rakan2 blog
klik-klik lah yea!!!!
Saturday, September 24, 2011
Red Velvet Cake... Izyani Poly Mersing pulak....
Assalammualaikum dan jumpa lagi, mesti sekarang ni semua tengah kekenyangan... maklumlah hujung minggu akhir syawal ni banyak tul open house kan... B4 mata semakin layu dan kuyu nak melunaskan janji haritu, iaitu nak tepek resipi Red Velvet...Kek ni akak buat Jumaat lepas di order oleh Izyani pensyarah muda yg cute kat Poly Mersing tu. Banyak rumah kawan2 lain ada resipi ni, tapi akak singgah dan tergoda dengan red velvet di rumah Kak Zai - Teratak Impian yang memang cute n menggoda tekak setiap kek dan kuih2 yg dipamerkan... Su mintak izin cnp kat sini pulak yea kak, terima kasih. Ok jom tgok resipi kat bawah n layan pics...
RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je
FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak
KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam su.
ReplyDeletemakin cantik su menghias kek. klu dkt mmg akk dah tempah sebiji ms bday hari tu.:)
Salam Su
ReplyDeleteKakmOn datang wat kunjungan balas. Terimakasih ziarah kakmOn dan terimakasih juga letak nama kakmOn kat resipi Red Velvet itu, juga buat Zai yang telah memanjangkan resipi humble kakmOn tersebut. Moga semua kita diberi barakah-NYA jua.
xoxo
kakmOn