rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

Ikan bakar dan Sambal Serai

Assalammualaikum dan salam sayang semuaaa...jom, jom, jom... tolong bersihkan sawang kat umah ku ini...bz lah konon tuan rumahnya..hehehe...order kuih adalah jugak sikit2 tapi lebih bz ber fb...
Selamat kembali bekerja dan sekolah semula...cuti 3 hari kannn...dan anak2 pasti sibuk ngan exam minggu ni...moga berjaya semua, next week cuti panjanggg...bestnyaaa....kihkih mama dia yang lebih2..
Ok masuk bab masak dan makan2 pulak, hari ni layan ikan bakar dan ikan goreng cicah sambal serai dan buat udang goreng bijirin...alaaa guna 1 paket butter cereal brand delichef beli kat Cosway..ooopppss bukan beli tapi Cikgu Shida yang bagi hehe...thanks Kak Shida.. udang ni ikut jer cara yang ada kat pek tu..mesti jadi punyaaa...sedappp n senang..Jom tengok resepi sambal serai kami tengahari tadi..

Sambal Serai

Bahan2nya

sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar cili kering blend (nak pedas tambah lagi)
4 biji cili padi
4 batang serai
air asam jawa, gula pasir, garam

Cara membuatnya:
Blend semua bawang, halia dan serai. Panaskan minyak tumis semua bahan yg sudah di kisar sampai garing (coz bila dikisar banyak airkan). Masukkan cili kering yg sudah dikisar gaul sehingga rata dan masak sampai pecah minyak. Masuk air asam jawa, gula dan garam. Bila dah cukup rasa boleh matikian api dan angkatlah..
Sesuai utk pelbagai jenis ikan dan ianya hendaklah di panggang menggunakan daun pisang.
Letakkan sambal ikan tadi diatas badan ikan yg sudah dipanggang dan perahkan sebiji limau kasturi.

Tuesday, May 25, 2010

Ayam Masak Kurma versi Pedas

Salam dan selamat malam semua...mesti dah beres semua kerja2 rumah yang biasa kita buat...tapi kerja kat umah mana pernah habis dari bangun tidur sampailah nak tidur pun ada kerja yang kena buat kihkihkih...itulah orang perempuan...
Dah2x tak nak melalut...hari ni wat ayam masak kurma tapi versi pedas...coz kat umah ni kalau tak pedas tak berapa laku pulak lauk tu..

Ayam masak kurma pedas

Bahan2nya

  • 500 gm ayam di potong sederhana besar
  • sekotak santan(kecik jer)
  • 8-10 biji cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • rempah tumis sikit
  • 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
  • 2 biji kentang besar
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 1 sudu makan kerisik
  • garam, gula, air asam jawa dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

  1. Bawang besar , b.putih, cili api dan halia ditumbuk atau blend jer. Tumiskan atas dapur bersama rempah tumis sehingga berwarna kekuningan.
  2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam sebati dengan rempah, masuk air sikit supaya tak hangit.
  3. Gunakan api sederhana dan biarkan ayam empuk sikit, kemudian masukkan kentang.
  4. Setelah kentang hampir empuk masukkan pula santan, bawang besar yg dibelah empat, garam &gula ajinomoto, dan air asam jawa.
  5. Kemudian masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Wednesday, March 10, 2010

Darah naikk???ooohhhh tidakkk...

Berjumpa lagi dimalam yang panasss ni... tapi syukurlah tengahari tadi hujan walau sekejap tapi lebat dan membasahkan pokok2 yang kekeringan ewahhh...macam nak wat novel lah pulak..
Dah seminggu ni kepala asyik sakit jek, tapi biasalah memang selalu pun sakit kepala, telan ubat ok, pastu sakit balik. HB tak puas hati so petang tadi terpaksa Su ikut dia ke klinik, bila check-up bp oooopppsss 172/114, doc tu pun cakap macam2.... bagi ubat...aahhh kenalah makan ubat darah tinggi tu tiap pagi... tak pelah pandai2lah Su jaga makan nanti, last year kena gak, tapi tak perlu makan ubat, tapi kali ni kenalah pulak...
Hari ni kita share resepi sambal udang pulak...Sambal udang
500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
minyak masak - untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
garam dan gula secukup rasa(gula pasir dan gula merah sedikit)
1 sudu besar kicap
2 biji tomata( suka hatilah nak buh ke tak hehe)
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda *
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat. Angkat ketepikan dulu.
  3. Tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga kering air coz kita blend kan ada air sikit bawang2 tu, baru masuk lada kisar, kacau hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan tomato kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails