. Sejukkan sekejap. Sementara tu bancuh Serbuk Jeli Segera dgn air yg betol2 panas. (sukatan ikut sama mcm pd kotak-kalu x silap 400ml air). Kacau hingga serbuk jeli hancur dan terus curahkan atas lapisan kastad perlahan-lahan.

Sejukkan.


kek coklat ni Nadia punya masa birthday nya haritu, guna kek span yang sama kek tiramisu.

Thursday, March 4, 2010

Tomyam Campur dan Carrot Susu

Salam malam jumaat.... moga beroleh keberkatanNya, insyaAllah. Cuaca di Mersing panas betul sekarang ni, sampai air pun nak dicatu. Syukurlah Felda Nitar ada loji air sendiri, kalau harap air dari Loji Congok maunya tak sampai air kat Nitar ni..
Hari ni Mr HB meeting kat Kluang, so tak makan tengahari kat umah, Su pun masaklah tomyam campur yang banyak udang gitu...(kalau Mr HB ada kesian... takut dia makan terlebih nanti gout la) anak2 bersukan kat sekolah, cuaca panas memang 'seger' makan lauk camni, laju jelah budak2 tu hirup kuah tomyam. Izz Thaqif memang tak suka tomyam, jadi lauk sampingan mestilah goreng ayam dan telur dadar. Pas tu buat carrot susu... ok semua pun dah dibereskan oleh anak2... esok nak masak apalah pulak, hari2 kena fikir tapi syukurlah Mr Hb dan anak2 tak pernah komplen semua sedap jer hehehe...
Tomyam ni just guna perencah segera adabi jekk.. paling senang masak tomyam kan... campak2 jer siap tuk dimakan... Oklah jumpa lagi esok, salammmm....

panas2 minum air carrot susu ni memang sedapppp...sejuk je tekak...

Wednesday, March 3, 2010

Simple Tiramisu Cake : Jangan ketawakan ok ...

TebalSelamat malam semua kengkawan yang sudi singgah blog Su dan terima kasih bebanyak terasa kita mesra dan rapat walau tak pernah bersua muka, moga persahabatan di alam maya ni dapat diteruskan di alam nyata pulak, insyaAllah... Janganlah ketawakan kek Su ni, first time wat hehe.
Hari ni nak n3 Simple Tiramisu Cake for my kids birthday, cakap owgputihlah pulak hahaha. Dah lama intai resepi kat umah Dr Inahar, dah dapat macam2 petua dan cara tuk wat kek ni, 'akhirnyaaa... kini pasti'..... nanyilah pulak... dapat jugak Su buat dan rasa kek ala2 tiramisu gitu. Tak pernah buat guna cream ni, tu yang kelam kabut kek tu(tak cantik macam kek kat umah orang lain) lagipun creamnya kedekut, sikit jer letak, takut 'gumuk' hehehe.Oklah kita share resepi jom, dah ramai yang tepek resepi ni, tapi hari ni biar kat Mersing pulak.

Resepi Simple Tiramisu Cake
Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (Su ganti 2 sudu teh serbuk nescafe)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius(oven Su 140 drjh cel)
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

    Cream tuk kek

    • 1 biji sponge kek ( resepi kat atas tulah)
    • 250ml whipping cream
    • 200ml cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
    • 1 sudu makan serbuk nescaf

    Cara-cara

  6. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  7. Satukan gula, cheese dan cream
  8. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  9. Potong kek pada 2 bahagian
  10. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  11. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  12. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  13. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  14. Hiaskan suka hati...
Izz Thaqif minat sangat Ben 10, baju dia pun nak hijau macam Ben10.
kek ni dikelilingi Ben10, nak celebrate member dia hahaha sampai terlentang...

Tuesday, March 2, 2010

Apple Pai Goreng VS Karipap

Selamat malam semua, dah makan malam? Kami sekeluarga biasanya makan kul 7 malam, alhamdulillah dah kenyang... N3 hari ni epal pai ala McD dan juga karipap. Buat kulit yang sama inti jer lain2 coz epal pai ni manis, HB tak berapa minat so dia mintak buat karipap. Su buat inti kari kentang dan ayam. Kat bawah ni cnp resepi dari rumah Hana jepun lagi.... tq akak selalu selongkar dapur mu hehehe... Su lenyek tepung tu nipis sikit biar rangup tu yang rupa epal pai tu hodoh sikit, tak kisahlah asal sedap dimakan. Tapi epal pai VS karipap, karipap habis dulu hehe coz HB su laju jer makan... sedap katanya.... tengoklah sape buat, isteri mu yang rajin nilah hahaha dah mula perasan... b4 terlebih2 baik tengok resepi kat bawah ni... salammmm.....

Apple Pie Goreng ala McDSumber : Faridah Hanom/Bebop
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung serbaguna, Su tambah 2 sudu besar tepung sagu biar rangup
  • 1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal hijau
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 cawan minyak sayuran utk menggoreng
  • (abaikanlah rupa epal pai yang hodoh ni yek, asal boleh makan sudah ler hehe)
Cara-cara
  • Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
  • Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  • Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  • Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan.
Tips:
  • simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, Method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup.
  • Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik.
  • Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.
  • Inti pie ni agak sedikit, so tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.
Ini versi karipap berinti kari kentang dan ayam

Monday, March 1, 2010

Happy Birthday Angah dan Adik sayang...

Salam dan berjumpa lagi. Sekejap jer rasanya dah masuk bulan Mac, bermakna bila 1 Mac adalah birthday Nadiah Shahirah anak daraku satu2nya, yang ke 13 tahun. Lusa pulak (3 Mac) bday Muhammad Izz Thaqif yang ke 7 tahun, bujang kecik ni lahir 3.3.03. Hpy bdy tuk anak2 mama, moga sihat, panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran. Semoga berjaya dunia dan akhirat aminnn... Sorry tahun ni no birthday party cam tahun lepas.
Hari ni masak nasi ayam fevret budak2 ni... lum sempat nak wat kek, insyaAllah mama buat nanti ok. Ni resepi nasi ayam biasa yang Su buat... simple jek, yang penting anak2 dan HB suka dan makan dengan berselera balik sekolah tengah hari tadi, dah lapar semua sedap hehehe....

Nasi Ayam
4 cawan beras
Air secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
seketul kiub pati ayam
daun pandan
garam


UTK SUP
ayam
secukupnya( Su guna bahagian2 tulang)
1 biji bwg besar

2 ulas bwg putih
1-2 inci halia

rempah 3 sekawan

myk utk menumis
garam

perisa
daun sup
bwg goreng


UTK AYAM
ayam(bahagian daging2)

sedikit halia kisar
3 ulas bawang putih
sikit serbuk kunyit
3 sudu besar kicap pekat manis

2 sudu besar madu

UTK SOS

5 sudu besarl ada kering kisar
2 ulas bwg putih*
1 sudu besar sos chili
air asam jawa secukupnya

gula pasir secukupnya

sedikit garam

Cara-cara

UTK NASI - tumis semua bawang dan halia yang dah ditumbuk dalam minyak masak dan marjerin hingga naik bau. masukkan air, daun pandan,garam dan kiub pati ayam.Kacau rata, then masukkan beras dan masak seperti biasa. Guna rice cooker lah paling senang kannn..

UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan air, biar hingga mendidih. Masuk garam serta perisa skit. Ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.

UTK SOS - Tumbuk bawang putih hingga lumat. Masukkan dlm periuk lada, bawang, air asam jawa, sos, gula n garam. Didihkan agak lama hingga lada betul2 masak(lebihkan air biar sehingga kuah agak pekat) Bila rasa dah ok matikan api.

UTK AYAM - Gaul ayam dengan halia,bawang putih, kunyit serbuk, sikit garam, kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng.

Untuk hiasan daun salad, timun, tomato dan daun sup. Hias suka hati jer sebab dah lapar hehe..
ini lak nata + fruit cocktail+ susu cair+aiskrim... penyejuk tekak

Bubur sumsum yang mesti dibuat sehari dua selepas majlis pengantin selesai dan diberi kepada semua yang rewang.

Sunday, February 28, 2010

Accident ???? Adikku terlibat...

Salam bertemu kembali... pagi hari ini (28 Fab 2010) pasti menjadi sejarah kami sekeluarga bila mendapat call dari adik Su yang dalam perjalanan ke Kluang, mengatakan dia terlibat dengan accident 4 buah kereta. Sebenarnya dia dan rakan2nya (3buah) keta nak ke Kluang melawat kawannya yang meninggal. Tak kesampaian bila 2 keta dah xcdent.. dengan 2 keta sgpore yg nak gi berlumba di Mados (jln Mersing-Kluang) 10 buah semua, 2 keta ni, tertinggal kat belakang tu yang bawa macam berlumbalah... yang jadi mangsa.... aaahhhh.... aaadddiikkkuuuu. Sib baik semua just luka2 ringan, itulah kelebihan seat belt.... kalau tak pakai mau tercampak kemana2.. Syukur alhamdulillah semua selamat....
keta merah ni yang adik Su naik..

Friday, February 26, 2010

Nasi Lemak, untuk anak2...

Salam maulidur rasul buat semua... juga selamat bercuti panjang hujung minggu... Tapi hari ni agak memenatkan. Biasalah rutin harian ceo dapur mana ada cuti hahaha... awal pagi ni buat sarapan nasi lemak merangkap makan tengah hari tuk anak2. Ini disebabkan Su dan hb nak gi rewang rumah jiran yang buat kerja kawin anaknya. So balik rewang kang takyah kelam kabut nak masak tengah hari lak.. Tapi sebenornya, nak siapkan kek kukus asam manis tempahan kawan Rafi, si Idham tu...
Ok balik citer nasi lemaklah.. nasi tu Su buat macam biasa jer guna santan kotak ayam brands, malas nak memarut kelapa, sebenarnya tak pandai pun nak parut ngan mesin kelapa tu takut kena tangan ku yang lembut ni hahaha, biasa yang tolong parutkan abah Su... sambal pulak buat sambal tumis ikan bilis jer, udang masih kat pasar Mersing kihkih.. Su cnp resepi nasi lemak dan sambal udang manis dari rumah Yatie nun kat US tu... manalah tau nanti anak dara/ bujang Su nak masak nasi lemak bolehlah deorang tengok kat sini. Nway tq n mintak halal resepinya yea Yatie... byeee... jumpa lagiii...

Nasi lemak:
Bahan-bahannya

* 4 cwn beras (beras AAA)
* 5 cwn santan
* 1/2 biji bawang besar (hiris)
s* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* 1 batang serai - dititik
* garam secukup rasa

* Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
* sambal tumis
* ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
* telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
* timun yg dihiris
* kacang tanah goreng
* dan lain2 ikut selera
Cara-cara
1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Sambal udang manis
bahan-bahannya
* 500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit belacan*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
* minyak masak - untuk menumis
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, masukkan bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.
kek kukus asam manis order by Idham

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails