Selamat membaca dan mencuba petua hari ni....
Bubur kacang lebih enak: Biasanya kita menggunakan daun pandan untuk menambahkan keenakan dan haruman bubur kacang. Apa kata kali ini, sebelum merendam kacang hijau, goreng tanpa minyak dengan api sederhana selama 3-5 minit. Selepas itu, barulah direndam dan direbus. Anda pasti akan mendapat hasilnya lebih menyelerakan.
Elak ayam atau ikan melekat di kuali semasa menggoreng: Masukkan asam keping atau asam gelugur ke dalam minyak panas sebelum masukkan ayam atau ikan. InsyaAllah percikkan minyak boleh diatasi dan ayam atau ikan mudah dibalik-balikkan.
Bawang goreng tahan lama: Hiris bawang merah bersaiz kecil, kemudian gaulkan sedikit garam sehingga rata barulah digoreng. Bila agak kekuningan, matikan api dan kacau bawang goreng tadi hingga berubah warna kepada kuning keemasan baru diangkat. Toskan dan simpan ditempat yang kedap.
Sumber majalah SDK NOV 2002
salam kaksu.
ReplyDeletepetua yg lain dah biasa buat kecuali yang pertama tu.
lepas ni nak cuba tiru la. nak lihat perbezaan bubur kacang tu.
p/s: malam ni dapat klik xpax utk kaksu
Salam Kak Sue..
ReplyDeletesaya pun suka sangrai dulu kacang hijau tu...Boleh bangkitkan bau wangi tuk bubur jugaaa
wsalam kakchik... trylah, macam nenie cakap tu.. bangkitkan bau wangi... tq klik2... sama2lah kita...
ReplyDeletewsalam nenie.. wah dah biasa buat ek petua tu... ada bukti keberhasilannya ni hehehe tqvm.