Selamat membaca dan mencuba petua hari ni....
Bubur kacang lebih enak: Biasanya kita menggunakan daun pandan untuk menambahkan keenakan dan haruman bubur kacang. Apa kata kali ini, sebelum merendam kacang hijau, goreng tanpa minyak dengan api sederhana selama 3-5 minit. Selepas itu, barulah direndam dan direbus. Anda pasti akan mendapat hasilnya lebih menyelerakan.
Elak ayam atau ikan melekat di kuali semasa menggoreng: Masukkan asam keping atau asam gelugur ke dalam minyak panas sebelum masukkan ayam atau ikan. InsyaAllah percikkan minyak boleh diatasi dan ayam atau ikan mudah dibalik-balikkan.
Bawang goreng tahan lama: Hiris bawang merah bersaiz kecil, kemudian gaulkan sedikit garam sehingga rata barulah digoreng. Bila agak kekuningan, matikan api dan kacau bawang goreng tadi hingga berubah warna kepada kuning keemasan baru diangkat. Toskan dan simpan ditempat yang kedap.
Sumber majalah SDK NOV 2002
rakan2 blog
klik-klik lah yea!!!!
Showing posts with label Petua dapur. Show all posts

Thursday, February 11, 2010
Tuesday, February 9, 2010
Petua dapur
Petua di dapur tuk dikongsi hari ini.
Sayur layu kembali segar: Rendamkan sayur-sayuran tersebut di dalam bekas berisi air yang dicampur dengan cuka dan biarkan seketika. Bukan sahaja akan menyegarkan sayur berkenaan, bahkan juga segala kotoran yang terlekat akan turut hilang.
Cengkih mengharumkan dapur anda: Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di dapur anda, rebus beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka, kemudian sembur atau lapkan disekitar kabinet, jubin dan dapur anda. Ia bukan sahaja berkesan menghilangkan bau hanyir malah bau lain yang juga tidak menyenangkan.
Elak jemput2 jadi keras: Salah satu untuk melembutkan jemput2 dengan membancuh tepung dengan menggunakan air panas dan campurkan sedikit minyak panas. Hasilnya pasti jemput2 anda menjadi lebih lembut dan enak.
Sumber majalah SDK Nov 2003

Labels:
Petua dapur
Wednesday, February 3, 2010
Petua dapur.
Hilangkan hanyir peti sejuk: Jika kita menyimpan ayam, daging dan ikan dalam peti sejuk, pasti akan timbul bau hanyir yang kurang enak. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku hiris limau nipis atau limau kasturi dan susun jer di tempat simpanan ayam tadi, insya-Allah peti sejuk tak berbau lagi. Satu lagi petua dengan meletakkan arang masak ke dalam peti sejuk.
Menghilangkan bau cili di pengisar: Bila kita sering menggunakan pengisar untuk mengisar cili, sudah pasti bau pengisar menjadi kurang enak. Cara mudah untuk mengatasinya, ambil dua atau tiga asam keping, masuk dalam pengisar, isi sikit air, kisar. Bau tu akan hilang.
Memudahkan bawang putih dikupas: Masukkan bawang putih ke dalam sebuah mangkuk berisi air suam. Rendam seketika barulah dikupas, insya-Allah mudah mengupasnya.
Kerang mudah dikopek: Basuh kerang sehingga bersih. Masuk dalam periuk, rebus kerang dengan mencampur sedikit minyak masak, bila cengkerangnya sudah terbuka boleh ditutup api. Biarkan sejuk dan kopeklah isinya.
Selamat mencuba. Sumber majalah Rasa Dis2008 dan Rasa Jan 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)