rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Friday, January 29, 2010

Petua kecantikkan

Cantikkan kuku dengan limau nipis: Belah sebiji limau nipis dan gosok pada kuku. Biarkan kering kemudian dibilas dengan air. Lakukan selang dua minggu. Hasilnya kuku bukan saje sihat bersinar dan cantik malah juga berwarna putih kemerahan.

Serbuk teh melembutkan kulit muka: Selepas meminum airnya, jangan dibuang serbuk teh itu, sebaliknya sapukan pada wajah. Biarkan selama lima minit kemudian dibilas dengan air suam. Hasilnya kulit wajah anda lebih licin dan lembut.

Hilangkan bau ketiak: Salah satu petuanya ialah ambil beberapa helai jambu batu yang muda dan segenggam beras yang disangan atau goreng tanpa minyak. Tumbuk halus dan sapulah pada bahagian yang bermasalah terutama ketiak, lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan hilang. Satu lagi cara gosok ketiak dengan daun sireh sebelum mandi, kemudian mandi seperti biasa.

Jerawat tidak berparut: Jerawat yang baru tumbuh pasti merisaukan, cubalah petua ini. Caranya ialah dengan mengambil sedikit tepung kanji dan putih telur. Larutkan dan sapu pada jerawat yang baru hendak tumbuh. Nescaya jerawat itu akan hilang dan tidak meninggalkan kesan dan parut. Jika boleh jadikan sebagai 'masker' dan lakukan dua kali dalam seminggu kerana ia juga boleh membantu kulit menjadi lebih bersih dan licin. Selamat mencuba!!!

Sumber majalah SDK September 2008

3 comments:

  1. Cubalah guna deeja... su just salin dari majalah je.

    ReplyDelete
  2. petua yang best..nanti kak su singgahla blog ya..mungkin dalam waktu yang terdekat ni akan diadakan contest bulanan untuk petua tradisional yang terbaik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails