rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Saturday, February 26, 2011

Kuih Kayu Keramat ke Kayu Hitam???

Salam berjumpa lagi...lama dah tak update blog, seminggu ni badan tak berapa ok, jap sejuk jap panas hehe...demam sakit tekak, sakit kepala, maklum jelah bila cuaca panas ni senang nak kena sakit... tapi alhamdulillah sekarang dah ok.
N3 kali ni 'kayu keramat', buat petang tadi, sedap n rasa nak mengunyah je... cuti hari tu makan kat umah InaHar, sedaplah pulak... resepi pun dah lama salin, tu yang dalam hati mesti nak try jugak nih... Tapi yang kelakarnya bila bujang kecik Su, Izz Thaqif cakap "mama sedap tak kuih kayu hitam ni"... sebenarnya goreng terhangit sikit...so garing sikit, tak kisahlah yang penting maintain sedappp... bujang kecik su tu pun laju je makan.
Jom intai resepi kalau ada yg nak try, sebab senang nak buat. Amik resepi kat umah anak sedara ku yang cute miut, sapa lagi kalau bukan InaHar, resepi asal dari Madiha, tq coz share resepi ni... sekarang mintak izin tepek resepi kat sini pulak ye... Su buat manis sikit, so tak yah cicah2 leh terus makan cenggitu jek!! Abaikanlah rupa kuih yg tak berapa cute ni...dah tu gelaplah pulak hehe...
RESIPI KAYU KERAMAT

Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca soda bikarbonat
  • 1 camca teh yis mauripan
  • 6 sudu makan gula (boleh tambah gula lg kalu nk manis..leh makan cenggitu jek!)
  • 1 camca makan planta
  • 300ml air suam
  • garam
Cara-cara
  • Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika.
  • Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
  • Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan air yis dan air gula yg dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda. (anggaran 1jam lebih)
  • Tumbuk2an doh, dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.
  • Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan.
  • Hidangkan. Enak dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, sambal kacang atau gulai etc.

Wednesday, February 16, 2011

Puding roti bersos kastard...simple resepi

Salam berjumpa lagi... hari ni dari pagi hingga petang tak de air... aahh tak suka betul... malaslah nak citer masalah bila tak de air kan...mesti semua pun tau hehe...
Pagi tadi wat puding roti+sos kastad, tuk minum petang.... tapi bab sos tu, ubahsuai sikit...guna susu dutch lady perisa strawberry, coz susu tu je yg ada dalam stok... nak tau apa jadi bila campur ngan tepung kastard... kaler pink tu bertukar oren lah pulak...tapi rasa tetap sedap hehe...
Bahan-Bahan
1 buku roti
1/2 tin susu pekat (krimer)- kalau nak lebih manis boleh tmbh lg susu.
2 sudu besar kismis hitam
3 biji telur
2 sudu besar mentega (sapu kat loyang tebal2 sikit)
sikit garam
Bahan Sos Kastad
2 cawan susu perisa strawberry dutch lady)
2 sudu besar gula (ikut suka nak manis boleh tambah lagi)
1 1/2 sudu besar tepung kastad

Cara Memasak1. Griskan mentega pada tin/loyang pembakar. (panaskan )
2. Roti disiat-siat dan rendam dengan air panas selama setengah jam. Kemudian lecek roti itu.
3. Sementara itu pukul telur dan garam hingga berbuih.
4. Tuang susu pekat ke dalam adunan roti dan kacau sebati. Kemudian masuk telur, kacau rata.
5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang (yang dah dipanaskan), tabur kismis diatasnya.
6. Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200C selama 30 minit.
7. Untuk membuat sos kastad pula, satukan tepung kastad, susu dan gula di dalam periuk dan didihkan sehingga larut sambil dikacau selalu.
8. Akhir sekali, hidangkan puding roti tadi bersama sos kastad. Sedap dinikmati sejuk-sejuk.

Wednesday, February 9, 2011

Kek Coklat Moist Kukus

Assalammualaikum dan selamat malam semua... hari ni sambil menyiapkan order kek coklat kukus, buat kek coklat moist kukus ni... memang moist sangat, makan ngan aiskrim memang best sangat... Resepi amik kat umah Inahar, tq lah pada semua yang telah menyumbangkan resepi best banget ni... terutama AlongRoz dan Cikgu Zana... Jom intai2 resepi best ni...


RESIPI KEK COKELAT MOIST KUKUS
Sumber: AlongRoz MYresepiBahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
1 tin Susu Isian Cair*

200g Minyak Masak Sayuran*

250g Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..

250g gula kastor*

150g Tepung Gandum

1 st Bic Soda

1st Baking Powder


Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

Kek coklat kukus order by Rizal...tq coz selalu order kek ni...

Monday, February 7, 2011

Chicken Chop, Fish Chip and Mashed Potato....

Set chicken chop

Selamat tengah hari... jom layan menu kami.... harini terlebih rajin wat chicken chop n fish chip ni... bukan apa, haritu makan kat kedai tak puas hahaha...mahal weeeiiii... buat sendiri memang kenyang makan punya.... maklumlah kat rumah ni ada 'gang kuat makan'... Kalau nak try kat bawah ni resepinya...

Bahan ayam panggang:

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

* Bahan-bahan untuk make up ayam :
* 2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -( kalau takde sos ni ganti dngn sos tiram+kicap pekat dan 2 sb lada hitam)
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr(Su tak letak)
* 2 sudu besar gula pasir-
* 2 sudu besar herba campuran-(Su ganti ketumbar dan jintan halus)
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega
*2 sudu besar lada blend
*sedikit madu sapu masa nak panggang.

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- atau perap semalaman
  4. Sapu sedikit mentega dan madu keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Set fish chip, just guna fish chip readymade je...rasanya macam tak lengkap...tapi itu je yg ada dlm aisbox so itulah hasilnya...jemput makan...
bawah ni pulak mashed potato....


Bahan-bahan Mashed Potato
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - letak sikit jer nanti lembik sangat
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
Caranya:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!Memang sedappp bebb!

Tuesday, February 1, 2011

Chocolate chips muffins...


Salam dan selamat malam wat teman2 blog yang sudi singgah sini. Mudah2an hujan tidak mengundang banjir di tempat teman2... kalau itu sudah takdirNya, kita sebagai hambanya harap tabah dan sabar menghadapi segalanya... insyaAllah apa yang berlaku ada hikmahnya...

Jom tengok muffin yang Su buat hujan2 semalam... muffin ni senang nak buat kan... main godak ngan tangan je...tak yah guna mixer pun... Biasa buat tuk order, tapi bila buat tuk makan sendiri, makan masa panas2 memang sedap.....Su buat macam2 perisa baru meriah gitu.... sedap n gebu je mufin ni... Su guna resepi di blog Yatie Cooking... terima kasih Yatie sudi share resepi senang ni... kalau nak tgok resepi gi sini. Ok sampai jumpa lagi...jemputlah amik mufin tu ye...

muffin blueberry dan mufin oren
kat bawah ni mufin yang dah dipacking...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails