Assalammualaikum dan selamat malam, jom layan nasi lemak pulak... tapiiii kalau makan malam2 ni adoooiyaiii... naik mata penimbang nanti... takpelah layan pics je...leh buat esok tuk bekpes yea... nasi lemak ni di order Ustazah Wan sebenarnya tu budak2 kat sekolah tu... kalau ada yg berminat calling2 lah yea hehe...
rakan2 blog
klik-klik lah yea!!!!
Friday, September 30, 2011
Nasi lemak & karipap sardin
Labels:
order
Wednesday, September 28, 2011
Kek Coklat Moist Upin & Ipin
Assalammualaikum dan jumpa lagi... hari ni terakhir syawal...moga diberi kesempatan untuk menemui ramadhan dan syawal tahun depan insyaAllah...
N3 hari ni kek coklat yang ditambah edible image... disebabkan ada yang request tu yang akak buat... harap Mira berpuas hati... tapi kek ni Izz Thaqif yang punya, biasalah budak sorang ni teringin jugak pic gambor Upin Ipin tu huhu... Kek Mira tak sempat amik gambor coz dah diambil awal...(lum siap dah tunggu hehe).
Jom layan pics yang sempat diamik, baru belajar guna edible image ni...kolot sikit akak ni kan hehe.. banyak lagi yg kena dipelajari...
Kalau ada yang berminat nak tepek gambor apa2 atas kek tu call lah awal sikit, leh akak carik kat kedai, janganlah last minit baru cakap memang tak dapat nak buatkan...
Saturday, September 24, 2011
Red Velvet Cake... Izyani Poly Mersing pulak....
Assalammualaikum dan jumpa lagi, mesti sekarang ni semua tengah kekenyangan... maklumlah hujung minggu akhir syawal ni banyak tul open house kan... B4 mata semakin layu dan kuyu nak melunaskan janji haritu, iaitu nak tepek resipi Red Velvet...Kek ni akak buat Jumaat lepas di order oleh Izyani pensyarah muda yg cute kat Poly Mersing tu. Banyak rumah kawan2 lain ada resipi ni, tapi akak singgah dan tergoda dengan red velvet di rumah Kak Zai - Teratak Impian yang memang cute n menggoda tekak setiap kek dan kuih2 yg dipamerkan... Su mintak izin cnp kat sini pulak yea kak, terima kasih. Ok jom tgok resipi kat bawah n layan pics...
RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je
FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak
KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Wednesday, September 21, 2011
Red Velvet Cake order dari Gang SK Nitar 1
N3 hari ni projek semalam dan hari ni... 2 hari yang agak sibuk.... padahal hari2 sibuk kan, bagi orang pompuan cam kita ni...walau cuma surirumah tapi kerja memang tak pernah habis... alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk membuat kerja2 rumah tu kan...
Cukuplah tu...entah apa2 lah akak ni merepek kan... jom layan pic kat bawah ni...order dari teman2 dan adik2 kat sekolah tu... terima kasih semua, kalau ada yang teringin mencuba, jangan malu jangan segan call je akak yea....
Resipi Red Velvet ni akan menyusul nanti yea...letih bebenor dan rasa tak sabor nak berbungkus dan melayan mata hehe....selamat malam, jumpa lagi esok...wassalam.
Labels:
order
Friday, September 16, 2011
Bertemu kembali... Layan Cheese Tart...
Assalammualaikum dan salam sejahtera wat semua teman2 blogger jua teman2 yang sudi singgah ke blog yang telah lama berhabuk ni... alhamdulillah hari ni dah bersemangat semula untuk menghupdate blog ku ini.... lama betul berehat sampai lupa password nak sign in tadi haha...
Ok lah first sekali mestilah nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin, walau dah nak habis bulan syawal tapi masih berbaki kan...
Atas permintaan seorang teman, hari ni nak tepek resepi cheesetart yang akak buat minggu lepas. Resepi dan cara nak buat akak belajar dari blog Azita kitchen. Terima kasih banyak coz sudi berkongsi resepi ni...mintak izin cnp kat sini pulak yea...
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
pic kat bawah ni pun akak copy dari Azita Kitchen.... biar senang nak ingat hehe...
Cara-cara ( rujuk gambar ) :
- Tart crust yang sedia untuk dibakar.
- Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
- Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
- Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
- Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
- Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
- Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
- Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
- Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
- Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
- Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
- Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
- Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
- Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Subscribe to:
Posts (Atom)