rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Saturday, March 12, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan selamat malam... tgok berita TV3 tadi, sedihnya tgok gempa dan tsunami yang melanda Jepun.... segalanya kuasa Allah... Allahhuakbar. Mudah2an kawan2 blogger yg berada di Jepun selamat dan tabah menghadapi dugaan Nya... Tadi sempat singgah blog Hana alhamdulillah dia selamat... sedara sekampung ni...kena amik tau...
Hari ni jom layan puding roti lagi... biasalah bila ada roti yang dah nak masuk hari2 akhir, untuk selamatkan... buatlah puding...hehe sedap makan sejuk2... Kali ni try resepi dari Majalah RASA JUN 2010, tajuk resepi ni Puding Roti Kayu Manis Senada... tapi mintak izin tukarlah tajuk resepi ni Puding Roti Karamel...senang nak sebut, tapi silap sikit buat karamel tu..cair sikit pulak...bila tuang dalam pinggan tak berapa cute lah puding ni hehe tak pelah asalkan sedap.... sejukkan dalam aisbox, pastu makan sejuk2...eemmm sejuk n sedap lalu kat tekak..jom tgok resepi...
Puding Roti Karamel

Bahan2
250gm gula
250ml air
6 keping roti dibuang kulit
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar marjerin
1 tin susu cair
1 sudu teh serbuk kayu manisCaranya:
Masak gula hingga menjadi perang, tuang air ke dalamnya(buat gula hangus). Kemudian tuang dalam acuan.
Kisar roti, telur susu cair, marjerin, esen vanilla dan serbuk kayu manis sehingga halus. Tuang adunan ke dalam acuan yang ada gula hangus tadi.
Kukus adunan selama 40 minit.

2 comments:

  1. sedapnya puding roti nii..berkaramel2 nih mmg kat umah ni sukee jek..hehe

    ReplyDelete
  2. HaSue...memang sedap naknya bila dimakan sejuk2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails