Assalammualaikum dan selamat petang semua... lepas makan ni mata rasa kuyuu je... sebelum lena baik ngupdate blog hehe... pepagi tadi selongkar dapur
Sariyusa - ALAM SARI tujuannya mencari resepi nasi ayam penyet...bila dah dapat terus balik ke dapur sendirilah... dan memulakan operasi masak memasak... tapi terganggu jap dek letrik mati tiba2 sib baik sejam je...deorang potong dahan pokok rupanya... kalau lama tak masaklah nasi... maklum masak mesti nak guna rice cooker je hehe senang kerja..
Dah lah membebel pulak akak ni... jom tgok resepi ayam dan sambal maid MIL
Sari Yusa ni...memang enak bangett... akak mintak izin cnp kat sini yea Sari tq...
Ayam Penyet
(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)
1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan
kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga
agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)
Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua
bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula
merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.
Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas
lesung kayu yang leper. - menda ni akak tak de so ayam akak tak penyek kan pun hehe...
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang
telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan
ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.
Akak makan ngan nasi ayam dan sup ayam versi akak sendiri, kalau berminat cari resepi kat
SINI. Dan kalau nak cara lain boleh tgok kat
My Resipi yea...
Tempe goreng wajib ada hehe maklum wong jowo kan...