rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, June 28, 2011

Roti Sardin/Sosej Roll Goreng

Assalammualaikum dan jumpa lagi... lama tak menghupdate blogku ini kan... maklum jelah tinggal lebih kurang dua bulan nak raya ni, banyak baju dan langsir yang nak dijahit... harap2 semuanya siaplah sebelum puasa...
Ok jom tgok menu minum petang yang ringkas ni... bila banyak kerja kenalah cari menu yg cepat dan pantas... so bolehlah cepat sikit sambung kerja kan... jemput makan roti sardin goreng... dan jugak roti sosej roll... tukar je inti sardin tu dengan sosej yg dah direbus sekejap..

Roti Sardin Roll Goreng

Roti (kalo nk best lg roti gardenia)
Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut spt bawang, lada, air asam jawa, garam dll- ikut citarasa anda la..hehe)
Air masak
Telur
bread crumb/tepung goreng ayam segera pun boleh...

Cara membuat
1) ambil roti, renjiskan sedikit air dipermukaan roti
2) gilingkan gelas atau lenyek jer ngan tangan atas roti tadi supaya nipis (supaya minyak tak masuk dlm ruang2 roti tersebut ketika goreng nanti) kalau nak cantik buang kerak tepi roti tu.
3) masukkan sardin yg telah siap dimasak td diatas roti..gulung seperti anda menggulung popia
4) letakkan sedikit telur pd hujung roti supaya melekat dan tak terbuka.
5) celup dlm telur dan golek atas bread crumb atau bancuh tepung goreng ayam segera celup jer roti tu...
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan..angkat
sedia dihidang.... cicah ngan sos cili + mayonis...sedappp tu...

Wednesday, June 22, 2011

Marble Butter Cake

Assalammualaikum dan selamat petang Rabu... Cuaca kat Mersing sekarang ni bila petang je angin dan hujan...sib baik hari ni tak berdentum langit tu, kalau tak memang tak dapatlah nak buka lappy ni kan...
Hari Sabtu lepas (18 Jun 2011) saya gi baking class di kedai kek baru di Mersing (Kikuya). Kosnya agak murah tu yg pegi kihkihkih, Mr. Lim yang ajar kami, seronok jugak n dapatlah tips nak buat kek lagi gebu...rupanya kena guna tepung n telur yg disejukkan dlm aisbox... tapi we all di ajar guna tepung syarikat dialah...BAKEL so semua tepung mix... tapi memang sedap, gebu n senang sangat.. Pagi tadi lepas menyiapkan tat gulung yg ditempah oleh Cg Fadillah, terus membakar butter cake mix ni... Jom tgok pics...

Projek tat gulung n butter cake pagi tadi...

Mr Lim tunjuk cara meghias kek...

Tuesday, June 21, 2011

Apam Ais Krim Soda Biru....

Assalammualaikum...jumpa lagiii kita... dah 2 minggu diri ni dilanda kegatalan yang amat sangat... 'gegata' kalau ada yang tak tau gegata ni pantang tergaru, semakin gilalah gatalnya... dah 3x pegi klinik, hari ni ulang lagi dan doktor siap bagi injection kat punggungku ini huhu... tapi masih gatal lagi...
Walau gatal, xtvt harian kena buat jugak kan... tapi bila makan ubat agak mengantuk lah pulak. Kena lawan jugak...so ini kerja pagi tadi, jiran order Apam Aiskrim Soda... tapi apam ni macam tau2 jer tuan nya tak sihat, semua apam tu tak tersenyum sedih tulll...Pasnih sibuk ngan cookies pulak coz ada member yg dah mula order tat gulung...
Oklah layan pics...jumpa lagiii...

Thursday, June 16, 2011

Puding Cooktail yang sejuk nyamannn...

Assalammualaikum dan salam sayang wat semua.... hari Jumaat sudahhhh....tak sabar nak tunggu esok, coz hari Sabtu ada kelas baking membaking...
Pagi2 tadi menyiapkan order mufin n krim puff. Pastu terus merajinkan diri wat puding jagung n makan ngan buah cooktail + susu cair... sejukkk nyaman je lalu kat tekak... oklah jom layan pics je yea... Nak lepak2 jap ngantuksss pulak tengahari ni...maklum dari pagi dok kat dapur je...
Puding jagung + fruit cooktail + susu cair

Tuesday, June 14, 2011

Meroti pulak!!! Macam2 ada..

Assalammualaikum dan selamat petang Rabu wat semua....semoga sentiasa sihat hendaknya. Hari ni meroti pulak.... copy resepi dari E-book Ros Jintan Manis -Bukan Sekadar Masakan, terima kasih yea Ros, hari ni akak guna resepi bun lembut Osaka, memang sedap n lembut rotinya... Dah terlanjur meroti ni, saya buat 3 versi... berinti blueberry bukan blackberry hehe..., berinti sambal n buat roti slice.. so macam2 ada...untuk minum petang ni.... jemput makan semua...jap lagi akak buat teh tarik yea...
Bun Lembut Osaka

Bahan-bahan: (Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
*untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

Resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat
dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan
sebelum digunakan, (bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh
digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya (Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan
semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan
tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di
bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas
adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh
yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,
ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan
dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan
elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau
kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk
kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun
atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun
dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet
atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki
telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22
minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan
atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan
kelembutan bun.

Roti berinti blueberry...
Panas2 lagi ni...baru kuar oven....

Monday, June 13, 2011

Cornflakes Maringue Cookies - TQ INAHAR

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...lamanya tak bersiaran, fuhhh berhabuk bagai dapur ku ini... hari ni dah isnin dan dah mula sekolah balik.... xtvt rutin pun bermula.. 2 minggu cuti sekolah terasa cepat benar berlalu, aahhh cuti memang seronok kan...boleh bermalas2 dan yang paling best jalan2 cari makan hehe...
Cuti hari tu seminggu kami sekeluarga berada di KL, sempena majlis perkahwinan anak sedaraku Nur Azimah dan Aszarul. Dan lepas tu jalan2 makan2 di taja oleh puan doktor fofular Inahar lah...sape lagi kan... terima kasih banyak2 atas segalanya Ina cayang.... memang best gila cuti we all kali ni, yang tak habis2 bercerita tentunya Izz Thaqif dan Nadia...dapat main salji sehhh...sejukkkk..
Oklah habis sudah citer cuti, kita masuk dapur jom... hari ni mengukis jugak macam yg dibuat oleh puan doc Inahar.... berjangkit sudah virus nya. Tapi sebenarnya saya memang dapat order biskut cip cokelat, bila dah buat kukis ni, adalah pulak putih telur yang tak diguna, tulah pasal tiru idea Inahar buat cornflakes meringue yang senang n sedap ni... mintak izin copy kat sini pulak yea ina...tq

RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
(resipi asal dr LG..thnx ye)

Bahan2:

  • 220gm Cornflakes
  • 125gm Choc Chips
  • 150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
  • 3 Biji Putih Telur
  • 1-2 Sth Vanilla Esen
  • 60gm Almond Sliced

Cara-cara:
  1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
  2. Masukkan gula sikit2 hingga habis
  3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails