rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Puding roti bersos kastard...simple resepi

Salam berjumpa lagi... hari ni dari pagi hingga petang tak de air... aahh tak suka betul... malaslah nak citer masalah bila tak de air kan...mesti semua pun tau hehe...
Pagi tadi wat puding roti+sos kastad, tuk minum petang.... tapi bab sos tu, ubahsuai sikit...guna susu dutch lady perisa strawberry, coz susu tu je yg ada dalam stok... nak tau apa jadi bila campur ngan tepung kastard... kaler pink tu bertukar oren lah pulak...tapi rasa tetap sedap hehe...
Bahan-Bahan
1 buku roti
1/2 tin susu pekat (krimer)- kalau nak lebih manis boleh tmbh lg susu.
2 sudu besar kismis hitam
3 biji telur
2 sudu besar mentega (sapu kat loyang tebal2 sikit)
sikit garam
Bahan Sos Kastad
2 cawan susu perisa strawberry dutch lady)
2 sudu besar gula (ikut suka nak manis boleh tambah lagi)
1 1/2 sudu besar tepung kastad

Cara Memasak1. Griskan mentega pada tin/loyang pembakar. (panaskan )
2. Roti disiat-siat dan rendam dengan air panas selama setengah jam. Kemudian lecek roti itu.
3. Sementara itu pukul telur dan garam hingga berbuih.
4. Tuang susu pekat ke dalam adunan roti dan kacau sebati. Kemudian masuk telur, kacau rata.
5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang (yang dah dipanaskan), tabur kismis diatasnya.
6. Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200C selama 30 minit.
7. Untuk membuat sos kastad pula, satukan tepung kastad, susu dan gula di dalam periuk dan didihkan sehingga larut sambil dikacau selalu.
8. Akhir sekali, hidangkan puding roti tadi bersama sos kastad. Sedap dinikmati sejuk-sejuk.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails