rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Sunday, June 13, 2010

Blueberry Cheese Cake

Salam dan selamat pagi semua...hari ni ada jemputan kawin di Tanjung Gemuk Rompin, so gantung periuk lagi...
Hari ni nak share blueberry cheese cake, jangan ada yg muntah pulak, dok tayang resepi yg ada cheese jer, febret Su hehe...kalau beli kat Seceret Resepi sepotong dah rm6.90, mana tahan poket weeeii...
So try wat malam Sabtu, pagi Ahad semalam baru boleh makan, kononnya nak share makan ngan Budiman n Zulfikar yang datang sini, malangnya jadualnya padat ngan jemputan sana-sini, tak sempat nak singgah umah Su. Terima kasih banyak bagi 'keju melaka'..banyak tu...
Resepi amik kat buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Chef Nor Aini Zakaria..best buku ni banyak resepi sedap2..Kek Span Vanilla
Bahan:
* 5 biji telor (A)
* 150 gm gula halus
* 1 sudu besar ovallete* 80 ml minyak (Su tukar butter cair)
* 80 ml susu segar
* 1 sudu kecil baking powder** 150 gm tepung gandum* di ayak
* 1 sudu kecil perisa vanilla nak perisa lain tukarlah ye..
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang.
  3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder.
  4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C.
  7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2.
  8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis.
  9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2.
Bahan tuk Cream cheese:

Sebiji kek span (resepi kat atas) bahagi dua, guna separuh jer
250 cheese cream
200ml whipping Cream
80gm gula kastor
60ml air panas mendidih
13gm serbuk gelatin halal (Halagel) (satukan ngan air panas)
inti blueberry secukupnya

Caranya
Lapik acuan(ikutlah berapa besar kek tu) Su guna 7"x7" ngan plastik wrap supaya senang bila nak keluarkan nanti.. masukkan kek n ratakan dasarnya.
Pukul whipping cream hingga kembang dan pekat. ketepikan.
Pukul pulak cream cheese dan gula kastor hingga kembang n berkrim
Masukkan whipping cream tadi, kacau rata.
Tuang larutan gelatin yang sudah sejuk ke dalam adunan cheese. Kacau sebati.
Tuang adunan ni ke atas kek tadi, Simpan dalam ais box selama 5-6 jam sebelum dipotong.
Hias ngan inti blueberry..sedappp!!!

3 comments:

  1. kak su..nak nak.tak tahan tengok meleleh bluberry ke cheesenya..waaaaahhh

    ReplyDelete
  2. Salam kak su..sedapnya cheese cake...dapat sepotong pun jdlah hehehehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails