Petua hari ni.. masih lagi petua kecantikkan yang diambil dari majalah Seri Dewi & Keluarga.
Hampas soya cerahkan kulit wajah: Biji soya direndam semalaman, kemudian dikisar. Tapis airnya menggunakan kain maslin atau penapis kain. Ambil hampas soya kemudian sapu pada wajah dan kulit sambil menyental perlahan-lahan. Ulang 3x seminggu, kulit akan kelihatan putih dan gebu.
Tomato hapuskan jeragat: Ambil jus tomato, campur dengan 2 sudu besar tepung gandum dan 1/2 biji putih telur. Campurkan semua bahan untuk dijadikan sebagai masker. Sapu pada wajah dan biarkan selama 15minit kemudian dibilas dengan air. Ulangi 3x seminggu dan anda akan tersenyum melihat hasilnya.
Cantikkan bulu roma: Untuk kaum lelaki ok. Untuk melebatkan bulu kaki atau dada. Tumbuk dua ulas bawang merah sehingga lumat dan lumurkan pada betis kaki anda. Biarkan hingga kering lalu dicuci. Lakukan 3x sehari dan lihatlah hasilnya.
Sumber: Majalah SDK Okt 2006
rakan2 blog
klik-klik lah yea!!!!
Showing posts with label Petua kecantikkan. Show all posts

Monday, February 1, 2010
Friday, January 29, 2010
Petua kecantikkan
Cantikkan kuku dengan limau nipis: Belah sebiji limau nipis dan gosok pada kuku. Biarkan kering kemudian dibilas dengan air. Lakukan selang dua minggu. Hasilnya kuku bukan saje sihat bersinar dan cantik malah juga berwarna putih kemerahan.
Serbuk teh melembutkan kulit muka: Selepas meminum airnya, jangan dibuang serbuk teh itu, sebaliknya sapukan pada wajah. Biarkan selama lima minit kemudian dibilas dengan air suam. Hasilnya kulit wajah anda lebih licin dan lembut.
Hilangkan bau ketiak: Salah satu petuanya ialah ambil beberapa helai jambu batu yang muda dan segenggam beras yang disangan atau goreng tanpa minyak. Tumbuk halus dan sapulah pada bahagian yang bermasalah terutama ketiak, lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan hilang. Satu lagi cara gosok ketiak dengan daun sireh sebelum mandi, kemudian mandi seperti biasa.
Jerawat tidak berparut: Jerawat yang baru tumbuh pasti merisaukan, cubalah petua ini. Caranya ialah dengan mengambil sedikit tepung kanji dan putih telur. Larutkan dan sapu pada jerawat yang baru hendak tumbuh. Nescaya jerawat itu akan hilang dan tidak meninggalkan kesan dan parut. Jika boleh jadikan sebagai 'masker' dan lakukan dua kali dalam seminggu kerana ia juga boleh membantu kulit menjadi lebih bersih dan licin. Selamat mencuba!!!
Sumber majalah SDK September 2008

Labels:
Petua kecantikkan
Wednesday, January 27, 2010
Petua Kecantikkan
Salam semua, mulai hari ni Su try nak n3 petua, tak kira untuk masakan atau kecantikan. So senang sikit nak carik bila kat dlm blog ni kannn... bukak lebel dah jumpa, bukan nak memandai2 yea, ni semua untuk simpanan sendiri dan jugak anak2 senang nak membaca. Sumbernya dari majalah dan mana2 yg rasa ok. Harap2 kalau kengkawan pun ada petua yg boleh dikongsi jomlah kita sama2 mengumpul petua lakkk... Ok tuk first n3 ni nak letak petua kecantikan....
Atasi perut buncit: Caranya potong sebiji epal hijau, kisar bersama air sejuk hingga halus. Minum air tu tanpa ditapis. Amalkan petua ini setiap pagi dan sebelum tidur. Selain mengatasi masalah perut buncit ia juga mujarab dalam membuang toksin dan juga lemak dari badan.
Khasiat jambu batu: Pucuk jambu batu boleh menghaluskan kulit dan awet muda. Caranya dengan mengisar pucuk jambu batu, sapu pada muka seperti memakai mask. Untuk hasil yg cepat lakukan setiap hari.
Melembutkan rambut kasar: Ambil secekak kangkung basuh bersih. Kemudian masukkan sedikit air suam dan ramas sayur hingga mengeluarkan lendir. Ambil lendir itu sapu pada keseluruhan. Biarkan seketika baru dibilas dengan air bersih.
Sumber: Majalah Seri Dewi& Keluarga (SDK) Ogos 2009.

Subscribe to:
Posts (Atom)