rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Wednesday, June 23, 2010

Nasi Dagang Trganu, ehh bukan2, Nasi Dagang Mersing.

Salam jumpa lagi, moga sihat semuanya...dah lama tak meng'update' blog ku ini... banyak perkara yang perlu dibuat dan kekadang bila dah bz wat itu ini...kepenatan membatasi segalanya...bila dah penat...tilamlah tempat yang paling selesa hehe...
Sekolah pun dah bermula... tak boleh bermalas2 lagi...
Ok hari ni kita layan resepi nasi dagang yang menjadi febret hb n anak2 ku ini...first time wat, selalu beli jer... coz kat mersing banyak gerai yang menjual nasi dagang, cuma ada yang sedap ada yang..emm tak sedaplah kihkih.. tapi bila wat sendiri ni boleh ikut selera kita n puas makan, maklumlah kan kat umah ni ada 'gang kuat makan', wat apa jer mesti habis punya...
Jom tengok resepi kalau ada yang teringin, resepi amik dari umah Madiha, yg rajin tu, walau bekerja masih sempat amik order macam2, terima kasih banyak Madiha akak cnp resepinya.


NASI DAGANG TRENGGANU
Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi..
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)700 ~ 800 ml air biasa utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. - agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Note: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.
GULAI NASI DAGANG (kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 2 sudu kecil garam dan 5 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
5 biji cili hijau
10 biji cili api
5 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar (ditumbuk halus kemudian dikisar)
1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus kemudian dikisar)
8 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2) (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)1/2 inci kunyit hidup (dikisar
3 hiris @ 2 cm halia (dikisar)
1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
15 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja. (tak usah bimbang santan membuak atau berketul2… biarkan saja)
2. Masukkan ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)3. Masukkan gula melaka, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2), kulit kayu manis dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan bolehlah di angkat.

Ini acar timun sebagai pelengkap... kalau takde acar timun ni.. tak lengkaplah set nasi dagang..

Acar Timun
Bahan2 agak2 lah sendiri yer..
Timun
Lobak merah
bawang besar
cili merah
cuka
gula & garam

Cara2
Hiris memanjang timun (buangkan empulurnya) dan lobak merah. Cuci bersih.
Mayang bawang besar & hiris cili merah. Gaulkan timun, lobak merah, bawang besar, cili dengan semua bahan2 lain. Adjust sendiri rasa acar ikut selera masing2.

6 comments:

  1. salam su...wahhh rajinnya buat nasi dagang sendiri...ima pun suka makan nasi dagang..tapi nasi dagang beras merah yang selalu kita makan...tapi nak buatnya memang tak rajin...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam kak su..windunya nak baca celoteh akak..yea ada resepi sedap..saya memang berangan nak buat tp bila erk?hehehe nak kena cari beras siam dulu..

    ReplyDelete
  3. salam kak su...

    sedapnya nasi dagang...lieya ni ada stok beras utk masak nasi dagang..beli masa anta adik kawin kat kelantan aritu..tp x masak2 pun nasi dagang ni...tgk kak su punyer ni mcm sedap jer kan....rempah masak & rempah gulai tu biasanya ada jual kat mana yer kak? kat kedai/pasaraya biasa tu ada jual ker?

    ReplyDelete
  4. salam kak sue...
    tq kak sudi cuba resepi nasi dagang terengganu tu.. resepi mak saya tu kak.. hehehe.. amacam rasanya sedap ke tak?? harap2 oklah yer.. lama gak tak wt nasi dagang.. kalau yg beli tak puas hati mcm yg akak ckp tu ler...

    ReplyDelete
  5. sedap tu nasi dagang..lama x buat...nak kena buat juga ni...

    ReplyDelete
  6. wsalam ima, nasi dagang merah pun sedap, su pun ni first time wat nasi dagang, selalu beli jer hehe..

    wsalam siti, akak tak jumpa beras merah nasi dagang, tu yang try wat guna pulut+beras jadi nasi dagang trganu.

    lieya, akak pun tak jumpa rempah tu, cuma guna rempah kari jer...

    wsalam madihah..tuan empunya resepi...memang sedap. hb akak minat nasi dagang ni...kena wat lagi pas ni... tq share resepi keluarga tu...

    love, memang sedap kan nasi dagang, apa lagi bila panas2 lepas masak tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails