Assalammualaikum dan salam sayang wat teman2 yang sudi menjengah umah yang dah lama tak diurus ni...terima kasih kerana masih ada yang berkunjung... hari ni just nak tepek resepi triffle atas permintaan member yang belum jumpa resepi ni...hehe ada permintaan ni..so tunaikanlah... moga berpuashati...
Puding Trifle
Bahan2nya
Segulung kek swiss roll
Sekotak Serbuk Jeli segera (Su pakai brand NONA) - perisa ikut suka
1 tin Susu Cair
1 tin Air
1 tin Buah Koktail - asingkan buah dan airnya(Su guna laici jer)
7 sudu besar Gula - kalu nk kurangkan pon x kisah
6 sudu besar Tepung Kastad
1 sudu teh Esen Vanilla
Potong kek swiss roll dan susun dlm loyang atau bekas yg sesuai. Curahkan air buah koktail (sikit jer just nak lembabkan kek) ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan..
Masukkan susu cair+air dan gula dlm periuk dan masak hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Bancuh tepung kastad bersama sedikit air. Then, perlahankan api periuk dan masukkan cepat2 bancuhan tepung kastad tadi. Perlu sentiasa di kacau supaya adunan kastad tak berketul. Kacau lebih kurang 15-20 minit.
Tutup api dan terus curahkan atas adunan swiss roll tadi. Taburkan buah koktail. Sejukkan sekejap. Sementara tu bancuh Serbuk Jeli Segera dgn air yg betol2 panas. (sukatan ikut sama mcm pd kotak-kalu x silap 400ml air). Kacau hingga serbuk jeli hancur dan terus curahkan atas lapisan kastad perlahan-lahan.
Sejukkan.
Salam rindu kak,hari2 kita jenguk dapur akak.terima kasih sudi kongsi resepi puding,insyaALLAH cukup bhn2nya kita akn cuba..
ReplyDelete