rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius
Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Tomyam Campur dan Carrot Susu

Salam malam jumaat.... moga beroleh keberkatanNya, insyaAllah. Cuaca di Mersing panas betul sekarang ni, sampai air pun nak dicatu. Syukurlah Felda Nitar ada loji air sendiri, kalau harap air dari Loji Congok maunya tak sampai air kat Nitar ni..
Hari ni Mr HB meeting kat Kluang, so tak makan tengahari kat umah, Su pun masaklah tomyam campur yang banyak udang gitu...(kalau Mr HB ada kesian... takut dia makan terlebih nanti gout la) anak2 bersukan kat sekolah, cuaca panas memang 'seger' makan lauk camni, laju jelah budak2 tu hirup kuah tomyam. Izz Thaqif memang tak suka tomyam, jadi lauk sampingan mestilah goreng ayam dan telur dadar. Pas tu buat carrot susu... ok semua pun dah dibereskan oleh anak2... esok nak masak apalah pulak, hari2 kena fikir tapi syukurlah Mr Hb dan anak2 tak pernah komplen semua sedap jer hehehe...
Tomyam ni just guna perencah segera adabi jekk.. paling senang masak tomyam kan... campak2 jer siap tuk dimakan... Oklah jumpa lagi esok, salammmm....

panas2 minum air carrot susu ni memang sedapppp...sejuk je tekak...

Saturday, February 13, 2010

Laksa Johor

Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina pada teman2 yang menyambutnya. Mesti ada yang pergi bercuti atau balik ke kampung, semoga semua berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya.Hari ni nak n3 laksa johor yang sedap dan fofuler kat johorlah. Tapi ini bukan Su yang buat so tak dapat nak share resepi. Tau gak nak wat tapi tahap kemalasan tu tahap gabann so bila ada yang memberi kita merasalah. Laksa ni Kak Shida (Cg Rashidah SK nitar 1) yang bagi, dia ni memang pakar masak kat sekolah ni... terima kasih bebanyak kak, kalau buat hantarlah lagi hahaha.

Sabtu semalam ada dua jemputan, pas gi pengantin di Nitar ke Mersing lak belah petangnya ada majlis di rumah Cg Saiful Afandi, makan dan makan lagi kihkih. Biasalah bila cuti ni banyak majlis kan... ptg ni pulak (Ahad) dan esok Isnin ada majlis yassinan... makan lagiii... tak gi mesti tak sedap hati coz jiran2 so layan jelahhh....

Saturday, January 30, 2010

Makan keropok jommm.

Selamat bercuti semua..... cuti Thaipusam kan, tapi belah2 Kelantan , Terengganu cuti tak ek? Kat KL lagi best Isnin pun cuti kan? Oklah cuti ke tidak, kerja kat dapur mana ada cuti hehe perut tetap mau diisi bukkk!!! Semalam ke pasar tani beli keperluan dapur dan beli sekali keropok lekor ngan yang kering. Kat rumah ni kalau keropok budak2 tak pernah jemu, so petang tadi dok goreng keropok je. Layanlah pics ni yea...kalau teringin tu cari jelah kat pasar kihkih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails