rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Monday, February 7, 2011

Chicken Chop, Fish Chip and Mashed Potato....

Set chicken chop

Selamat tengah hari... jom layan menu kami.... harini terlebih rajin wat chicken chop n fish chip ni... bukan apa, haritu makan kat kedai tak puas hahaha...mahal weeeiiii... buat sendiri memang kenyang makan punya.... maklumlah kat rumah ni ada 'gang kuat makan'... Kalau nak try kat bawah ni resepinya...

Bahan ayam panggang:

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

* Bahan-bahan untuk make up ayam :
* 2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -( kalau takde sos ni ganti dngn sos tiram+kicap pekat dan 2 sb lada hitam)
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr(Su tak letak)
* 2 sudu besar gula pasir-
* 2 sudu besar herba campuran-(Su ganti ketumbar dan jintan halus)
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega
*2 sudu besar lada blend
*sedikit madu sapu masa nak panggang.

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- atau perap semalaman
  4. Sapu sedikit mentega dan madu keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Set fish chip, just guna fish chip readymade je...rasanya macam tak lengkap...tapi itu je yg ada dlm aisbox so itulah hasilnya...jemput makan...
bawah ni pulak mashed potato....


Bahan-bahan Mashed Potato
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - letak sikit jer nanti lembik sangat
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
Caranya:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!Memang sedappp bebb!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails