rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Thursday, July 19, 2012

Selamat menyambut Ramadhan


 Assalammualaikum dan selamat menyambut kedatangan bulan yg mulia Ramadhan Al mubarak... semoga diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan kewajipan... tapi minggu ni start my laling pastu anak daraku Nadia, dan arini akak sendiri selsema, demam n batuk... mmg agak risau gak tapi hanya doa yg mampu dipohon agar kami sekeluarga sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat rahmat darimu jua Ya Allah... Sempena kedatangan ramadhan ni akak sekeluarga ingin memohon maaf diatas apa jua keterlanjuran kata atau salah silap yg sengaja atau tidak yea... dan kepada semua yg pernah berurus niaga ngan akak halalkan yg terlebih terkurang yea...
N3 hari ni last b4 puasa... bila puasa ni akak memang agak sibuk so rasanya nak stop sementara menghupdate blog... harap2 kalau ada kengkawan or costumer yg nak mengorder just msg or call akak -  019-7387452... Selamat berpuasa untuk semua, sampai berjumpa lagi insyaallah...

Red velvet cake n cream puff order by Cg Farhana MRSM Mersing tqvm...

 Marble shortbread cookies
 mmg banyak gak wat marble shortbread cookies ni tapi lupa sape yg order... apa2 pun jutaan terima kasih dari akak...

 Frambozen kenari dan marble shortbread cookies order by Kak Alawiah... tqvm kak, menyokong bisnes kecik2 kami ni... 



 Marble cheese brownies order by Hidayah SK Seri Mersing
 Cream puff order by Hidayah juga..
 marble cheese brownies order by Rafidah SMK Mersing...tqvm dik
 Marble cheese brownies dan tiramisu (tak sempat amik gabo hehe) order by Assma dr Mersing, tqvm..
 frambozen kenari dan marble shortbread cookies order by Sha, tqvm dik...

 Fruit cocktail cake tuk Blok 6A Nitar 1.
 FCC n tiramisu cake order by Ustaz Ruzlan SK Nitar 1, tqvm...

 biskut semperit pun ada... yg ni request dari Mira...


 FCC dan tiramisu cake order by Cg Zul Helmi SMK Nitar, tqvm..
 FCC order by tokey Teluk Gorek Chalet Cg Rohana, tqvm... 
 Biskut cip coklat order by Cg Sharipah SMK Nitar, tqvm... lagi 2 balang lum siap sorry lewat sikit yea cikgu... nway tqvm...

Sunday, July 8, 2012

Order

 Marble cheese brownies daan carrot cake
 Marble cheese brownies ni akak bawa balik kampung... Parit Terus Seri Medan Batu Pahat..
 Carrot cake tanpa cream ni nak ke Bandar Penawar tu pasal tak bersolek tebal2 takut cair hehe... tqvm Idah yg mengorder.. 


Monday, July 2, 2012

Resepi Tiramisu

 Assalammualaikum dan salam sayang semua... atas permintaan rakan2 n adik2 yang nak menerai wat tiramisu versi KakSu.. nilah resepinya yea... selamat mencuba..
 Resepi Simple Tiramisu Cake
Bahan-bahan 
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (Su ganti 2 sudu teh serbuk nescafe)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara 
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius(oven Su 140 drjh cel)
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis

  1. Cream tuk kek

    • 1 biji sponge kek ( resepi kat atas tulah)
    • 250ml whipping cream
    • 200ml cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
    • 1 sudu makan serbuk nescaf

    Cara-cara

  2. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  3. Satukan gula, cheese dan cream
  4. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  5. Potong kek pada 2 bahagian
  6. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  7. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  9. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan suka hati... selamat mencuba..


Sunday, July 1, 2012

Frambozen Kenari

 Assalammualaikum dan kali ni jom tengok akak punya biskut frambozen kenari yang banyak ni... eemm memang banyak bagi akak yang baru belajar buat menda ni... terima kasih bebanyak wat Kak Alwiah yang mengorder 600pcs tuk majlis kawin anaknya... alhamdulillah semua dapat disiapkan dengan bantuan en suami dan anak2.. pembantu tegar akak tu... kami packing 2 keping biskut ni dlm kotak kecil tu... memang cute so sesiapa yg berminat nak wat doorgift leh call akak yea...
 Frambozen dah siap masuk kotak...





Order lagi.. terima kasih!!

 Kek coklat kukus order dari Cg Rokiah dan anak daranya yg cute Nisha... sorry dah tak bentuk donat kek ni hehe... tqvm.
 Frambozen first time jual alhamdulillah mendapat sambutan... dalam bks atas ni di order oleh Asz, tqvm dik..
 Tiramisu 1/2kg order by Asz juga tqvm...

 Apam polkadot juga order dari Asz... semua ni dibawa ke sekolah so akak ucapkan terima kasih wat Asz dan rakan2 di SMK Mersing..

 Marble cheese brownies order by Assma, tqvm dik... Dan sebiji lagi Marble cheese brownies dan kek coklat kukus + edible angry bird order byRafidah, tqvm dik...

 Kek lapis aam manis order by Cg Hairol tqvm..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails