rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Tuesday, June 28, 2011

Roti Sardin/Sosej Roll Goreng

Assalammualaikum dan jumpa lagi... lama tak menghupdate blogku ini kan... maklum jelah tinggal lebih kurang dua bulan nak raya ni, banyak baju dan langsir yang nak dijahit... harap2 semuanya siaplah sebelum puasa...
Ok jom tgok menu minum petang yang ringkas ni... bila banyak kerja kenalah cari menu yg cepat dan pantas... so bolehlah cepat sikit sambung kerja kan... jemput makan roti sardin goreng... dan jugak roti sosej roll... tukar je inti sardin tu dengan sosej yg dah direbus sekejap..

Roti Sardin Roll Goreng

Roti (kalo nk best lg roti gardenia)
Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut spt bawang, lada, air asam jawa, garam dll- ikut citarasa anda la..hehe)
Air masak
Telur
bread crumb/tepung goreng ayam segera pun boleh...

Cara membuat
1) ambil roti, renjiskan sedikit air dipermukaan roti
2) gilingkan gelas atau lenyek jer ngan tangan atas roti tadi supaya nipis (supaya minyak tak masuk dlm ruang2 roti tersebut ketika goreng nanti) kalau nak cantik buang kerak tepi roti tu.
3) masukkan sardin yg telah siap dimasak td diatas roti..gulung seperti anda menggulung popia
4) letakkan sedikit telur pd hujung roti supaya melekat dan tak terbuka.
5) celup dlm telur dan golek atas bread crumb atau bancuh tepung goreng ayam segera celup jer roti tu...
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan..angkat
sedia dihidang.... cicah ngan sos cili + mayonis...sedappp tu...

4 comments:

  1. Assalamualaikum....pekabo su...busy jahit menjahit ke rajinnya....kalau dekat boleh gak kak cek tempah2 langsir ngan su...:)

    Emmmm...menu ringkas yang sedap dimakan...nyum..nyum....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum su.
    kat kuching ni takde roti gardenia la. huhu... akk plk dah lama tak menguli roti. sejak dr pindah. biasanya beli kat kedai bakery. tp rasa roti sandwichnya tak sesedap n segebu gardenia.
    sedap buat sarapan ni.:))

    ReplyDelete
  3. sedapp...ganti sardin dengan ais krim leh jadik ais krim goreng kan kak su?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails