rakan2 blog

klik-klik lah yea!!!!

Thursday, April 7, 2011

Nasi Ayam Mama... anak2 yang bagi nama..

Selamat petang Khamis yang panas... kalau dapat minum cikong sejuk atau XYZ kan sedap panas2 ni kan... aahh malas pulak nak ke Mersing biasanya kalau nak minum air XYZ tu kami ke kedai Brother Joe kat tepi pantai belah Tanjung di Mersing... dahhhlah... jadi pengiklanlah pulak hehe...

Nilah cikong sejuk dan XYZ.....kalau dapat minum skrg kan best...
Tengahari tadi masak nasi ayam, biasa bila ke Kluang atau Batu Pahat mesti anak2 suka mintak nasi ayam, Nasi Ayam Hj Ali, Nasi Ayam Renggit, Nasi ayam Penyet.. hari niii makan Nasi Ayam Mama pulak ... ni Izz Thaqif yang cakaplah hehe.. jom layan...

Nasi Ayam
4 cawan beras
Air secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
seketul kiub pati ayam
daun pandan
garam


UTK SUP
ayam
secukupnya( Su guna bahagian2 tulang)
1 biji bwg besar

2 ulas bwg putih
1-2 inci halia

rempah 3 sekawan

myk utk menumis
garam

perisa
daun sup
bwg goreng


UTK AYAM
ayam(bahagian daging2)

sedikit halia kisar
3 ulas bawang putih
sikit serbuk kunyit
3 sudu besar kicap pekat manis

2 sudu besar madu

UTK SOS

5 sudu besarl ada kering kisar
2 ulas bwg putih*
1 sudu besar sos chili
air asam jawa secukupnya

gula pasir secukupnya

sedikit garam


Cara-cara

UTK NASI - tumis semua bawang dan halia yang dah ditumbuk dalam minyak masak dan marjerin hingga naik bau. masukkan air, daun pandan,garam dan kiub pati ayam.Kacau rata, then masukkan beras dan masak seperti biasa. Guna rice cooker lah paling senang kannn..

UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan air, biar hingga mendidih. Masuk garam serta perisa skit. Ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.

UTK SOS - Tumbuk bawang putih hingga lumat. Masukkan dlm periuk lada, bawang, air asam jawa, sos, gula n garam. Didihkan agak lama hingga lada betul2 masak(lebihkan air biar sehingga kuah agak pekat) Bila rasa dah ok matikan api.

UTK AYAM - Gaul ayam dengan halia,bawang putih, kunyit serbuk, sikit garam, kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng.

3 comments:

  1. Salam kangen kak hehehe..bz memanjang ker ngn bisnes..sedapnya nasi ayam tu sungguh menyelerakan..saya pernah ikut resepi akak memang sedap..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum su.
    sedapnya nasi ayam. anak2 akk pn suka makan nasi ayam juga. haha... mak dgn ayahnya pn sama.
    nasi ayam penyet pn sedapkan. kat kuching ni kami belajar2 mkn nasi ayam penyet plk.:))

    ReplyDelete
  3. siti....bisnes kecik2 je dik ooii.. tq sudi try resepi nasik ayam akak tu...senang je nak buat kan..

    waalaikumsalam kak anis ku sayang...nasi ayam ni memang senang nak buat n sedap dimakan... kat sini pun ada nasi ayam penyet kak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails