rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

Mango Crepe


 
 Assalammualaikummm... pekabar semua, lama tak ngupdate resepi kat blog ni kan... dek tergoda ngan crepe di sana sini... hati berbunga2 nak mencuba, tapi ramai yg wat guna durian, akak memang alah ngan raja buah ni, bau pun leh wat pening apa lagi bila makan memang muntah punya... bukan sombong tapi tekak memang tak boleh terima... maafkan akak yea.. tulah pasal akak guna mangga. Alhamdulillah En Suami belikan mangga yg manis dan sedap, kalau yg masam memang akak makan cicah kicap n gula hehe.
Terima kasih juga wat Hidayah dari Kulai yg sudi bagi link resepi ni kat akak... Resepi akak cnp dari Kongsi  Resepi-from blog Dapur Mamasya, resepinya simple so semua orang boleh try... kalau nak yg lagi terperinci uolss gi blog Azlita- Masam Manis, memang cantik sangat crepenya.. terima kasih kepada semua penyumbang resepi yea...
CREPES
Resepi: Joayee@MYR
oleh:Dapurmamasya

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
3/4 cwn susu segar
1/2 cwn air
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak atau butter cair
1/2 sudu teh garam

Filling:
Whipping cream secukupnya dan buah mangga masak.

Cara-cara
Masuk semua bahan crepe dalam blender, blend sampai rata semua, tapis. perap 30- 1jam (tapi akak perap 15minit je dah tak sabor nak makan hehe)
Panaskan pan leper (guna non stick pan lagi senang) sapu sikit minyak, masak crepe hingga masak, (macam wat dadar gulung). Dah sejuk sapu whip cream yg dah dipukul kental, letak pulak buah mangga n cream lagi, lipat masuk peti sejuk... makan sejuk2 sedap!!!

1


Monday, July 2, 2012

Resepi Tiramisu

 Assalammualaikum dan salam sayang semua... atas permintaan rakan2 n adik2 yang nak menerai wat tiramisu versi KakSu.. nilah resepinya yea... selamat mencuba..
 Resepi Simple Tiramisu Cake
Bahan-bahan 
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (Su ganti 2 sudu teh serbuk nescafe)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara 
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius(oven Su 140 drjh cel)
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis

  1. Cream tuk kek

    • 1 biji sponge kek ( resepi kat atas tulah)
    • 250ml whipping cream
    • 200ml cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
    • 1 sudu makan serbuk nescaf

    Cara-cara

  2. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  3. Satukan gula, cheese dan cream
  4. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  5. Potong kek pada 2 bahagian
  6. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  7. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  9. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan suka hati... selamat mencuba..


Monday, June 25, 2012

Apam Pelangi

 Assalammualaikum dan selamat malam... hari ni jom layan apam pelangi yang sangat gebuzzz ni.. akak copy resepi dari umah Kak Ummi Home Sweet Home nun di Kuantan tu... terima kasih yea Kak Ummi... memang ramai dah menerai apam ni
 APAM PELANGI
Resepi: Ilahjy

Bahan:- 
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna akak guna pink, purple dan kuning.
Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Monday, May 21, 2012

Resepi LASAGNA

 Assalammualaikum dan jumpa lagi... eemm hari ni nak tayang resepi lasagna yg akak buat ni... fevret kami sekeluarga... tapi takleh buat selalu nanti semua naikkk bukan je jarum penimbang naik, tapi tekanan darah pun boleh naik huhu... maklum banyak cheese... tapi memang sedappp resepi ni..perasan lah pulak akak ni kan..tapi kalau tak caya buatlah...hehe... resepi akak sekodeng kat Mr Google dan terjatuh hati ngan resepi dari blog Ana- Cahaya Cinta Ku.. terima kasih banyak yea dik share resepi best ni..pada yg suka lasagna lah kalau tak minat macam emak akak memang dia tak makan hehe... kalau nak tgok step by step gi skodeng blog Cahaya Cinta Ku yea...
Ok jom tengok bahan2nya...
Bahan2 utama ada ialah :

Kepingan lasagna.. akak pun guna yg ini..senang kerja..
 celur jap kulit lasagna ni.. nak kasi lembut cepat bila di masak kang..
Bahan2 utk buat inti daging : tapi akak buat inti daging ayam cincang coz en suami memang tak boleh makan daging.. 
1. sos prego .
2. Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu. Akak tak letak cendawan ni..


3. Daging cincang 400 gram.. akak tukar ayam cincang

4. Serbuk black pepper dan serbuk oregano
5. Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu

6. Keju mozarella
7. Keju parmesan.. ~ takde pun takpe.. aku suka byk keju..
8. Sos cili 1 sudu besar ~ taknak letak pun takpe
9. Garam secukup rasa

Bahan2 utk Sos Putih :
1. 2 sudu besar butter
2. Keju cheddar.. nak lg mudah korang guna je 2 keping keju cheesedale
3. 250 ml susu full krim.. nak guna fresh milk pun boleh
4. 2 sudu besar tepung gandum
5. garam secukup rasa


Cara Membuat inti Daging :

Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. akak guna minyak zaitun.
Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau..
Masukkan pula ayam cincang..
Gaulkan hingga daging berubah kaler..
Kemudian tuang sos prego td.. tuang semua sekali..
Gaul sebati.
Masukkan garam secukup rasa..
Masukkan serbuk oregano..
Masukkan pulak cendawan butang.. akak tak letak pun..
Masukkan sesudu besar sos cili..
Tabur serbuk black pepper
Siappp..!!

Meh buat Sos Putih pulak :
Cairkan butter..
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..
Masukkan susu full krim..
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
Siappp.. sila tutup api..

* Nota : kalau buat double sos putih ni lasagna akan jd lebih sedap... coz lagi byk sos putih lagi sedappp...

Cara Melapis Lasagna :

Ambik loyang yg sesuai..  susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
Taburkan dgn inti ayam td..
Tuangkan sos putih.. lg banjir lg bagus.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulang balik cara yg sama.. suka hati korang le nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur..  tp standart adalah 3 layer aje..
Lasagna yg dah siap di tabur dgn keju.. suka byk2 keju.. terbaikkk..
Masukkan dlm oven..
Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit gak kot.. bergantung pd size oven korang.. guna api atas bwh ye..
Hasil slps di bakar..

Monday, April 16, 2012

Nasi Ayam Penyet TQ Sari Yusa

 Assalammualaikum dan selamat petang semua... lepas makan ni mata rasa kuyuu je... sebelum lena baik ngupdate blog hehe... pepagi tadi selongkar dapur Sariyusa - ALAM SARI tujuannya mencari resepi nasi ayam penyet...bila dah dapat terus balik ke dapur sendirilah... dan memulakan operasi masak memasak... tapi terganggu jap dek letrik mati tiba2 sib baik sejam je...deorang potong dahan pokok rupanya... kalau lama tak masaklah nasi... maklum masak mesti nak guna rice cooker je hehe senang kerja..
Dah lah membebel pulak akak ni... jom tgok resepi ayam dan sambal maid MIL Sari Yusa ni...memang enak bangett... akak mintak izin cnp kat sini yea Sari tq...

Ayam Penyet
(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper. - menda ni akak tak de so ayam akak tak penyek kan pun hehe...
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.

Akak makan ngan nasi ayam dan sup ayam versi akak sendiri, kalau berminat cari resepi kat SINI. Dan kalau nak cara lain boleh tgok kat My Resipi yea... 


 Tempe goreng wajib ada hehe maklum wong jowo kan...

Saturday, March 24, 2012

Kek Padang Bola guna Resepi Red Velvet

 Assalammualaikum dan selamat malam... semalam atas request dari Thaqif & Mira anak buah akak.. nak sangat kek padang bola...eemmm dah lah ada order lain... tapi merajinkan diri jugak membuat kek hijau ni... akak buatkan kek red velvet...sedap sikit kan... resepi dari Nina Suria mcm biasalah yea... resepi pernah akak letak kat N3 yg lepas...dan harini akak cnp lagi... Tapi kek padang bola ni tak lawalah mcm pakar mendeco lain buat, asalkan anak2 suka lepas jugak hajat mereka kan...
 RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu besar je- 
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- 
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - 
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak, tapi tukar ngan fruit cocktail +whipp cream

KRIM:
500 gram krim keju tatura
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan. 
 
 Jom layan pic bebudak ni... Siti Shamiera Farain yg cumeelll



Inilah rupa Red Velvet nya...jap je habis...2kg gak kek ni hehe...

Friday, January 27, 2012

Ayam Goreng Berempah

 Assalammualaikum...ok ini dia resepi ayam goreng berempah yg ditanya oleh Dik Zila kita.. pasnih boleh lah try buat k...nanti akak tinggal cuci tangan tuk makan je...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


Nasi Lemak Hijau

 Assalammualaikum dan selamat bersarapan pagi... pagi ni merajinkan diri memasak nasi lemak kaler hijau ni... biasanya dok membeli je, bila buat sendiri ni bukan je puas dan kenyang makan, yang pasti berpuashati sebab sedappp hehe puji diri sendirilah pulak... Nasi lemak hari ni tak de telur ok, coz stok telur cukup2 tuk wat kek kejap lagi... ni kes malas nak ke kedai... so makan ngan ayam goreng rempah lagi sodappp... tambah pulak sambal tumis ikan bilis, eemmm memang bestlah... Xtly nasi lemak hijau ni akak buat sama je ngan nasi lemak yg biasa2 tuuu just tambah kaler hijauuu jek bagi lain sikit kihkihkih...kaler fevret Thaqif...
Hari ni akak paste resepi nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis, ada masa nanti akak letak resepi ayam goreng rempah nya pulak yea...ada kerja dah menunggu ni tak leh lama2 depan lappy byeee..sampai jumpa lagi...
 Nasi lemak:
Bahan-bahannya
* 4 cwn beras (beras AAA)
* 5 cwn santan -akak guna santan kotak 250ml+air coz tak nak nak lemak sangat nanti pening kepala..
* 1/2 biji bawang besar (hiris)
* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* 1 batang serai - dititik
* garam secukup rasa

* Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :- kalau dalam ais box byk bhn, leh buh semua atas pinggan, tapi akak ada ayam je hehe...
* sambal tumis
* ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
* telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
* timun yg dihiris
* kacang tanah goreng
* dan lain2 ikut selera
Cara-cara
1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Sambal Ikan bilis
bahan-bahannya
 
* 1 cwn cili kering kisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit kunyit hidup
* minyak masak - untuk menumis
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, angkat. pastu tumis  pulak bahan2 yang dikisar hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu, kacau hingga sebati.(biasanya sambal  sedap manis sikit...) masuk ikan bilis yg dah digoreng,
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Sunday, January 22, 2012

Donat Manis & Donat Pedas

 Assalammualaikum dan selamat malam, jumpa lagi... jom layan donat yg lembut gebuuu ni pulak, akak wat tuk minum petang tadi. Selalu sangat bila jalan2 ke Kluang anak2 mesti singgah Big Apple...hurrmmm tapi tak de pulak donat pedas kat situ hahaha... so arini buat jenis donat ada yg versi coklat dan ada yg pedas fevret akak hehe...
Resepi donat sedap dan senang ni akak copy dari dapur yg sangat cantik dan kemas, serta gambor memang kelasss gitu, wat orang teruja nak merasa dan mencuba, tuan empunya blog yg akak maksudkan ni sapa lagi kalau bukan blog Masam Manis kepunyaan Azlita Aziz yg manis...

 DONUT -Azlita Aziz
500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur -
200 ml air

100g magerine / butter -
1 sudu kecil garam



Untuk Hiasan
200g Chocolat masakan - cairkan
100g kepingan Almond  - bakar ita tak letak ita letak chocolat masakan putih dan coklat

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.

 Ini donat versi sambal pedas manis, resepi simple je. Lada kering blend, tumis ngan minyak, cam nak wat sambal tulah... bila dah naik minyak masuk sikit air asam jawa, sikit je nantimasam lak, gula( agak lebih sikit) dan garam. Masak lama sikit biar tak pedas sangat, coz rasanya pedas manis. Bila dah ok rasanya, masuk donat yang dah digoreng tadi, balik2 sampai rata sambalnya, bolehlah dihidang...

Wednesday, January 18, 2012

Sandwich ala2 KenRoRo

 
 Assalammualaikum dan selamat malam, hari ni jom layan sandwich ala2 KenRoRo... awal tahun aritu En Suami celebrate my birthday kat sinunn.. akak memang suka kat sandwich dia tu... babtulah dah order nasi pun order sandwich gak... selalu gak wat sendiri n hari ni pun makan sandwich buatan sendiri ni, maklum kat Mersing lum ada lagi Kenny Rogers Roster ni...entah bila nak ada cawangan kat sini tak taulah... tapi bagus gak tak de kan, kalau tidak mau kering poket kalau selalu makan kat sini hehe...
Buatnya pun senang... guna roti high fiber, daun salad, tomato, timun, ayam panggang racik2, mayonis sandwich, sikit marjerin tuk sapu pada roti.. Pic yg kat atas tu homemade punya sandwich ok...dan yang kat bawah ni Pakcik Kenny punya... sama kan hehe....



 Inilah KakSu homemade sandwich and chicken chop black pepper with mashed potato. Kalau ada yg ingin mencuba wat ayam panggang ni resepi cari kat SINI ok...


Saturday, January 7, 2012

CINNAMON PULL APART BREAD... rupa tak de tapi rasa mantopp!!!

Assalammualaikum dan selamat tahun 2012... lambat menghupdate lah akak ni kan... biasalah bila dah mula naik sekolah ni banyak benda yg nak dibuat.... tapi sebenarnya sebelum naik sekolah aritu memang sibuk tahap gaban ngan order, awal tahun baru tu baru nak mula gunting kain baju sekolah budak2, fuhhh berembas ngan mesin jahit, alhamdulillah sempat jugak angah dan Adik berbaju baru ke sekolah hehe...
Oklah merepek je akak ni kan... hari ni jom layan roti kayu manis yg memang manis n sedap ni... Resepi yg buat akak teruja ni, datangnya dari Dapurku Sayang kepunyaan Dayang yg pakar membuat kek. Terima kasih Dayang akak dah berulang alik ke rumah dayang n terhasillah roti yg sedap ni... tapiiii yg agak sedih sikit, rupa langsunggg outtt... rasa tetap sedap.. Akak mintak izin cnp resepi kat sini pulak yea, senang bila nak buat semula nanti coz roti ni enak bangettt.. Pasnih kena buat betul2 n ukur dulu baru potong hehe, biar tak hodoh macam kat bawah ni...

 CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker (kalau nak tgok step by step klik je kat sini)
source : Shidah, K.Nor, Izah, Noorsha & DayangJack

For the Dough (in BM)

  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) - DJ guna gula perang
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - DJ letak 1/2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown  
 Rupa rotiku yg golappp coz terlebih brown sugar...tapi sedap, karamel gituuu...
 Cara:

  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea
 
 buat cinnamon roll sikit hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails