rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Thursday, March 24, 2011

Biskut Raya??? Biskut Coklat Chip Rangup!!!

Assalammualaikum.... jumpa lagi.. moga sihat semuanya.. bila dah naik sekolah ni...bermulalah semula rutin harian kan... mesti sibuk memanjang...
Hari ni, merajinkan diri membuat cip coklat, ada member order so rajinlah kihkih... buat lebih sikit tuk makan2 sendiri jugak... maklum jelah biskut rangup ni memang fevret anak2... Dah macam nak raya lah pulak hehe...
Resepi Su amik dari Fotopages Kak Hanieliza yang tersohor tu.... terima kasih kak sudi kongsi resepi yang sedap sangat ni.... mintak izin cnp kat sini pulak tuk rujukan sendiri...

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Bahan A

125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Sunday, March 20, 2011

Happy Birthday Miera Cayang!!!

Assalammualaikum dan selamat malam, dah sedia semua persiapan tuk anak2 ke sekolah... seminggu terasa sekejap je cuti tu kan... pas nih kena tunggu 2 1/2 bulan lagi baru cuti...bulan 6 nanti...
Semalam 19 Mac birthday anak sedaraku Siti Shamiera Nurain, yg ke 4 tahun... moga panjang umur murah rezeki hendaknya...

Thursday, March 17, 2011

Layan anak2 dengan MERONG


Assalammualaikum dan selamat petang.... cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya... tapi cuti kali ni, Mr Hubby tak berapa sihat, ulang alik klinik je...mudah2an kesihatannya semakin baik, insyaAllah... Syukur jugak bujang Su, Rafi dah dapat lesen P so dialah yang drive ke sana sini walaupun baru je 2 minggu dapat lesen... Sekarang pun hubby masih kena berpantang banyak makanan tak leh dimakan coz gastriknya jenis kembung n angin, puncanya kalau u all nak tau coz makan pucuk ubi n ubi kayu, fuhhh... sedap lah pulak benda tu kan...
Disebabkan nak penuhi permintaan anak2 yang tak dapat bercuti kemana2, so ke Kluang Mall layan deaorang tengok movie Merong... tapi Izz Thaqif bukan faham sangat pun citer tu hehe... asal dapat masuk panggung gi makan2 n jalan2... ok je padanya...
Oklah sampai jumpa lagi...minggu ni dapur tak berasap tuan rumah bz...asyik kuar je hehe...







breakfast ngan roti nan n ayam tandori, roti tisu, mee goreng...

Saturday, March 12, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan selamat malam... tgok berita TV3 tadi, sedihnya tgok gempa dan tsunami yang melanda Jepun.... segalanya kuasa Allah... Allahhuakbar. Mudah2an kawan2 blogger yg berada di Jepun selamat dan tabah menghadapi dugaan Nya... Tadi sempat singgah blog Hana alhamdulillah dia selamat... sedara sekampung ni...kena amik tau...
Hari ni jom layan puding roti lagi... biasalah bila ada roti yang dah nak masuk hari2 akhir, untuk selamatkan... buatlah puding...hehe sedap makan sejuk2... Kali ni try resepi dari Majalah RASA JUN 2010, tajuk resepi ni Puding Roti Kayu Manis Senada... tapi mintak izin tukarlah tajuk resepi ni Puding Roti Karamel...senang nak sebut, tapi silap sikit buat karamel tu..cair sikit pulak...bila tuang dalam pinggan tak berapa cute lah puding ni hehe tak pelah asalkan sedap.... sejukkan dalam aisbox, pastu makan sejuk2...eemmm sejuk n sedap lalu kat tekak..jom tgok resepi...
Puding Roti Karamel

Bahan2
250gm gula
250ml air
6 keping roti dibuang kulit
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar marjerin
1 tin susu cair
1 sudu teh serbuk kayu manisCaranya:
Masak gula hingga menjadi perang, tuang air ke dalamnya(buat gula hangus). Kemudian tuang dalam acuan.
Kisar roti, telur susu cair, marjerin, esen vanilla dan serbuk kayu manis sehingga halus. Tuang adunan ke dalam acuan yang ada gula hangus tadi.
Kukus adunan selama 40 minit.

Friday, March 11, 2011

Order dari teman2...

Muffin ni anak2 yang tambah aising...buat makan2

Assalammualaikum dan berjumpa lagi... sejak hari rabu hingga hari ni Jumaat, hujan berterusan di Mersing, moga esok cerahlah hendaknya, maklum je hujung minggu banyak kerja kawin, kesian orang nak rewang... terutamanya esok Sabtu, majlis kahwin anak Cikgu Faridah dan hari Ahad pula majlis kahwin anak Cikgu Rafie... mudah2an semuanya berjalan lancar insyaAllah...
Buat anak sedaraku Nabil Fikri adik kepada Dr Inahar, moga cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu...
N3 hari ni... order hujung minggu.... alhamdulillah rezeki... jom layan picskek coklat kukus order by Cikgu Faridah n Ustazah halimah....tq kak!!

muffin coklat + coklat ganache + coklat rice order by Cikgu Sharifah...tq
cream puff order by Kak Salina...tq
muffin coklat kukus order by Ustaz Ruzlan...tq


Saturday, March 5, 2011

Muffin Coklat dan Muffin Oren

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu. Hujung minggu mesti banyak jemputan kahwin kan... jiran kat block Su ni pun ada yang buat kerja kawin anaknya. Esok kazen kat Kulai buat majlis persandingannya, so kami sefamly akan ke Kulai Jaya.
Untuk dibuat buah tangan Su buatkan muffin coklat n muffin oren... resepi dah pernah tepek so u all layan pics je lah ye...

Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday Angah Dan Adik

Assalammualaikum.... bulan Mac tiba lagi... semalam 1 Mac ulangtahun Nadia dan esok, 3 Mac giliran adiknya Izz Thaqif pula, so untuk adil celebrate hari ni. Biasalah anak2 bila bawa gi makan2 pun cukup seronok... Petang tadi potong kek di KFC.Oreo Cheese Cake, request Thaqif, tapi budak sorang ni memang pantang nampak biskut oreo, beli 2 bungkus, tau2 pagi tadi bila nak buat kek tinggal sebungkus...bila tanya dia kata 'adik termakan'.
Resepi copy dari rumah InaHar untuk sekian kalinya... biasalah memang banyak rumah ada resepi kek ni... sebab ramai yang dah mencuba...

OREO CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
  • biskut oreo(buang inti) secukupnye -dicincang halus
kita buat base sebab senang nak potong
BASE
70g butter dicairkan
200g biskut tiger dihancurkan

Cara-cara


  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan butter yang telah dicairkan dan tekan dengan padat ke dalam loyang. setelah itu simpan didalam peti sejuk.
  3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream then tambah biskut oreo cincang.
  4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
  7. 2 jam sebelum makan boleh la di letakkan blueberry sause tersebut.(Su tak letak pun)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails