rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Wednesday, February 3, 2010

Petua dapur.

Hilangkan hanyir peti sejuk: Jika kita menyimpan ayam, daging dan ikan dalam peti sejuk, pasti akan timbul bau hanyir yang kurang enak. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku hiris limau nipis atau limau kasturi dan susun jer di tempat simpanan ayam tadi, insya-Allah peti sejuk tak berbau lagi. Satu lagi petua dengan meletakkan arang masak ke dalam peti sejuk.

Menghilangkan bau cili di pengisar: Bila kita sering menggunakan pengisar untuk mengisar cili, sudah pasti bau pengisar menjadi kurang enak. Cara mudah untuk mengatasinya, ambil dua atau tiga asam keping, masuk dalam pengisar, isi sikit air, kisar. Bau tu akan hilang.

Memudahkan bawang putih dikupas: Masukkan bawang putih ke dalam sebuah mangkuk berisi air suam. Rendam seketika barulah dikupas, insya-Allah mudah mengupasnya.

Kerang mudah dikopek: Basuh kerang sehingga bersih. Masuk dalam periuk, rebus kerang dengan mencampur sedikit minyak masak, bila cengkerangnya sudah terbuka boleh ditutup api. Biarkan sejuk dan kopeklah isinya.

Selamat mencuba. Sumber majalah Rasa Dis2008 dan Rasa Jan 2009

2 comments:

  1. salam kaksu.

    kakchik pun ada baca petua ni sebab melanggan majalah Rasa. tapi kan... time rajin dan ingat, kakchik buat, tapi byk masa yg terlupa dan tak buat, hehe. sib baik peti ais kita barang tak banyak

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam kakchik,
    samalah kita, kekadang ingat kadang tu lupa memanjang... tapi sekurang-kurangnya kita tau petua ni hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails