rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Ayam Masak Kurma versi Pedas

Salam dan selamat malam semua...mesti dah beres semua kerja2 rumah yang biasa kita buat...tapi kerja kat umah mana pernah habis dari bangun tidur sampailah nak tidur pun ada kerja yang kena buat kihkihkih...itulah orang perempuan...
Dah2x tak nak melalut...hari ni wat ayam masak kurma tapi versi pedas...coz kat umah ni kalau tak pedas tak berapa laku pulak lauk tu..

Ayam masak kurma pedas

Bahan2nya

  • 500 gm ayam di potong sederhana besar
  • sekotak santan(kecik jer)
  • 8-10 biji cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • rempah tumis sikit
  • 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
  • 2 biji kentang besar
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 1 sudu makan kerisik
  • garam, gula, air asam jawa dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

  1. Bawang besar , b.putih, cili api dan halia ditumbuk atau blend jer. Tumiskan atas dapur bersama rempah tumis sehingga berwarna kekuningan.
  2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam sebati dengan rempah, masuk air sikit supaya tak hangit.
  3. Gunakan api sederhana dan biarkan ayam empuk sikit, kemudian masukkan kentang.
  4. Setelah kentang hampir empuk masukkan pula santan, bawang besar yg dibelah empat, garam &gula ajinomoto, dan air asam jawa.
  5. Kemudian masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails