rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Make money in affiliate program BackLinks Genius

Tuesday, June 14, 2011

Meroti pulak!!! Macam2 ada..

Assalammualaikum dan selamat petang Rabu wat semua....semoga sentiasa sihat hendaknya. Hari ni meroti pulak.... copy resepi dari E-book Ros Jintan Manis -Bukan Sekadar Masakan, terima kasih yea Ros, hari ni akak guna resepi bun lembut Osaka, memang sedap n lembut rotinya... Dah terlanjur meroti ni, saya buat 3 versi... berinti blueberry bukan blackberry hehe..., berinti sambal n buat roti slice.. so macam2 ada...untuk minum petang ni.... jemput makan semua...jap lagi akak buat teh tarik yea...
Bun Lembut Osaka

Bahan-bahan: (Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
*untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

Resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux
Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat
dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan
sebelum digunakan, (bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh
digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya (Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan
semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan
tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di
bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas
adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh
yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,
ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan
dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan
elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau
kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk
kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun
atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun
dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet
atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki
telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22
minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan
atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan
kelembutan bun.

Roti berinti blueberry...
Panas2 lagi ni...baru kuar oven....

5 comments:

  1. Assalamualaikum kaksu. Apa khabar? Lama sungguh kakchik tak singgah di sini. Hari ni terbau-bau roti yang harum, tu yang cepat je datang. Nampak sedap sungguh roti tu. Terliur.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kaksu,
    Gebunya roti akak..suka tngk....kalau dpt rasa ni bestnya..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam kakchik, betullah, lama sungguh kita tak menyapa-nyapa kan...alhamdulillah akak sihat, memang sedap trylah wat kalau free...

    waalaikumussalam yatie.... kalau dekat akak dah hantar sepiring leh tukar2 ngan kuih talam cha...cha..cha... yatie tu hehe..

    ReplyDelete
  4. Su....waaaa...macam dah kat bakery la pulak...nak pilih mana satu...mcm2 ada....slice bread tu dah kalah bakery uuu.....gebu.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails