rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Sunday, December 13, 2009

First entry resepi ....apple pie

Selamat bertemu lagi... dah puas berehat dihujung minggu? Bagi Su, hujung minggu lagi bz coz nak siapkan order jiran2( bukan banyak pun hehehe). Biasalah ada yg nak untuk majlis bacaan Yassin dan majlis pengantin. Kat sini leh kata tiap ujung minggu mesti ada Yassinan dan pengantin... tak entry pics pun coz mufin cekelat jugakkk nanti ada yg muak tengokkk.Hari ni gak Su dapat order dari member lama yang datang ke Mersing. En Zulfikar n Tchr Budiman yg dok kat Melaka sekarang. Tqvm yer Zul n Budi. Kenapa balik awal sangat sampai tak sempat nak singgah umah Su. Tapi salah Su gak semalam pagi ke Kluang n pagi ni lak ke bandar Mersing hantar Rafie ke kelas driving school amik lesen motor, tahun depan baru leh amik lesen keta lak. Senang sikit bila dah ada lesen, bila abahnya kena gaout ada yg boleh drive hehehe...

Hari ni Su buat epal pai konon nak saji tuk Zul ngan Budi lah ni kehkeh. Tak de rezeki tak pe lain kali Su wat lagi... Su guna resepi dari umah Dr Inahar
Dah 2x wat guna resepi ni sedap banget... terima kasih banyak Ina, Ucu minta izin cnp. Ini kali pertama belajar entry resepi, moga oklah semuanya tak de yg silap... Masak spegeti bolog fevert Izz Thaqif, tapi mama dia ni malas cikit so guna kimball spegeti sos je, pastu tabur ayamas chkn nugget.... ngehngeh senang keje.... asal perut kenyang... layannnn...

RESIPI APPLE PIE

bahan2 utk pastri

13/4 caw tepung gandum
125 gm cold butter ( u can mix 80mg butter+45mg shortening)
50 gm castor sugar
secubit garam
2-3 sudubesar air sejuk/ais

bahan2 untuk filling

4 biji epal hijau-dikupas kulit & potong dadu kecil
100 gm gula perang
2 sudubesar butter
1 suduteh cinnamon powder
1/2 suduteh serbuk pala
1 biji lemon-ambil jus & parutan kulitnye sekali
3-4 sudubesar almond kisar (can also use hazelnut)
secubit garam

cara:
pastri- ayak tepung,garam then tambah butter serta garam dan gaulkan menggunakan hujung jari(atau pastry cutter) sehingga jadi spt serbuk roti. masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga membentuk doh. wrap dgn plastic dan sejukkan dlm petiais selama 20 minit. kemudian bahagi dua doh dan satu bahagian bolehla dibentukkan kedalam acuan tart. cucuk2 kan dasar pastri dan isikan filling keatasnye sebelum ditutup atasnya dgn sebahagian doh lagi.cucuk2kan juga permukaan doh dgn garpu dan hias ikut suka. sapukan kuning telur keatas nya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan @ 180c selama 30-40 minit.
filling-panaskan butter then masukkan apple, gula perang dan masak hingga epal agak lembut. kemudian masukkan jus beserta parutan kulit lemon, cinnamon & nutmeg powder,garam dan almond kisar..masak lagi hingga pekat

3 comments:

  1. Eiba nak pizza tuu...nak pizza!! Nak pizzaaa...i love pizza..huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Su...Wah sedapnya kuih2 kat sini. Kalau nak menambah bisnes jengukle blog saya. Tkasih

    ReplyDelete
  3. Salam.. wah kak Sue wat Apple Pie.. Nur nak kecek sepiring bleh tak?? Sedapnya.... terliur kita kt cnie... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails