rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Thursday, April 8, 2010

Apam Aiskrim Soda

Salam malam Jumaat semua, moga bahagia dan ketenangan jiwa melingkungi kehidupan kita semua. Pagi tadi ke bandar Mersing meneman hb wat medical check-up... malas nak ke hospital daerah yang pasti ramai dan lama menunggu we all gi je klinik An-Nur... klinik Dr Mohd Jaim yang friendly dan mesra pelanggan ewahhh kan main lagi puji hehe coz doc ni lah yang we all jumpa bila tak sihat.
Petang tadi wat apam aiskrim soda atau apam senyum yang dah banyak nampak kat blog lain sebelum ni kan... hari ni Su try resepi dari kenalan di FB yang bernama Rohaya yang berada di TUDM Shah Alam. Walau baru berkenalan tapi selalu sembang di fb. Tokeh kuih muih jugak ni kalau ada yang nak order carilah di fb.. dengan izinnya Su share resepi ni.. time kasih Aya...

Apam Aiskrim Soda

Bahan-bahan
2 biji telur(B)
250g gula kastor - Su guna gula pasir blend sikit 200g jer
1 sudu teh ovallete
150ml air aiskrim soda
200g tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya
sedikit garam dan esen vanila- ni su tambah sendiri
filling ikut selera- su guna jem blueberryCara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung kacau lagi pastu masuk aiskrim soda kacau dengan senduk kayu.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna merah.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 10 minit. Air mesti mendidih dan api sederhana.

Tuesday, April 6, 2010

Award dari Nenek

Salam jumpa lagi... hari ni just nak n3 award berharga dari nenek Mayang Sari... terima kasih banyak2 yer nenek atas ingatan dan tanda persahabatan maya kita... Masa jadi pengantin dulu pun tak pakai tiara secantik ni... pehhh tak dapat pegang dapat tengok jadilah...at least ada jugak yg bagi kihkih... nanti Su nak bagi kat kawan2 lain pulak biar raya nanti kita pakat ramai2 pakai tiara ni... nak tak???

Monday, April 5, 2010

Roti Sardin Roll Goreng

Salam jumpa lagi semua. Masak apa hari ni? Tengahari tadi Su just masak sup ayam jer. Biasalah bila hari Isnin banyak benda nak kemas dari depan ke belakang. Bila sorang2 kat rumah aman sikit nak mengemaskan... Pulak tu petang semalam orang2 hospital Mersing buat foogging coz ada kes baru denggi tak jauh dari rumah Su ni.. satu rumah bau minyak desel ke minyak tanah tah... pening... tapi demi kesihatan tahan jerlah hidung ni...
Petang tadi wat roti sardin roll goreng lagi... biasalah menu ringkas dan senang. Tapi arini nak share resepi sempoi ni... biar adik2 dan anak2 senang nak try buat...

Roti Sardin Roll Goreng

Roti (kalo nk best lg roti gardenia)
Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut spt bawang, lada, air asam jawa, garam dll- ikut citarasa anda la..hehe)
Air masak
Telur
bread crumb/tepung goreng ayam segera pun boleh... (macam yang Su buat ni)

Cara membuat
1) ambil roti, renjiskan sedikit air dipermukaan roti
2) gilingkan gelas atau lenyek jer ngan tangan atas roti tadi supaya nipis (supaya minyak tak masuk dlm ruang2 roti tersebut ketika goreng nanti) kalau nak cantik buang kerak tepi roti tu.
3) masukkan sardin yg telah siap dimasak td diatas roti..gulung seperti anda menggulung popia
4) letakkan sedikit telur pd hujung roti supaya melekat dan tak terbuka.
5) celup dlm telur dan golek atas bread crumb atau bancuh tepung goreng ayam segera celup jer roti tu...
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan..angkat
sedia dihidang.... cicah ngan sos cili + mayonis...sedappp tu...

Saturday, April 3, 2010

HB masak??? Ikan Sweet Sour tuuu...

Salam berhari minggu semua. Hari ni dapat lepak2 santai di rumah coz free dari rewang2. Semalam jer (Sabtu) ada majlis yasinan. Sejuknya hari ni coz dari pagi sampai tengahari hujan memanjang...
Hari ni jom layan n3 ikan bawal masak sweet sour... hb yang masak...thanks sayang!! hb memang rajin memasak... sape nak puji kalau tak wife dia ni kan... resepi we all amik kat umah anak sedara kat KL, hehehe rajin masak doc ni... jom layan resepi sempoi jer...

Resepi ikan bawal sweet sour

1 ekor ikan siakap/bawal-di garamkan and salutkan sikit tepung@cornflour then goreng
2biji bawang besar- potong2
3 biji bwg putih-potong2 aje
1/2 inci halia-potong halus
1 sudubesar cili giling (ikut suka kepedasannye..but some people use chilli sauce botol)
2 sudu besar sos tomato
2 biji tomato-potong 4 setiap biji
cili hidup merah & hijau-potong utk hiasan
sedikit nenas tin -tak letak pun, letak carrot jer
garam
gula

caranya senang aje..panaskan minyak & tumis bawang,garlic,halia sampai naik bau then add cili giling..tumis lagi sampai garing sikit then masukkan sos tomato,garam,gula,cili hidup potong,nenas & buah tomato tadi.(u might want to add some water..ckit aje)tumis lagi sampai mendidih then tuangkan ke atas ikan yg siap digoreng tu dan hiaslah ikut suka..haa simple aje kan?

Friday, April 2, 2010

Blackpepper Chicken Chop

Salam jumpa lagi semua...hari ni merajinkan diri wat blackpapper chicken chop. Resepi amik dari umah Hana nun kat Jepun tu. Hana pulak amik dari Mamahawa yang dok kat Spore... wah global memberku...kihkih ok Su mintak izin tayang resepi kat sini pulak yer kawan2 ku...
  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (Su buat lebih maklumlah ramai askar hehe)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*- Su gune sos lada hitam sini
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa
Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. Su masuk dalam oven jer..
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.

Thursday, April 1, 2010

Menu selongkar esbok hehehe....

Salam pagi Jumaat yang mulia semua... moga sihat dan happy selalu.. hari ni n3 tertunggak... hasil kerja anak2 n hb... bila mama dearang ni sibuk nak menyiapkan order pandailah masak apa jer yang ada kat dalam esbok.... alhamdulillah dapat order mufin dari cg Hidayah 1500 bj mufin coklat, semua siap tengahari semalam, adik dan ayahnya datang sendiri mengambil dan dah pun sampai ke Muar.
First time dapat order banyak hehe kelamkabut gak... maklumlah dapur kecik bisnes pun kecik2 je kan... tapi syukurlah hb n anak2 membantu... thanks sayang mama semua... walaupun dah 'pau' mama malam tadi kihkihkih. Biasalah anak2 bila tau mama deorang 'masyuk' mesti nak ajak makan kat luar punya... tak pelah rezeki anak2, apa yang pentinggg... kerjasama...dah macam wonder pets lah pulak...
Oklah layan pics menu segera we all.... jumpa lagi nanti....
Roti canai segera Karts gulung wif telur+ bawang+lada.
Bawah ni burger bujangku Rafie...
Mufin coklat berbaris atas meja...
mufin order by cg Hidayah SK Nitar 1 untuk majlis perkahwinan adiknya di Muar, jauh tu mufin ni diekspot hahaha.. anyway thanks Hidayah...moga majlis berjalan lancar esok(Sabtu).

Tuesday, March 30, 2010

Award Dari Yatie di US



Salam.... hari ni bukan nak tayang award tapi dah ada yang sudi memberi Su lagilah berbesar hati menerimanya... Itu tanda persahabatan semakin erat terjalin. Award ni dari jauh Su dapat tapi terasa dekat di hati apatah lagi bila kami selalu sembang2 di fb. Nak tau siapa gerangan si cantik manis ni hehe... tentunya Yatie - Sinar Kehidupan yang berada di Baton Rouge, Louisiana, US.
Terima kasih bagi akak award... rasa macam tak layak dapat award coz akak ni baru jer berblog dan banyak benda yang tak tau pun... sebelum ni ada award yang tak pandai pun nak angkut ke blog ni hehe sorrylah pada yang memberi tu... tapi berbanyak terima kasih, itu tandanya kehadiran Su diarena blog ni diterima.

Oklah pas ni kengkawan lain terimalah pulak award ni yer... moga kita semua dapat berkongsi award yang memang milik semua bloger kan... Sudi2kan angkut yer... sebagai ingatan dan tanda persahabatan kita di sini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails