rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, April 15, 2011

Devil's Food Chocolate Cake

Assalammualaikum... selamat berhujung minggu...ke mana cuti hujung minggu? dalam hati ni berangan-angan nak jenjalan tepi pantai, tapi tengahari ni hujan pulak, harap2 petang kang teranglah hendaknya....
N3 kali ni muffin n kek yang Su buat semalam n pagi ni. Biasalah bila bahan2 dah keluar dari ais box tuk wat order, buatlah sekali kek yang teringin dicuba....Kali ni Su try buat Devil's Food Chocolate Cake, resepi copy dari blog Ayu Singapore memang sedap...aaahhh semua kek bila ada cheese memang sedap je kat tekak Su ni... camnerlah nak kurangkan lemak yang makin menebal ni hukhuk... Su hias kek tu tak cantik coz nak cepat siap n nak cepat makan hehe... Ok layan jelah...

Bahan: -
1 cawan tepung gandum
1 / 4 cawan cocoa powder
3 / 4 sdt soda bikarbonat
1 / 4 sdt garam
1 / 4 cawan gula pasir
1 / 4 brown sugar
65 g mentega
1 biji telur besar (L)
1 sdt vanili ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja)
1/2 cawan air suam

Kaedah:-
Set oven 170C. Siapkan loyang kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
250g Philadelphia cream cheese
125g mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
jus daripada lemon
double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml double cream-(Su gunakan whipping cream)
250g coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
From:-cupcakeschek.blogspot.com


Kek, muffin mini n muffin wif coklat ganache order by Kak Min, terima kasih moga berpuas hati...

Thursday, April 14, 2011

Apam Cream Cheese dan Kek Lapis Asam Manis

Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat yang berkat... semoga beroleh kesihatan dan kesejahteraan kita semua... Dah bekpes ke, kalau lum jom datang sini kita minum sama2 dan makan apam cream cheese yg gebu ni...
Malam tadi melapis kek kukus asam manis yg diorder Rizal, seawal 7 pagi tadi dia dtg amik, coz nak bawa ke tempat kerja, thanks Rizal... Kalau ada yang nak mencuba leh tgok resipi kat sini.Sambil melapis semalam sempat gak wat Apam cream Cheese, terjumpa resipi kat My Resipi sumbangan Yani. Kebetulan pulak ada sikit lagi baki cream cheese dalam ais box tu, resipi ni pulak tersangat senang, rasa pun lembut n sedap.. tapi Su buat tak merkah nape ek?? jom tgok resipinya...

Apam Cream Cheese

Bahan-bahannya:
  • 40g cream cheese (Su tambah lagi 30gm )
  • 1 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 75 ml susu segar
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Potong dadu cream cheese dan ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula, susu dan minyak masak. Pukul sehingga berbuih/ gula larut sepenuhnya.
  3. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk tadi. Masukkan cream cheese. Kemudian kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kukuslah selama 8-10 minit atau sehingga masak

Kek Lapis Kukus Asam Manis order by Rizal, tq

Wednesday, April 13, 2011

Onde-Onde keledek...pucatlah pulak!!

Assalammualaikum, dah minum petang lum? Tengahari tadi menggentel kuih onde2 keledek sambil mata melayan citer Cinta Marshanda... Su lebih suka buat onde2 keledek dari buah melaka yg guna tepung pulut tu coz, Su ni alergik ngan pulut n tepung pulut... Tapi hari ni ada dua2 coz adik Su, Aisyah buat buah melaka n Su buat onde2 tu... So masa minum petang tadi meriah, ada yg terpancut gula buah melaka dan ada yang terkial2 nak menelan buah melaka coz tepung pulut kan liat sikit hehe... tapi versi keledek ni cepat je habis...
Resepi senang n sempoi ni Su copy dari umah Yatie yang handal buat macam2 kuih terutama kuih talam yang cantik sangat bila dah dipotong... Tapi resepi ni Su ubah sikit ikut selera, dan Su terlupa nak letak pewarna, tu yang pucat je hehe...

Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg gandum
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
air secukupnya- utk merebus onde2 biasanya Su rebus setengah periuk air


Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung gandum, sampai boleh dibuat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Yang hijau ni buah melaka buatan adik Su, Aisyah

Tuesday, April 12, 2011

Terima kasih NIEZA...


Selamat malam... jumpa lagi, hari ni dapat kiriman kad dari jauh... nun di Findland sana.. dari Nieza - Our Journey Begins- Terima kasih banyak2 ye coz sudi berkawan ngan akak ni...moga persahabatan maya kita berterusan insyaAllah... semoga tabah dan bahagia selalu di perantauan..

Ayam Goreng Ala KFC dan Mashed Potato

Selamat petang semua, ni menu tengahari tadi... tapi masih ada baki tuk makan malam pulak hehe.. ayam goreng ala KFC dan mashed potato. Ayam goreng ni banyak versi kan, dan ramai kawan2 yg dah mencuba tapi kali ni Su try resepi yang Su jumpa diblog Alkiram.Net. Untuk resepi mashed potato dah pernah tepek kat sini coz dah berulangkali buat n memang sedap pun.. jom lah tengok tak yah cerita panjang2 kan..
KFC Extra Crispy
Bahan-bahan : 1 ekor ayam potong menjadi beberapa bahagian
6-8 cawan minyak tuk mengoreng
Bahan- bahan lain :
1 biji telur, di pukul
1 cwan susu
2 cawan all-purpose flour
2 1 / 2 sudu teh garam
3 / 4 sudu teh serbuk cili
3 / 4 sudu teh MSG
1 / 8 sudu teh Paprika
1 / 8 sudu teh Garlic Powder
1/8 sendok teh sodabikabonat
Cara membuat :
* Buang lebihan kulit dan lemak dari potongan-potongan ayam.
* Panaskan minyak terlebih dahulu didalam kuali gorengan dengan kepanasan mencecah 350 darjat.
* Campurkan susu dan telur. Aduk rata. Ketepikan
* Campurkan tepung, garam, serbuk cili dan paprika , MSG, serbuk bawang puteh dan sodabikabonat
* Letak potongan ayam tadi diatas kain atau tisu dapur supaya air di badan ayam tersebut kering.
* Celupkan potongan2 ayam tersebut kedalam campuran telur dan susu lalu golekkan ayam tadi dengan campuran tepung kering pula, kamudian ulangi celupan kembali ke dalam campuran telur dan susu, kemudian kembali ke dalam tepung. Lakukan secara hati-hati dan cermat supaya berlapis tepung dengan baik.
* Ketepikankan ayam yang sudah terlapis tepung tadi di dalam bekas.
* Kemudian baru masukan potongan2 ayam yang sudah berlapis tepung tadi kedalam miyak yang sudah dipanaskan
* Gorenglah minimal 4 potong ayam selama 12-15 minit, atau sampai keemasan.
Bahan-bahan Mashed Potato
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - letak sikit jer nanti lembik sangat
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 1 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
Caranya:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!Memang sedappp bebb!

Award dari Kak Noorsafone


Selamat petang semua... dapat jemputan tuk amik award dari kak NOORSAFONE, so singgah amik dan tayang kat blog Su pulak, terima kasih kak, moga persahabatan maya kita berkekalan dan dapat terus berkongsi ilmu dan resipi insyaAllah...
Dan satu lagi award yg dah peram beberapa hari ni pun dari Kak Noorsafone jugak, terima kasih banyak2 kak...sayang akak...

Saturday, April 9, 2011

Hujung minggu... makan2 ternak lemak...

Assalammualaikum dan selamat bersantai dihujung minggu bersama keluarga tersayang... Hari Ahad ni kami tak kemana-mana disebabkan Nadia sekolah agama- darjah khas, so dok umah masak2 n makan2...
Pagi tadi buatkan kek birthday tuk adik bungsu Su, Syaffie. Xtly birthday nya semalam tapi harini baru buat makan2 sikit... menu hari ni kami siapkan ramai2 hehe..emak n adik Su Aisyah pun membantu. Jom tgok2 menu hari ni... jemput makan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails