rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Friday, September 16, 2011

Bertemu kembali... Layan Cheese Tart...


Assalammualaikum dan salam sejahtera wat semua teman2 blogger jua teman2 yang sudi singgah ke blog yang telah lama berhabuk ni... alhamdulillah hari ni dah bersemangat semula untuk menghupdate blog ku ini.... lama betul berehat sampai lupa password nak sign in tadi haha...
Ok lah first sekali mestilah nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin, walau dah nak habis bulan syawal tapi masih berbaki kan...
Atas permintaan seorang teman, hari ni nak tepek resepi cheesetart yang akak buat minggu lepas. Resepi dan cara nak buat akak belajar dari blog Azita kitchen. Terima kasih banyak coz sudi berkongsi resepi ni...mintak izin cnp kat sini pulak yea...


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

pic kat bawah ni pun akak copy dari Azita Kitchen.... biar senang nak ingat hehe...


Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

2 comments:

  1. Nadiah....sama nama ngan anak dara akak...Nadiah Shahirah. Memang sedap cis tat ni tapi...cerewet sikit nak buat kan...dah habis lah pulak nak bagi hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails