Assalammualaikum dan salam sayang semuaaa...jom, jom, jom... tolong bersihkan sawang kat umah ku ini...bz lah konon tuan rumahnya..hehehe...order kuih adalah jugak sikit2 tapi lebih bz ber fb...
Selamat kembali bekerja dan sekolah semula...cuti 3 hari kannn...dan anak2 pasti sibuk ngan exam minggu ni...moga berjaya semua, next week cuti panjanggg...bestnyaaa....kihkih mama dia yang lebih2..
Ok masuk bab masak dan makan2 pulak, hari ni layan ikan bakar dan ikan goreng cicah sambal serai dan buat udang goreng bijirin...alaaa guna 1 paket butter cereal brand delichef beli kat Cosway..ooopppss bukan beli tapi Cikgu Shida yang bagi hehe...thanks Kak Shida.. udang ni ikut jer cara yang ada kat pek tu..mesti jadi punyaaa...sedappp n senang..Jom tengok resepi sambal serai kami tengahari tadi..
Sambal Serai
Bahan2nya
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar cili kering blend (nak pedas tambah lagi)
4 biji cili padi
4 batang serai
air asam jawa, gula pasir, garam
Cara membuatnya:
Blend semua bawang, halia dan serai. Panaskan minyak tumis semua bahan yg sudah di kisar sampai garing (coz bila dikisar banyak airkan). Masukkan cili kering yg sudah dikisar gaul sehingga rata dan masak sampai pecah minyak. Masuk air asam jawa, gula dan garam. Bila dah cukup rasa boleh matikian api dan angkatlah..
Sesuai utk pelbagai jenis ikan dan ianya hendaklah di panggang menggunakan daun pisang.
Letakkan sambal ikan tadi diatas badan ikan yg sudah dipanggang dan perahkan sebiji limau kasturi.
Salam kak su....sedpnya ikan bakar bersambal serai..antara feberet siti ni..biasa buat untuk berbuka posa..lg2 ikan pari.alamak udangnya jgk mengoda...mintak sepiring..
ReplyDeletewsalam siti...amiklah mana yang nak hehe tapi sampai kat mata jer...tak sampai tekak. akak dah makan kat kedai ikan bakar n sambal serai tu.. so try wat sendiri pulak...maklumlah askar kat umah ni kuat makan hehe...buat sendiri puas makan..
ReplyDelete