rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Terima kasih NIEZA...


Selamat malam... jumpa lagi, hari ni dapat kiriman kad dari jauh... nun di Findland sana.. dari Nieza - Our Journey Begins- Terima kasih banyak2 ye coz sudi berkawan ngan akak ni...moga persahabatan maya kita berterusan insyaAllah... semoga tabah dan bahagia selalu di perantauan..

Award dari Kak Noorsafone


Selamat petang semua... dapat jemputan tuk amik award dari kak NOORSAFONE, so singgah amik dan tayang kat blog Su pulak, terima kasih kak, moga persahabatan maya kita berkekalan dan dapat terus berkongsi ilmu dan resipi insyaAllah...
Dan satu lagi award yg dah peram beberapa hari ni pun dari Kak Noorsafone jugak, terima kasih banyak2 kak...sayang akak...

Monday, May 10, 2010

Kad ucapan lagi...


Salam dan jumpa lagi... hari ni masih n3 kad ucapan hari ibu lagi, ini kad dari Nadia dan Izz Thaqif, biasalah budak2 kecik ni suka buat sendiri...dan kita sebagai mama ni kenalah berbangga ngan hasil kerja anak2 kita, walau apa pun hasilnya...sayang anak2 mama... muaaahhh...


Kad yang cantik cute ni dapat dari Izah Daut/Izah Muffin, thanksss..moga kita semua menjadi ibu terbaik.

Sunday, May 9, 2010

Terima kasih semua...

Salam jumpa lagi, selamat menyambut hari ibu, hari ni baru sempat jenjalan ke rumah kengkawan, tak sangka ada yang sudi mengirim kad sempena hari ibu, pastinya kad2 dan bunga2 ini cukup cantik dan sweet2 belaka...thanksss semua... dengan berbesar hati dan rasa gembira Su gantung kat bawah ni...

Kad dari inahar

Kad ucapan dari azatie

Kad ucapan dari Yatie US

Kad ucapan dari Along Roz

Tuesday, May 4, 2010

Sweet Award dari Lieya

Salam jumpa lagi...dah beberapa hari award cantik ni tersimpan, hehe lupa nak n3 sorry sesangat yer mamamya /lieya.. cantik tul apron pink ni terima kasih banyak2 ye lieya...sayang pulak nak guna, biar akak gantung jerlah kat dapur tu..kihkih..akak ni pun bukan pandai sangat memasak cuma suka mencuba, dan yang bagusnya berblog ni resepi kebanyakkannya telah diuji didapur2 chef blogger lain...confirm jadi punya hehe...
dah dapat award ni ada tugas rupanya...tak pelah akak jawab jelah apa yang ditanya..
3 jenis lauk pauk yang suka dimasak

i - masak lemak cili api
ii - tomyam
iii - ayam masak merah/tomato

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat

i - aiskrim wat sendiri
ii - puding trifle
iii - puding kuah wif fruit coktail

3 jenis biskut kegemaran time raya

i - cip coklat
ii - almond london
iii - snow oat

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak

Kak anis
Wanieyra
Mamasyipah

Sunday, May 2, 2010

Award dari Izah Muffin

Hari ni dok mengangkut award yang tertunggak lagi... yang ni dari Izah Daut/Izah Muffin yang selalu wat muffin yang cantik2 dan menyelerakan...thanks coz bagi akak award yang sungguh cantik dan bermakna ni...moga persahabatan kita berkekalan yer...

Award dari Yatie lagi!!!

Award ni dah tertunggak beberapa hari... di kirim oleh sahabat maya baru dikenali tapi mesra dan rasa macam dah lama kenal iaitu Noorhayati Ramlan atau nama glamernya Yatie US. Thanks yatie...moga persahabatan ini berkekalan bukan jer di blog dan fb tapi bila balik Johor nanti yer...


1) Siapakah kawan baik anda?
-Ramai kawan baik, tapi yang paling baik dan akrab walau dah terpisah ialah Nora yang berada di Endau.

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
-KENANGAN MANIS
- Kami sama2 punya 3 orang anak, anak ke2 dan ke3 sama umur.
- Bukan kami beredua jer yang akrab, tapi suami pun sama akrab..seronok bila jumpa.
- Yang tak disangka kami boleh order kereta sama jenis dan colour, memang tak rancang bila kereta sampai (keta kami cepat sebulan) semua sama cuma flat jer lain. fuhh macam sehati pulak hehe...

-KENANGAN PAHIT
- Berpisah kerana dia berpindah ke Endau



3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya??
- Rindunya...bila kita nak jumpa lagi lepas ni..

4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- Kak anis
- Izzah Daut/Izzah Muffin
- E-na Zarina/E-na Japan

Thursday, April 29, 2010

Award dari Yatie dan MJ pulak!!!

Salam jumpa lagi...hari ni terima award lagi...aaahhhh terasa gumbira dan berbunga hati ini sebab ada jer kengkawan yang sudi mengirim award dialam maya ni...terasa kehadiran selama 5 bulan berblogging ni diterima.. rasa terharu hati ni...moga ikatan persahabatan maya ini berterusan dan jika ada izin Nya kita bertemu dialam nyata pulak. Dengan berbesar hati award ni diterima dan berbanyak terima kasih kepada Yatie dan MJ..tapi award ni ada syarat2nya..ok kita tengok kat bawah ni syarat2nya...


1. Thank and link the person that give you the award
- Terima kasih banyak yatie US dan MJ yang mengurniakan award nih....

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

1- Kak Anis - Anis's Diary, tau akak dah dapat award ni..tapi ni ikhlas dari Su pulak!
2- Hana Jepun - Hana's Family
3-Har Kuantan - Har Home Deco -
4-fmina08 my simple life
5- Suri Sarawak- Home Made Cake
6- mamasyipah-
7- D- NMY-House Of Satay
8- Rosaliza - Embun kasih tercinta
9- Hamsini - Warna-warna duniaku
10- Nur- liana mamadaniel

3. Contact said blogs and let them know they've won this award
- OK....akan di beritahu...

4. State 7 things about yourself

1- Suka mencuba resepi baru terutama yang dah dicuba rakan2 bloger lain..
2- Suka mendengar radio dan muzik
3- Suka kalau ada kawan2 yang bertandang ke rumah, boleh masak, makan2 n borak2.
4- Suka berkawan dengan sesiapa sahaja( yg ikhlas)
5- Suka kumpul majalah yang ada kaitan dengan resepi dan hiasan rumah
6- Tidak suka orang yang suka mengungkit dan cakap ikut suka jer..so fikir sebelum cakap.
7- Mudah simpati tapi bila hati disakiti payah nak memaafkan..

Oklah dah siap tugasan yg di beri. Harap kawan2 yg namanya tertera di atas sudilah terima award ini bersama tugasan sekali. Kalau nama di atas pernah di Tag dngn tugasan ini, abaikan saja. Tiada paksaan di sini. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Monday, April 26, 2010

Award dan tag lagiii!!!

Friendship Award dan Tag Dari Yatie US dan Wanieyra

1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
- Ok dah buat seperti yg di minta...

2)BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
-Dari sahabat maya yang jauh di mata tapi dekat di hati Yatie nun di US dan UmmiAfaf/wanieyra di KL. dapat serentak...so sekalikanlah ye..

3)TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....
-Ok cuba jawab sebaik mungkin...

4)FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....
- Suhana -panggilan kat klinik/bank hehe nama betullah tu...
- Ana - nama panggilan kaum keluarga
- Kak Su - nama yang member2 sekolah dan member blog panggil
- Ucu Ana - nama ni anak2 sedara belah suami panggil.
- Mama - nama panggilan dari anak2

5)FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
- 18 MAY - My Anniversary
- 1 Jan- Tarikh lahirku
- 6 May - Tarikh lahir suamiku (dah dekat dah ni kihkih..apa nak bagi ni....)
- T.L anak2 - M. Akmal Rafie 12/10/93, Nadiah Shahirah 1/3/97, M. Izz Thaqif 3/3/03
- T.Lahir mak ngan abah pun tak lupa, mertua dah tak de.

6)FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
- Mengemas rumah, cuci baju, cuci toilet
- Masak tuk makan pagi, tengahari, malam
- siapkan order kuih
- petang semalam pegi shooping barang dapur.
- malam jalan2 blog kengkawan n ber FB

7)FIVE WAYS TO BE HAPPY....
- Bila try menu baru... menjadi dan sedap pulak..
- sembang ngan member2 lama masa sekolah dulu di FB
- sembang ngan semua ahli keluarga sambil makan2 - memang riuh rendah kan...
- bila hb ingat tarikh2 penting dan bagi pulak present hihi
- dapat update blog dan jalan2 kat blog kawan2

8)FIVE FAVOURITE MOVIES...
-Tak pernah tengok movie kat panggung pun..Mersing tak de panggung kihkih..tapi suka layan dvd gak, terutama citer Korea dan Filipina

6 - FIVE FAVOURITE HOBBIES....
- Memasak
- Berblogging
- Cuba resepi baru
- Dengar radio
- Suka kumpul fridge magnet (hobi baru ni ..)

7 - FIVE FAVOURITE PEOPLE....
- Suami dan anak2
- Mak dan Ayah
- Adik beradik
- Saudara mara
- Teman2 yg nyata ataupun di alam maya

8 - FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
- Pulau Jeju kat Korea...(pengaruh citer Korea n i...) kihkih tak mana sampainya...
- tepi pantai..leh tengok matahari terbenam...
- Cameron Highland
- Langkawi
- Sabah

9 - FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY....
- Sebab dah kena Tag oleh Yatie dan Wanie
- Suka nak buat coz ada jugak kawan yang ingat nak bagi award kat kita yang masih baru ni kan...
- Sedikit sebanyak membantu memperkenalkan diri pd kawan2
- Dah jadi tradisi bila orang memberi kita menerima...
- Lepas ni boleh tag kawan2 yg lain...for fun

10 - FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
- Kak Ummi Kuantan
- Chik Mimi
-Inahar (rasanya dah dapat takpe ni dari Ucu yer....)
-Madihah
-AlongRoz
Selesai pun asigment ku ini...wahai Yatie dan Wanie..moga makin kenal dengan akak yang kat kampung ni yer...hehe kampung jangan dilupa tau...
Oklah pada yang namanya tercalon tu harap2 sudilah terima award ala2 ABP ni...dan jangan lupa tag nya sekali yer...thanks....

Friday, April 23, 2010

Award lagi!!! Tq Azatie

Salam jumpa lagi, hari ni nak tepek award dari Azatie nun di Perak. Terima kasih sudi kongsi munger yang cantik digubah tu... moga persahabatan maya kita berkekalan insyaallah...

Wednesday, April 21, 2010

Award bunga2 dari E-na


Salam jumpa lagi... baru balik dari Jepun ni....lambat sikit E-na, flight delay cuaca buruk wakaka.. tapi dapat gak ngangkut award yang cantik berbunga ni, terima kasih E-na moga persahabatan maya kita berpanjangan.... ooo itu tarikh tunang yer... akak pun tak pernah terfikir nak sambut hari tunang, tapi sib baik tarikh tunang tu sama tarikh lahir anak sulung so tiap tahun dirai jugaklah tarikh 12 oktober...akak tunang 1990 anak akak lahir 1993...fuhhhh lama dah berlalu rupanya...rasa macam baru lah kihkih...

Tuesday, April 6, 2010

Award dari Nenek

Salam jumpa lagi... hari ni just nak n3 award berharga dari nenek Mayang Sari... terima kasih banyak2 yer nenek atas ingatan dan tanda persahabatan maya kita... Masa jadi pengantin dulu pun tak pakai tiara secantik ni... pehhh tak dapat pegang dapat tengok jadilah...at least ada jugak yg bagi kihkih... nanti Su nak bagi kat kawan2 lain pulak biar raya nanti kita pakat ramai2 pakai tiara ni... nak tak???

Tuesday, March 30, 2010

Award Dari Yatie di US



Salam.... hari ni bukan nak tayang award tapi dah ada yang sudi memberi Su lagilah berbesar hati menerimanya... Itu tanda persahabatan semakin erat terjalin. Award ni dari jauh Su dapat tapi terasa dekat di hati apatah lagi bila kami selalu sembang2 di fb. Nak tau siapa gerangan si cantik manis ni hehe... tentunya Yatie - Sinar Kehidupan yang berada di Baton Rouge, Louisiana, US.
Terima kasih bagi akak award... rasa macam tak layak dapat award coz akak ni baru jer berblog dan banyak benda yang tak tau pun... sebelum ni ada award yang tak pandai pun nak angkut ke blog ni hehe sorrylah pada yang memberi tu... tapi berbanyak terima kasih, itu tandanya kehadiran Su diarena blog ni diterima.

Oklah pas ni kengkawan lain terimalah pulak award ni yer... moga kita semua dapat berkongsi award yang memang milik semua bloger kan... Sudi2kan angkut yer... sebagai ingatan dan tanda persahabatan kita di sini...

Award dari Suri Sarawak

Salam berjumpa lagi. Seronoknya Su dapat award dari Suri Sarawak yang pakar buat kek tu... Su pun selalu bertanya dan sentiasa mendapat jawapan darinya. Seronok dapat kenal dengan Suri Sarawak dan dapat bertukar pendapat dan berkongsi resepi kat sini. Anyway thanks Suri ingat Kak Su... tu yang hantar award ni kan... moga kita boleh terus bersahabat. Kengkawan lain gi lah kenal2 ngan suri pulak yer... mesti ramai yang dah kenal ni...

Thursday, March 11, 2010

HONEST SCRAP AWARD FROM INAHAR


The award came with request to share 10 honest truths about me:

Salam jumpa lagi, kepala ni masih gayang lagi tapi mana boleh nak baring jer kann.. hari ni tak de menu nak tepek, so cubalah wat homework dari inahar nih... thanks ina coz bagi award ni..
Nilah 10 fakta diri sendiri...

1. Seorang yang pemalu bila lom kenal, bila dah kenal boleh sembang berjam-jam..
2. Cepat panik dan senang cakap trauma bila dengar bunyi fon malam2 buta(1-5pagi) coz biasanya bila dapat call time2 ni mesti ada berita tak baik, dan bila dah terjaga tu payah nak tidur semula.
3. Tak suka tengok rumah berselerak...hehe yang jadi mangsa anak2lah kena bebel bila ambil barang tak letak semula ke tempat asal.
4. Suka sangat memasak dan mencuba resepi baru terutama sejak berblog ni, banyak tul menu2 yang kengkawan buat dan kalau boleh kita pun mesti cuba jugak.
5. Bila dah masak mesti nak rasakannn... tapi takut sangat 'gemuk' hahaha dan sibuklah nak kuruskan badan... kononnya... tapi susahnya nak kuruskan badan... coz nak makan jek...
6. Hari2 kena surf internet kalau tak jengah fb ngan blog macam ada yang tak kena hehehe..
7. Artis paling diminati, ramai..tapi paling suka Faizal Tahir n Anuar Zain.
8. Suka kolek benda2 comel dan cantik tak kira apa pun, tapi sekarang minat baru pulak... fridge magnet(fm).
9. Tak pernah lupa tarikh2 penting terutama birthday hb n anak2, juga semua tarikh yang ada maknalah...mesti diraikan walau sekadar ucapan atau makan2 kihkih.
10. Suka keluar jalan2, shooping2, dok tepi pantai, pantang ada cuti mesti nak kuar rumah, coz kerja kita hari2 dok kat umah ngadap dapur hahaha, bila cuti naklah bersantai..

Ok dah siap punnn, award ni kenalah share ngan kawan2 lain kan... kali ni Su kena pilih 10 orang jugaklah...jawab jangan tak jawabbb sape yang kena tu ye...

yatie us
Eiba
Sheila-NShafea duniaku
Kak Anis- Anis Diary
CT Naemah Paka
Ita Muar- teman info&resepi
Zana BP- Inspirasiku
Mama Miraki
Ika Thai- Arah
Kak Chik- keluargaku sayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails