rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, February 5, 2010

Kek Kukus Masam Manis (Haw Flake)

Selamat berhujung minggu, hari ni Sabtu, anak2 sekolah ganti tuk tahun baru cina. Pagi tadi wat kek lapis haw flake (asam manis) ni, ada teman yang nak.... dengan pesanan asam lebih tuuu. Su guna resepi dari majalah Seri Dewi&Keluarga, ok share resepinya kat bawah ni yerrr...

Kek Kukus Masam Manis

Bahan-bahannya:
1 cawan gula pasir blend (Su kurangkan sikit)
1 cawan butter/ marjerin
1 cawan biskut merry blend halus
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
4 butir telur(A)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
Haw flake secukupnya
Pewarna ikut suka- hijau &kuning atau hijau&merah
Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Putar putih telur hingga kembang dan tak jatuh bila terbalikkan mangkuk.
3. Putar kuning telur mangkuk lain.
4. Masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega dan gula, kacau, kemudian masukkan putih
telur kacau rata.
5. Masukkan susu, vanilla, biskut dan tepung(dah di ayak bersama). Gaul sebati.
6. Bahagikan kepada 2 , warnakan hijau dan kuning.
7. Ratakan sedikit adunan ke dalam loyang 7"x7" susun haw flake di atasnya.
8. Kukus 5-10 minit.
9. Lakukan langkah 7 tadi berselang-seli warna hingga selesai.
10. Dah siap kukus lagi 20minit. Boleh diangkat.

2 comments:

  1. slm kaksu..bila ke BP tuh beritau ye..tak pelawa2 pun masa jwb pertanyaan kaksu ari tuh..hihihi.. last week sy agak buzy mgurus camping..tu yg serius semcm jer.. alhamdullilah hr ni dah selesai..

    ReplyDelete
  2. Salam Zana, lum sempat nak ke BP lagi HB pun bz memanjang ngan urusan sekolah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails